25 Julai 2021

Kumpulan pertama jemaah umrah tiba di Masjidil Haram

 Musim haji tahun ini selesai dengan jayanya. - FOTO AFP

Musim haji tahun ini selesai dengan jayanya. - FOTO AFP

MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah umrah tiba di Masjidil Haram, hari ini, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19, selepas musim haji selesai dengan jayanya.

Menurut laporan Saudi Gazette yang memetik Saudi Press Agency, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan, mengatur kemasukan jemaah ke Masjidil Haram melalui pintu khusus.

Ia bertujuan memastikan pematuhan SOP dalam kalangan jemaah berkenaan, termasuk dari segi penjarakan fizikal.

Usaha penjagaan sepenuhnya itu dilaksanakan supaya jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan mudah dan dalam suasana penuh ketenangan serta kerohanian.

Musim haji tahun ini selesai dengan jayanya membabitkan hanya 60,000 jemaah dibenar menunaikan ibadah itu susulan pandemik COVID-19. - AGENSI

Tiada ulasan: