15 Julai 2021

UMMAH tolak syarat UEC bagi pemohon guru IPGM, KPM.


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah meneliti tawaran pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan tahun 2021 lulusan SPM 2018, 2019 dan 2020. Di antara syarat kelayakannya ialah mempunyai Sijil Unified Examination Certificate (UEC).

Gerakan Pembela Ummah dengan tegas dan konsisten menolak secara keseluruhan sistem pendidikan UEC dan sistem peperiksaanya.
UEC merupakan Sistem Peperiksaan Menengah sekolah vernakular yang diuruskan oleh pihak Dong Zhong sejak tahun 1975, dan ianya berkiblatkan silibus dari negara Taiwan.
Peperiksaan UEC digunakan oleh Sekolah-Sekolah Vernakular Kaum Cina diperingkat rendah dan menengah.
UMMAH sekali lagi menegaskan pendirian menolak secara keseluruhan sistem pendIdikan vernakular dan sistem peperiksaan UEC berdasarkan kepada asas dan polisi pendidikan negara seperti di bawah:
1. Sistem peperiksaan di Malaysia berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara yang berpandukan kepada Akta Pendidikan Negara 1996 dengan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan dan Sistem Peperiksaanya sendiri.
2. Sistem pendidikan UEC adalah bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Peperiksaan Kebangsaan, kerana ia adalah pepereksaan swasta.
Keadaan ini akan menyebabkan wujudnya dwi standard dalam Sistem Pendidikan Negara dan merosakan identiti Pendidikan Kebangsaan dan akhirnya menghakis aspirasi perpaduan nasional.
Maka UMMAH mendesak supaya Menteri KPM membatalkan syarat UEC bagi tawaran kemasukkan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Syarat UEC ini telah secara terang-terangan telah melanggar Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Sistem Peperiksaan Kebangsaan.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah
(UMMAH)
15 Julai 2021

Tiada ulasan: