06 Ogos 2021

Ismail Sabri ketuai 31 Ahli Parlimen UMNO, BN sokong Kerajaan PN.


KUALA LUMPUR: Seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini, menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pendirian itu dinyatakan dalam satu sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen berkenaan, diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Seramai 10 lagi yang mengambil pendirian sama tidak hadir ketika sidang media terbabit.

Ismail Sabri berkata, pendirian itu diambil mereka sebagai mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong yang sebelum ini memberi perkenan undi percaya boleh dibawa di Parlimen pada persidangan September depan bagi menentukan keabsahan kepemimpinan Muhyiddin dan PN.

Tiada ulasan: