13 Ogos 2021

UMMAH bersama 175 NGO hantar Memorandum kepada YDPA


DAULAT TUANKU,
MEMORANDUM 175 NGO MERAYU CAMPUR TANGAN YDPA HENTIKAN PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK DAN UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT
1. Memorandum NGO-NGO Islam Malaysia merayu campur tangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk menitahkan agar pemimpin-pemimpin politik mengutamakan nyawa rakyat ketika menghadapi pandemik Covid19 yang semakin membimbangkan.
2. Patik sekalian mewakili Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan 175 NGO Islam Malaysia menjunjung kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu agar dapatlah meneliti akan rayuan patik sekalian ini supaya Duli-Duli Yang Maha Mulia campur tangan untuk menghentikan percakaran antara para pemimpin parti-parti politik di negara ini dan meminta semua pemimpin yang berkenaan itu supaya memberi keutamaan kepada nyawa rakyat bukannya pada percaturan kuasa.
3. Kebimbangan patik sekalian, jika sekiranya kerajaan yang ada ini terbubar, maka tiada mana-mana pihak yang memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan. Sekiranya keadaan ini berlaku ia sudah pasti akan menjejaskan dan meletakkan negara dalam keadaan yang amat tidak stabil. Ini akan menjejaskan usaha dan fokus kerajaan menagani Covid 19.
4. Menyambut titah nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Johor dan Pemangku Raja Pahang yang menitahkan agar pemimpin berhenti daripada perebutan kuasa dan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan perpaduan ummah.
5. Kerisauan dan kekecewaan yang dizahirkan oleh baginda Raja Raja Melayu berkaitan dengan krisis politik yang tidak berkesudahan ini perlu ditangani oleh semua pihak.
(Ucapan Sultan Selangor, Johor dan Pahang)
6. Patik sekalian amat sedih dan gusar kerana kebelakangan ini pemimpin-pemimpin politik terus-menerus sibuk berebut kuasa dalam keadaan di mana negara sedang bergelut dengan kes-kes positif Covid-19 yang meningkat sehingga lebih daripada 20,000 kes sehari dengan kes kematian juga sentiasa berada dalam lingkungan tiga angka.
7. Seharusnya pada masa sekarang ini semua pihak berganding bahu dan berkongsi ikhtiar bagi memastikan Covid-19 dapat dibentuk, program imuniti berkelompok dapat dicapai dan ekonomi negara dapat digerakkan semula. Jika semua itu dapat dilakukan secara bersama dan penuh istiqamah patik sekelian percaya negara ini akan kembali pulih seperti sediakala dalam tempoh yang sepatutnya.
8. Malangnya pemimpin-pemimpin politik lebih mengutamakan ego masing-masing yang berteraskan semata-mata kepada kepentingan kepartian dan kelompok bukannya kesejahteraan rakyat terbanyak. Mereka tidak menggunakan Parlimen sebagai tempat untuk mencari kata sepakat bagi memerangi musuh bersama, sebaliknya merosakkan demokrasi dengan cara menyalahgunakannya bagi kepentingan sendiri.



9. Patik sekalian berpendapat isu pertukaran Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri, atau pertukaran kerajaan bukanlah perkara yang sesuai dilakukan pada masa ini kerana ia hanya akan menambahkan lagi kecelaruan sedia ada. 32 juta rakyat Malaysia tidak patut dipertaruhkan nyawanya hanya kerana memuaskan nafsu segelintir ahli politik yang tamakkan kuasa.
10. Tidak ada jaminan bahawa pertukaran Perdana Menteri atau kerajaan pada sekarang akan dapat mempercepatkan langkah membasmi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara. Apa yang pacal patik sekelian khuatiri ialah ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan nasib rakyat akan menjadi lebih buruk.



Atas sebab-sebab di atas maka patik sekalian memohon agar Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku dapat menamatkan pertelingkahan yang merugikan agama, bangsa dan negara ini.
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
‘PERTAHAN KEDAULATAN ISLAM’
13 Ogos 2021
Kenyataan bersama ini disokong oleh 175 Gabungan NGO-NGO Islam dibawah:
1. Konfederasi NGO Kelantan (KNK)
2. Sekretariat Kongres Rakyat 2.0
3. Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping
4. Yayasan Amal Malaysia
5. Muktamar Dakwah Malaysia
6. Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti)
7. Persatuan Kebajikan Khadijah Malaysia (KHADIMAH CARE)
8. Jaringan Muafakat Intelektual Negeri Kelantan (JAMIN)
9. Pertubuhan Prihatin Sumaiyyah Kuala-Lumpur (SUMAIYYAH CARE)
10. Pertubuhan Ilmuan Dan Profesional Intelek Malaysia (PROTEAM)
11. Pertubuhan Madinah Prihatin
12. Persatuan Pegawai Kontrak Perkhidmatan Negeri Kelantan (PKPN)
13. Pertubuhan Kebajikan Amal Nur Mastika
14. Pertubuhan Kebajikan OKU dan Asnaf Wangsa Maju
15. Pertubuhan Kebajikan Wanita Muslimah (PEKANITA)
16. Persatuan Sukarelawan Wanita Islam Sarawak (PERWANIS)
17. Sahabat Perihatin dan Kebajikan Komuniti Gerik (Sahabat Gerik)
18. Pertubuhan Khidmat Sabah
19. Pertubuhan Lepasan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Kelantan (LUHAM Kelantan)
20. Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu (AMM)
21. Pertubuhan Prihatin Rakyat, Kinta, Perak (PRIHATIN RAKYAT)
22. Kelab Anak Muda Sejahtera (KAMS BERA)
23. Pertubuhan Wangsa Hijau Lestari
24. Pertubuhan Kebajikan Muafakat Sejahtera Kinta Perak
25. Persatuan Halaqat Muqarrabin Bota Kiri Perak Tengah Perak
26. Pertubuhan Amal Wanita Daerah Pokok Sena.
27. Pertubuhan Kebajikan Muslim Putra Mahkota
28. Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Komuniti Malaysia (AKADEMI KAWAN)
29. Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera
30. Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pasir Gudang (PG CARE)
31. Persatuan Siswazah Serdang Prihatin (PERSIP)
32. Persatuan Belia Prihatin (PBP)
33. Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP)
34. Petubuhan Wanita Cakna Sejahtera (WAJAH)
35. Persatuan Sukarelawan Ummah Bangi (PSUB)
36. Kelab kebajikan dan Sosial iCare Puncak Alam
37. Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT)
38. Pertubuhan Sri Gading Sejahtera
39. Persatuan Progresif Perikemanusiaan Selangor
40. Pertubuhan Cinta Pertiwi
41. Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pagoh Prihatin
42. Persatuan OKU berdaya hulu Langat
43. Persatuan Prihatin Wanita Subang (PRIWANIS)
44. Kelab Penggiat Media Sosial Wanita Inspirasi Terengganu (MASWIN)
45. Pertubuhan Kinrara Prihatin
46. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Prihatin Tanjung Piai
47. Pertubuhan Pagoh Prihatin Johor
48. Persatuan Kebajikan Wanita Subang (BALQISH)
49. Pertubuhan Kebajikan Islam Pagoh
50. Kumpulan Wanita Islam Kapar (KWIK)
51. Pertubuhan Lestari Alam Selangor (Alam Selangor)
52. Kelab Belia Sejahtera Islam (BAHTERA)
53. Pertubuhan Kebajikan Dan bakti Ledang
54. Pertubuhan Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA)
55. Untukmu Sandakan
56. Kulai Prihatin
57. Pertubuhan Muslim Braders Kerian
58. Kelab Titian Rohani Pasir Mas (Ketitir)
59. Pertubuhan Intelektual & Graduan Kelantan (i-Grad)
60. Misi Kembara Dakwah
61. Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan
62. Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
63. Pertubuhan Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera)
64. Kelab Kebajikan Kota Bharu (KKKB)
65. Kelab Rekreasi Kota Bharu (KRKB)
66. Pertubuhan Dhuafa Sejahtera
67. Sandakan Prihatin
68. Pertubuhan Warga Cakna (CAKNA)
69. Kelab Kepimpinan Kelantan
70. Pertubuhan Kebajikan AlFateh Kelantan
71. Kelab Sahabat Cakno
72. Pertubuhan Kebajikan Generasi Madani Sejahtera (GM-Sejahtera)
73. Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Cawangan Pahang
74. Pertubuhan Kebajikan Istiqamah Pahang
75. Majlis Pengetua SMU(A) Bantuan Kerajaan Kelantan
76. Awang Daud Martial Arts Academy (ADMAA)
77. Pertubuhan Khadijah Prihatin Taiping Perak
78. Pertubuhan Kebajikan Wanita Erat Perak (ERAT)
79. Pertubuhan Pertubuhan Kebajikan Muwafakat Wilayah Persekutuan
80. Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al Ansari (Melaka)
81. Pertubuhan Hijrah Insan (Melaka)
82. Profesional Diploma Relawan Muslim (Melaka)
83. Angkatan Wanita Istiqomah (Melaka)
84. Generasi Melaka (Melaka)
85. Rakan Pemotoran Melaka (Melaka)
86. Pertubuhan Pembela Ummah Perak
87. Pertubuhan Cinta khazanah Alam Perak
88. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama 10 Gabungan Bersekutu
89. Pertubuhan Rakan Segambut
90. Persatuan Inspirasi Generasi Nurani-ISGEN
91. Persatuan Kebajikan Penyayang Bangi (PKPB)
92. Persatuan Kebajikan Assakinah (ASSAKINAH)
93. Persatuan Pendidikan Bushra (BUSHRA)
94. Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS)
95. Majlis Belia Islam Malaysia (MIM)
96. Muslim care
97. My Hawa
98. Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS)
99. Pertubuhan Pendidikan Ar Rahman (Terengganu)
100. Kelab SBushra Profesional (KSPRO)
101. Pertubuhan Kasih Umi Gombak (UMICare)
102. Persatuan Surirumah Dan Wanita DUN Tepoh (SURINITA)
103. Pertubuhan Kebajikan Muslimat Selangor (PKMS)
104. GENERASI
105. Abrar Care Malaysia (ACM)
106. Cakna Rakyat Malaysia (CRM)
107. Pertubuhan Insan Ihsan Batu Gajah
108. Pertubuhan Sakeenah Perak
109. Pertubuhan Kebajikan Ihtimam (Ihtimam Prihatin ) Cg
110. Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulama (GENG USTAZ)
111. Sabah Relief
112. Pertubuhan Kebajikan Cakne Rakyat Bentong, Pahang.
113. Pertubuhan kebajikan khadijah Bentong, Pahang
114. Pertubuhan Ilmuan Bachok
115. Pertubuhan Prihatin As-Syarqawi Kelantan (PRESTASI)
116. Persatuan Kebajikan Wanita Selangor (Bakewanis)
117. Persatuan Kebajikan An Nafi’ (PEKA)
118. Fitrah I Care
119. Pertubuhan Kebajikan Wanita Melaka Sejahtera
120. Pertubuhan Wanita Islam Milenia (PERWIM)
121. Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Kelantan
122. Pertubuhan Prihatin Johor Bahru, Johor (JB Prihatin)
123. persatuan semarak prihatin masyarakat Perak (SEMARAK)
124. Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia Cawangan Kota Kinabalu (PERAKAN MALAYSIA)
125. Persatuan Sukarelawan Tun Teja Melaka (Tun Teja)
126. Gerakan Pembela Ummah Kedah
127. Gerakan Pembela Ummah Pulau Pinang
128. Gerakan Pembela Ummah Kelantan
129. Gerakan Pembela Ummah Terengganu
130. Gerakan Pembela Ummah Pahang
131. Gerakan Pembela Ummah Johor
132. Gerakan Pembela Ummah Melaka
133. Gerakan Pembela Ummah Negeri Sembilan
134. Gerakan Pembela Ummah Wilayah Persekutuan
135. Gerakan Pembela Ummah Selangor
136. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Negeri Kedah (HESA)
137. Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS)
138. Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS)
139. Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Johor (MAPPIJ)
140. Pertubuhan Wanita Prihatin Teluk Intan (PERWATIN)
141. Pertubuhan sejahtera ummah
142. Majlis Kebajikan Pendidikan Islam Pulau Pinang (MAKESA)
143. Pertubuhan Pendididkan Islam Terengganu (ROBITAH)
144. Majlis Taalim Pendidikan Pahang (MANTAP)
145. Persatuan Prihatin Pandan
146. Kelab Wadah Bubuhan Banjar Wahinik
147. Pertubuhan Halaqah Baiti Jannati
148. Pertubuhan Kebajikan Qamar
149. Kelab Suara Prihatin Pengkalan Chepa.
150. Pertubuhan Kebajikan Batu Sapi Prihatin
151. pertubuhan Amilin Bagan Datuk
152. Pertubuhan Kebajikan Seri Endah Perak
153. Pertubuhan Kebajikan Suri Prihatin
154. Pertubuhan Wanita Bestari Kelantan
155. Pertubuhan Kasih Tuaran (Tuaran Care)
156. Pertubuhan Kebajikan Langkawi
157. Pertubuhan Gerakan Wanita Dinamik Putrajaya (Wanita Dinamik)
158. Kelab kebajikan wanita masih ada yang sayang terengganu (kemayang)
159. pertubuhan advokasi dan hak asasi wanita antarabangsa malaysia (I-AWARE)
160. kelab inspirasi muslimah cakna antarabangsa malaysia (INSPIRE)
161. Warga Prihatin Selangor (PRIHATIN)
162. Pertubuhan Cahaya Perihatin
163. Pertubuhan Cahaya Sejahtera Selangor
164. Persatuan Warga Melaka Di Perantuan Malaysia (PERAWAN)
165. Kelab AMAL Al Itqan Kemaman Terengganu (DAMAI)
166. Pertubuhan Kebajikan Suri Bakri
167. Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi
168. Ultimate Modern Moms Initiatives (UMMI)
169. Persatuan Cakna Kuala Terengganu (KT CARE)
170. Muslim Care Global (MCG)
171. Persatuan Kebajikan Amal Bangi
172. Pertubuhan Cahaya Perihatin (Cahaya Care)
173. Pertubuhan Cahaya Sejahtera Selangor (PCSS)
174. Pertubuhan Pendidikan Islam Sabah (PISA)
175. Pertubuhan Tunas Insan Sarawak (PUITIS)  

Tiada ulasan: