29 September 2021

11,332 kes baharu COVID hari ini

 

Gambar hiasan. - Foto fail NSTP
Gambar hiasan. - Foto fail NSTP


PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan 11,332 kes positif COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu mencecah 2,220,526 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata

Sarawak merekodkan 2,358 kes, Johor dengan 1,319 kes, Selangor (1,231); Kelantan (1,088); Sabah (965); Pulau Pinang (895); Kedah (819); Perak (678); Pahang (677); Terengganu (629); Melaka (303); Kuala Lumpur (240); Negeri Sembilan (89); Putrajaya dan Perlis masing-masing 19 kes dan tiga kes baharu dilaporkan di Labuan.

Katanya, daripada jumlah yang dicatatkan hari ini, sebanyak 11,309 kes penularan tempatan iaitu membabitkan 10,475 warga negara (92.6 peratus) dan 834 lagi warga asing (7.4 peratus).

Beliau berkata, 23 kes import pula membabitkan 18 warga negara dan lima bukan rakyat negara ini.

"Daripada 11,332 kes harian yang dilaporkan hari ini, 11,085 kes (97.8 peratus) terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala 247 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 986 kes iaitu 848 kes COVID-19 dan 138 kes disyaki berkemungkinan dan kes dalam siasatan manakala sebanyak 574 kes memerlukan bantuan pernafasan iaitu 369 kes COVID-19 serta 205 kes disyaki, berkemungkinan dan kes dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 14,160 kes sembuh sepenuhnya, yang menyumbang kepada sejumlah 2,020,099 kes kumulatif atau 91.0 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan di negara ini yang sudah pulih daripada jangkitan penyakit berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 15 kluster jangkitan dikesan hari ini membabitkan sembilan kluster komuniti dan enam kluster di tempat kerja.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini sebanyak 5,447 kluster dikesan sejak tahun lalu dengan 4,296 kluster sudah ditamatkan manakala 1,151 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (RT) negara setakat semalam adalah pada paras 0.90 dengan hanya Pahang yang mencatatkan nilai RT 1.00 dan Labuan pada nilai RT 0.

Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan nilai RT 0.99; Kelantan, Perak, Terengganu dan Melaka masing-masing dengan nilai RT 0.97; Sarawak dan Johor masing-masing mencatatkan nilai RT 0.93; Pulau Pinang (nilai RT 0.90); Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan nilai RT (nilai RT 0.88); Sabah (nilai RT 0.86); Kedah (0.85) dan Kuala Lumpur (nilai RT 0.84).

bharian/-

Tiada ulasan: