29 September 2021

United Airlines mahu pecat 600 pekerja enggan divaksin

 PESAWAT United Airlines. FOTO AFP

PESAWAT United Airlines. FOTO AFP

Washington: Hampir 600 pekerja United Airlines bakal dibuang kerja selepas enggan mematuhi syarat untuk menerima vaksin Covid-19.

Pegawai syarikat berkata, selain itu 2,000 pekerja lain juga meminta pengecualian perubatan serta agama bagi tujuan vaksin, lapor AFP.

Jumlah itu mewakili tiga peratus daripada 67,000 pekerja syarikat berkenaan.

Ogos lalu, United Airlines mengumumkan semua pekerja dari Amerika Syarikat (AS) diminta menerima vaksin dan memuat naik kad vaksin mereka ke dalam sistem syarikat.

Menurut memo dari Ketua Eksekutif Scott Kirby dan Presiden Brett Hart, lebih daripada 99 peratus kakitangan AS memenuhi syarat itu.

"Ini pencapaian bersejarah bagi syarikat penerbangan dan pekerja kami serta pelanggan dan komuniti yang kami layani.

"Alasan kami untuk memerlukan vaksin kepada semua pekerja di AS adalah untuk menjaga keselamatan mereka dan semua orang lebih selamat apabila diberi vaksin," kata memo berkenaan.

Syarikat itu memaklumkan akan mematuhi syarat perjanjian dengan kesatuan pekerja sehinggalah pemberhentian pekerja yang menolak vaksin.

united airlines, buang, pekerja, tolak vaksin, washington, amerika syarikat, amerika utara, xnstp

Tiada ulasan: