10 September 2021

51.1 peratus populasi Malaysia lengkap divaksin

 ORANG ramai hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam di Terengganu. FOTO GHAZALI KORI

ORANG ramai hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam di Terengganu. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Lumpur: Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di Malaysia lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 322,346 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

BERNAMA

Tiada ulasan: