10 September 2021

Saya di sini bukan untuk bercuti - Ronaldo

 Cristiano Ronaldo bersedia membarisi kesebelasan utama Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle esok. - Foto AGENSI

Cristiano Ronaldo bersedia membarisi kesebelasan utama Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle esok. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo berkata dia bukan datang untuk bercuti, sekali gus memberi tekanan kepada pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer untuk menurunkannya dalam kesebelasan utama menentang Newcastle esok.

Legenda Portugal berusia 36 tahun itu kembali ke kelab yang melonjakkan namanya selepas berpindah dari Sporting Lisbon pada tahun 2003.

Dalam satu wawancara dengan bekas rakan sepasukan Wes Brown di padang Theatre of Dreams, Ronaldo berkata: "Saya gembira untuk kembali.

"Saya tidak pernah memikirkan untuk kembali tetapi saya amat bangga, teruja dan tidak sabar untuk bermula dengan cara terbaik.

"Kami memori di sini, tetapi ini adalah era baharu, generasi baharu dan saya di sini untuk menang kembali dan membantu pasukan.

"Pemain-pemain muda mempunyai potensi dan saya di sini untuk menang serta mencatat sejarah."

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu menjulang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara-Juara Eropah bersama United sebelum menyertai Real Madrid pada tahun 2009.

"Saya bukan di sini untuk bercuti. Saya sudah bersedia dan saya akan melakar sejarah dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang," katanya. - AGENSI

Tiada ulasan: