26 September 2021

83.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

  Foto NSTP/Danial Saad

Foto NSTP/Danial Saad

PUTRAJAYA: Sejumlah 259,141 dos vaksin COVID-19 diberikan sehingga semalam membabitkan 114,618 penerima dos pertama dan 144,523 dos lagi kepada penerima dos lengkap.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 42,106,397 dos sudah diberikan dan daripada jumlah itu 19,454,273 individu atau 83.1 peratus populasi dewasa di negara ini sudah mendapatkan dos lengkap.

Sementara 21,923,560 individu atau 93.7 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mengenai pemberian dos yang diberikan semalam, Johor menjadi negeri tertinggi menerima dos lengkap iaitu sebanyak 28,286 dos, Pahang (18,134), disusuli Sabah (13,365), Perak (13,295), Kelantan (13,286), Kuala Lumpur (12,613), Selangor (10,912), Melaka (10,664) dan Pulau Pinang (8,6080).

Selain itu Kedah dengan 7,713 dos, Terengganu (5,331), Perlis (1,167), Sarawak (556), Negeri Sembilan (553) dan Labuan (40).

Hanya Putrajaya tidak merekodkan penerimaan vaksin semalam

Bagi negeri tertinggi yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 ialah Sabah dengan 19,860 dos diikuti Sarawak (18,708), Selangor (10,819), Johor (9,586), Kedah (9,345), Perak (9,208) dan Kelantan (6,913).

Selain itu Kuala Lumpur dengan 6,906 dos, Pulau Pinang (6,807), Melaka (5,282), Pahang (3,838), Terengganu (3,245), Negeri Sembilan (2,903), Labuan (738), Perlis (460). BH/-

Tiada ulasan: