25 September 2021

Bakar kereta selepas kehabisan duit untuk baik pulih

 

Sebuah kereta Proton Wira dibaka oleh seorang lelaki kerana tidak berpuas hati dengan keadaan kereta tersebut.

PETALING JAYA – Seorang lelaki bertindak membakar kereta miliknya selepas tidak berpuas hati gara-gara telah mengeluarkan duit yang banyak untuk baik pulih, namun kenderan itu masih lagi rosak.

Menerusi video berdurasi 19 saat oleh yang dikongsi @abejebat5145 di laman aplikasi TikTok, lelaki itu dilihat tidak berpuas hati setelah mengeluarkan duit yang banyak untuk baik pulih kereta berkenaan tetapi tetap mengalami masalah yang sama.

Ketika kejadian, lelaki tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat pada kereta itu sebelum bertindak membakar enjin kenderaan tersebut.

“Bakar kereta serabut sebab dah habis banyak sampai tak berduit,” katanya.

Susulan daripada perkongsian itu, ramai pengguna media sosial menyelar tindakan lelaki itu yang bertindak membakar kereta di kawasan perumahan.

“Apa bendalah bakar depan rumah, elok bakar sahaja rumah sekali sebab menyusahkan awak bayar bil,” jelas @Kualiffqayyum.

“Daripada membazir bakar kereta, lebih jual dekat bengkel spare part (alat ganti) dapat juga duit, ini membazir buta-buta sahaja,” ujar @Haziqromli.

“Awak nak bakar kereta ke nak bakar apa-apa sahajalah, pergi bakar dekat tempat lain jangan sesukahati main bakar dekat kawasan perumahan,” kata @Komengdarjat.

Tinjuan di ruang komen mendapati lelaki tersebut dipercayai mengalami tekanan mungkin disebabkan itu dia bertindak membakar aset miliknya. – K! ONLINE

Tiada ulasan: