25 September 2021

Thailand mulakan kempen pemberian sejuta dos vaksin sehari

 Seorang wanita menerima dos ketiga vaksin Covid-19 di Bangkok, Thailand. - FOTO EPA

Seorang wanita menerima dos ketiga vaksin Covid-19 di Bangkok, Thailand. - FOTO EPA

Bangkok: Kerajaan Thailand akan memulakan kempen baru pemberian vaksin Covid-19 nasional sehingga sejuta dos sehari.

Ia meliputi penerima dos pertama, kedua dan penggalak.

Dengan jumlah 15 juta dos vaksin dijangka diterima menjelang akhir bulan ini dan 20 juta dos lagi pada bulan depan, kerajaan mencuba untuk memaksimakan pemberian suntikan sehingga sejuta dos sehari, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

Menurutnya, ketika ini, Thailand memberikan antara 600,000 dan 800,000 dos sehari.

"Program pemberian dos penggalak dijalankan bagi meningkatkan pertahanan negara terhadap wabak ini khususnya varian yang mudah merebak," katanya.

Menurutnya, sebagai tambahan kepada program sedia ada, kementerian turut memberi tumpuan untuk menyuntik kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas sebagai persediaan pembukaan semula sekolah yang dijangka boleh dilakukan menjelang semester baru akan datang.

"Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) sudah meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 ke atas kanak-kanak seawal usia 12 tahun kerana ia terbukti berkesan dan selamat," katanya.

Agensi/-

Tiada ulasan: