02 September 2021

Hampir 400,000 dos vaksin COVID-19 diberi semalam

 Grafik oleh JKJAV

Grafik oleh JKJAV

KUALA LUMPUR: Trend pemberian vaksin COVID-19 harian mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 398,134 dos suntikan diberikan semalam, berbanding 261,768 dos kelmarin.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 35,150,474 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekala Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi ciapan di Twitter hari ini, memaklumkan populasi keseluruhan di Malaysia yang lengkap divaksin meningkat kepada 46.7 peratus atau 15,241,655 individu, setakat semalam.

Selain itu, katanya, sebanyak 61 peratus atau 19,932,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos pelalian itu.

Populasi dewasa sudah lengkap vaksin juga meningkat kepada 65.1 peratus, manakala yang menerima sekurang-kurangnya satu dos pula direkodkan sebanyak 85.1 peratus atau 19,932,137 orang.

Perkongsian sama turut menyaksikan Labuan mendahului senarai peratusan keseluruhan populasi lengkap divaksinasi dengan 65 peratus.

Ia disusuli Lembah Klang yang merekodkan 68.3 peratus, diikuti Sarawak (63.2 peratus); Negeri Sembilan (57.7 peratus) dan Perlis (48.7 peratus); Pulau Pinang (44.7 peratus) dan Melaka (43 peratus).

Pahang pula hanya mencatatkan 36.6 peratus; disusuli Perak (35.9 peratus); Johor (35 peratus); Kedah (33.2 peratus); Terengganu (32.6 peratus); Kelantan (30.3 peratus) dan Sabah (28.8 peratus).

BH sebelum ini, melaporkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Mat Saad, berkata kelonggaran rentas negeri akan dibincangkan selepas kadar vaksinasi di setiap negeri melepasi 40 peratus.

BH/-

Tiada ulasan: