05 September 2021

Jepun bakal keluar sijil vaksin digital perjalanan antarabangsa

  Foto fail NSTP

Foto fail NSTP

TOKYO: Jepun akan mengeluarkan sijil vaksinasi COVID-19 secara dalam talian mulai Disember ini.

Akhbar Nikkei melaporkan kerajaan merancang mengeluarkan sijil untuk kegunaan perjalanan ke luar negara, bukan untuk keperluan domestik.

Ia akan dilakukan menerusi kod QR melalui aplikasi telefon pintar pada pertengahan Disember ini.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga dan anggota Kabinet dijadualkan akan memutuskan dasar kerajaan untuk pasport vaksin digital, esok.

Menurut laporan Nikkei, projek itu akan menjadi keutamaan bagi Agensi Digital Jepun, yang dilancarkan minggu ini untuk memberi tumpuan membangunkan infrastruktur kerajaan pusat dan tempatan secara dalam talian. - AGENSI

Tiada ulasan: