05 Oktober 2021

Facebook, WhatsApp, Instagram alami gangguan hampir enam jam

 

LONDON: Perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram beransur pulih selepas mengalami gangguan selama hampir enam jam.

BBC melaporkan, ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat diakses melalui web atau pada aplikasi telefon pintar.

Downdetector, yang mengesan perkara itu, mencata puluhan ribu laporan gangguan untuk ketiga-tiga paltform berkenaan di seluruh dunia.

Kali terakhir Facebook mengalami gangguan adalah pada 2019.

Ketika itu, Facebook dan aplikasinya yang lain tidak dapat diakses di seluruh dunia selama lebih 14 jam.

Tiada ulasan: