23 Oktober 2021

Vaksin AstraZeneca selamat untuk wanita hamil, kesuburan

  Foto fail EPA

Foto fail EPA

CAMBRIDGE: Vaksin AstraZeneca Plc COVID-19 didapati tidak memberi kesan buruk terhadap kehamilan atau menjelaskan kesuburan, menurut data yang diperoleh daripada sekumpulan peserta yang hamil ketika kajian dilakukan.

Kadar keguguran juga menunjukkan hampir sama dengan individu menerima vaksin dan kumpulan yang menerima plasebo, serta tiada kelahiran atau kematian neonatal direkodkan, menurut dapatan analisis diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, Khamis lalu.

Data itu juga tidak menunjukkan kesuburan terjejas akibat pengambilan vaksin berkenaan.

Ia mengambil kira kajian dilakukan di United Kingdom (UK), Brazil dan Afrika Selatan yang mana individu hamil sebelum kajian tidak boleh mengambil bahagian.

Kira-kira 93 sukarelawan yang hamil ketika kajian dimasukkan dalam analisis kesuburan dengan 50 daripada mereka menerima vaksin dan 43 lagi menerima plasebo.

Hasilnya tidak menunjukkan kesan terhadap kesuburan susulan pengambilan vaksin terbabit. Secara keseluruhan, seramai 107 wanita hamil sudah dinilai untuk melihat hasilnya

Daripada itu, 15 kelahiran hidup berlaku ketika analisis, dengan 10 dalam kumpulan penerima vaksin dan lima lagi yang diberikan plasebo.

Tiga bayi daripada ibu yang menerima vaksin lahir pramatang.

Kekurangan data klinikal mengenai kesan vaksin coronavirus dalam kalangan mereka yang hamil membuatkan ramai teragak-agak mengambil suntikan vaksin COVID-19 meskipun terdapat peningkatan risiko dijangkiti COVID-19 yang teruk dalam populasi itu.

Sebagai contoh di England, kira-kira 20 peratus wanita yang tidak divaksinasi mengalami kesan COVID-19 yang kritikal di hospital, menurut Perkhidmatan Kesihatan Negara minggu lalu.

Di UK dan Amerika Syarikat (AS), kebanyakan wanita hamil ditawarkan vaksin Pfizer Inc atau Moderna Inc berikutan penggunaan kedua-duanya lebih meluas secara global dalam kumpulan itu, tanpa sebarang kebimbangan keselamatan dilaporkan.

"Dengan peningkatan kesediaan maklumat salah, yang terus menjejaskan pengambilan vaksin, data ini, bersama-sama dengan data yang diterbitkan mengenai vaksin mRNA, boleh memberikan bukti untuk menyokong wanita dalam membuat keputusan mengenai vaksinasi mereka," kata kumpulan penulis kajian yang bekerjasama dengan pembangun vaksin, Universiti Oxford. - AGENSI

Tiada ulasan: