15 November 2021

Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bermula 21 Mac 2022

 KPM menetapkan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022. - Foto hiasan

KPM menetapkan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 sehingga 11 dan 12 Mac 2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi negeri dalam Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu ia akan berlangsung sehingga 11 Mac 2023.

"Bagi Negeri Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sehingga 12 Mac 2023," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sementara, Radzi berkata, bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022, ia akan bermula pada 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi Negeri Kumpulan A.

"Bagi negeri Kumpulan B pula akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022," katanya.

Beliau berkata, maklumat mengenai sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.

BHARIAN.



Tiada ulasan: