30 Disember 2021

Polis tak keluar permit sambutan tahun baharu

 Tinjauan orang ramai di pusat tumpuan menjelang sambutan tahun baharu 2022 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Tinjauan orang ramai di pusat tumpuan menjelang sambutan tahun baharu 2022 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak meluluskan sebarang permit penganjuran sambutan Tahun Baharu 2022 di seluruh negara esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata ia bagi mengelak risiko penularan COVID-19 dalam komuniti.

"Sehubungan itu, saya mengarahkan pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai bagi memastikan tiada yang berkumpul melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam menjelang tahun baharu di mana-mana lokasi tumpuan ramai," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Tinjauan orang ramai di pusat tumpuan menjelang sambutan tahun baharu 2022 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Tinjauan orang ramai di pusat tumpuan menjelang sambutan tahun baharu 2022 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Terdahulu, polis dilaporkan akan menjalankan pemantauan dan rondaan pematuhan SOP PPN Fasa 4 di beberapa lokasi tumpuan sekitar ibu negara esok, sempena sambutan Tahun Baharu 2022.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, dipetik berkata pihaknya akan memfokuskan aktiviti yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP mengikut arahan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

BHARIAN.

Tiada ulasan: