30 Disember 2021

UAE sumbang bantuan kepada mangsa banjir warga Kementerian Pertahanan

 (Gambar fail) Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - NSTP/FATHIL ASRI

(Gambar fail) Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - NSTP/FATHIL ASRI

KOTA BHARU: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyumbangkan pelbagai barangan keperluan bagi membantu anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta warga awam Kementerian Pertahanan yang terjejas akibat banjir ketika ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bantuan berkenaan sudah diberikan kepada pihaknya sebelum diagihkan kepada mangsa.

Beliau berkata, antara barangan terbabit ialah 2,000 helai sejadah, cadar (4,000), tuala (4,000) dan tilam (2,000).

"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, Kementerian Pertahanan dan ATM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Kerajaan UAE kerana sentiasa bersama-sama Malaysia ketika negara ini ditimpa musibah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan tinjauan di Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia, di sini, hari ini.

BHARIAN.

Tiada ulasan: