KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan dan doktor yang dikesan mengeluarkan sijil vaksinasi palsu wajar dikenakan hukuman paling berat.
Ini kerana tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia yang lain.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kesalahan yang dilakukan oleh doktor dan pengamal perubatan terbabit adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap negara.
"Saya melihat kejadian ini secara serius kerana tiada maknanya kerajaan berhempas-pulas mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pandemik COVID-19 sedangkan mereka sendiri melanggarnya.
"Perkara ini sebenarnya amat susah untuk saya sendiri terima kerana ianya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan rakyat di negara kita sendiri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-11, Menteri Kuartet COVID-19, di sini, hari ini.
BHARIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan