MOHAMED SALAH
LONDON: Liverpool dilaporkan enggan memenuhi tuntutan gaji Mohamed Salah, sekali gus membuka pintu keluar kepada bintang penyerang Mesir itu.
Salah, 29, yang akan tamat kontrak 18 bulan dari sekarang dikatakan menikmati gaji mingguan lebih 200,000 pound (RM1.14 juta) ketika ini.
Menurut The Mirror, penjaring terbanyak Reds itu menuntut kontrak baharu yang akan membolehkannya menikmati gaji 400,000 euro (RM1.9 juta) seminggu.
Seperti yang didedahkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp beberapa hari lalu, rundingan penyambungan kontrak Salah akan mengambil masa yang panjang kerana sangat rumit.
Ejen Salah bagaimanapun percaya, dengan prestasi hebat yang ditunjukkan Salah sejak tiba di Anfield pada 2017, permintaan itu tidaklah keterlaluan.
Ketika ini, penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo menjadi penerima gaji tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris dengan 500,000 euro (2.4 juta) seminggu.
Jika gagal dalam rundingan dengan Salah, Reds berisiko kehilangan bintang berprofil tinggi yang telah membantu mereka merangkul kejuaraan Eropah dan Liga Perdana itu. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan