09 Februari 2022

Jangkitan COVID-19 melonjak 17,134 kes

 


PUTRAJAYA: Kes positif COVID-19 di negara ini terus melonjak, apabila sebanyak 17,134 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menyumbang kepada sejumlah 2,956,332 kes positif wabak berkenaan sejak Januari 2020.

"Daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 86 kes atau 0.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan sebanyak 17,048 kes lagi atau 99.5 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.

"Kategori 2 terus merekodkan jumlah kes yang tinggi dengan 12,326 kes atau 71.94 peratus daripada keseluruhan kes dilaporkan hari ini.

"Sebanyak 4,722 kes atau 27.56 peratus lagi pesakit dalam kategori 1, manakala kategori 3 merekodkan sebanyak 58 kes atau 0.34 peratus; kategori 4 (24 kes atau 0.14 peratus) dan kategori 5 mencatatkan empat kes atau 0.02 peratus," katanya.

BHARIAN.

Tiada ulasan: