10 Februari 2022

Umrah: Saudi mansuh ambil vaksin penggalak tidak benar

 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menjelaskan bahawa pengambilan dos penggalak adalah diwajibkan kepada jemaah yang bakal menunaikan umrah.


Sehubungan itu, katanya berita yang menyatakan Arab Saudi akan memansuhkan syarat pengambilan vaksin penggalak untuk menunaikan umrah adalah tidak benar.

Beliau menyatakan demikian susulan tersebar sebuah portal yang memberitakan berkenaan Kerajaan Arab Saudi akan memansuhkan syarat pengambilan vaksin penggalak untuk memasuki negara tersebut untuk menunaikan umrah.

Menurutnya, beliau telah mendapatkan pengesahan wakil Konsul Tabung Haji (TH) di Jeddah bahawa berita daripada portal tersebut tidak benar.

Jelasnya lagi, pengambilan dos penggalak adalah diwajibkan kepada jemaah yang bakal menunaikan umrah berkuatkuasa 14 Februari 2022 seperti yang telah diumumkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Saya berharap semua rakyat Malaysia meneliti setiap berita yang sampai kepada kita untuk disemak kebenarannya, apatah lagi ianya melibatkan pelaksanaan ibadah yang mulia iaitu ibadah umrah,” ujarnya dalam hantaran melalui laman Facebook beliau, malam tadi. – HARAKAHDAILY 10/2/2022

Tiada ulasan: