07 April 2008

Kisah ayam...

Di Malaysia kira-kira ada sebanyak 14 ekor ayam, ayam di Kelantan terlepas sejak tahun 1990. sampai sekarang BN cuba hendak tangkap tetapi tidak berjaya. Sudah banyak yang kecewa dan hampir bunuh diri. Walaupun dengan macam- macam helah dan tipu daya , namun ayam Kelantan tetap terlepas bebas. Adakah hendak dibeli dengan harga jutaan ringgi tapi orang tak mahu jual.



BN berhajat sangat hendak tangkap ayam Kelantan pada tahun 1999, ayam Terengganu terlepas juga. nasib baik dapat tangkap balik pada tahun 2004.

Maka berkerjalah kuat-kuat mereka nak tangkap ayam Kelantan baru-baru ni. Nasib malang terlalu nak tangkap ayam Kelantan, tidak sedar sangkar ayam-ayam di pantai barat terbuka luas. Lalu melopatlan ayam-ayam di pantai barat keluar dari sangkar BN.

Kedah terlepas, Pulau Pinang apalagi, Perak pun terbang keluar, Negeri Selangor juga melayang.

Demikianlah nasib BN . yang tinggal cuma ayam Sabah dan Sarawak yang menguatkan nya. Itupun nampaknya mereka tidak berani lawan kita, malah nak masuk sangkar kita.
Itulah yang memeningkan tuan ayam yang benama Pak Lah. Sekarang ni dia berada disana untuk jaga ayamnya supaya jangan terlepas.

Sekali ini kalau ayam Sabah dan Sarawak terlepas, jatuhlah kerajaan BN.......

Usrah bulanan PAS Perak Penuh dengan peserta

TAIPING, 5 April:- Kedatangan peserta Usrah Bulanan yang diadakan pada malam tadi bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak di Ayer Kuning mendapat sambutan luar biasa malam tadi. Kebiasaannya peserta hanya memenuhi ruang dewan utama yang boleh menampung sekitar 500 orang peserta. Namun untuk malam tadi pengunjung bukan sahaja memenuhi ruang utama tetapi memenuhi bahagian luar dan melimpah sampai di tepi jalan utama.

Ledakan peserta usrah untuk kali ini dikaitkan dengan kemenangan di Perak apa tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat, yang Menteri Besarnya adalah dari PAS.

Peserta yang penuh di bahagian luar dewan disediakan sebuah skrin besar yang telah disediakan lebih awal bagi menampung jangkaan kehadiran yang ramai itu. Sepertilah sambutan luar dugaan berlaku untuk program Sambutan mauludur Rasul di Ipoh pada bulan lepas, demikianlah kejutan kehadiran peserta yang saya jangkan bertambah 5 kali ganda dari biasa.

Proogran seawalnya dimulai dengan sembahyang maghrib berjamaah diikuti oleh kuliah maghrib. Sesudah itu peserta disediakan makan malam secukupnya.

Acara kemuncaknya adalah majlis ucapan dan amanat dari Pimpinan yang dimulai sesudah sembahyang Isya berjemaah.

Ucapan dimulai oleh Ustaz Dahlan selaku setiausaha Lajnah Tarbiyah Negeri. Beliau mengucapkan berbanyak terimkasih dan menegaskan perhimpunan kali ini berlainan dari sebelumnya kerana kita berhimpun dalam keadaan sudah memerintah Perak.

Permulaan majlis adalah doa wehdah secara beramai-ramai yang di ketua oleh YDP Kawasan Tanjung Malim yang juga SU Dewan Ulama Negeri, Ust. Zulqarnain Hassan.

Selain itu peserta juga berkesempatan mendengar ucapan dari Wakil Ahli Parlimen yang menang iaitu diwakili oleh ahli Parlimen Parit Buntar,YB. Dr. Mujahid Yusuf Rawa, dan Ucapan dari Wakil ADUN diwakili oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Kandungan ucapan mereka berdua berkisar mengenai pengisian kepada kemenangan dan wala kepada keputusan yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan.

Ucaptamanya adalah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Hadirin sedikitpun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga ucapan berakhir.

06 April 2008

Tuntutan CUEPACS : Siapa ugut siapa ?

Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya tidak menggunakan pendekatan mengugut kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit.kata PM,“Fikirlah semula dan jangan hendak mengugut, menggertak atau memboikot Hari Pekerja. Hari Pekerja adalah hari cukup penting dan sudah tentu CUEPACS harus menyertainya."

Abdullah mengulas tindakan CUEPACS yang tetap dengan keputusan memboikot sambutan Hari Pekerja pada Mei ini selagi kerajaan tidak mahu merundingkan lima tuntutan yang tertangguh sekian lama.

Persoalannya sekarang, siapakah yang mula buat ugutan. Bagi seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara, di mana di sanalah antara komponen penting dalam menggerakan pembangunan negara iaitu pegawai-pegawai kerajaan. Kerana itulah segala tuntutan yang diminta oleh CUEPACS sepatutnya dilayan dengan sebaik mungkin. Sedangkan menurut Presidennya, Omar Osman berkata, kali terakhir mereka bertemu Perdana Menteri pada 7 Januari lalu dan sehingga hari ini masih tidak mendapat sebarang jawapan positif. Sepatutnya PM lebih kerap berbinncang dengan mereka.

"Seakan-akan pintu pejabat PM payah sangat untuk dibuka bagi menyelesaikan kepentingan awam ini.Bila hendak boikot baru nak bagi ulasan, itupun nampak seperti tidak mahu berbincang lagi. Tak cerdik sungguh PM kita yang seorang ini"., ulas kawan saya pada pagi ini.

Ir. Nizar : Saya Menteri Besar untuk semua rakyat Perak

IPOH, 4 April :- Semasa meresmikan dan melancarkan Buku Manual dan Panduan Wakil Rakyat Negeri Perak, YAB. Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan bahawa beliau adalah Menteri Besar untuk semua rakyat Perak.Satu kenyataan yang merupakan penegasan betapa ikatan semua parti-parti dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP, PKR dan PAS adalah satu pakatan yang ikhlas dan mementingkan kepentingan umum dan rakyat.




Taklimat tersebut yang diadakan di sini, dihadiri oleh semua wakil-wakil rakyat dan penyelia-penyelia DUN. Sempena taklimat tersebut suatu pembentang telah dilakukan oleh Pengerusi TERAS, Cikgu Azmi Abdul Hamid.

Semasa meresmikan program tersebut MB menegaskan bahawa kita semua berasal dari satu keturunan iaitu Adam dan Hawa, sebagai mana memetik ayat dari Al Quran yang menjelaskan perkara tersebut.

Beliau juga menyeru supaya semua wakil rakyat mengubah minda sedikit demi sedikit walaupun perlu diingat perubahan tersebut pasti menghadapi rintangan.

Ingatan beliau juga meliputi sikap wakil rakyat yang lebih amanah dengan tanggung jawab. Katanya dengan itu akan lahirlah sikap kasih dan sayang rakyat kepada kerajaan. Sebaliknya jika kita menyeleweng, kita akan dibenci oleh manusia dan dimurkai oleh Allah SWT.

Ucapan beliau mendapat respon yang begitu baik dari semua yang hadir, antaranya seorang wakil dari DAP menyarankan Buku Manual itu diterjemahkan dalam bahasa Cina dan Tamil.

Selain itu seorang wakil kaum India menyatakan beliau sebelum ini mendengar ucapan-ucapan dari beberapa orang MB Perak yang lepas. Tetapi katanya semuanya tidak sehebat MB sekarang.

05 April 2008

Nazri nafi letak jawatan di Parit Buntar

PARIT BUNTAR ,4 April : – Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.



Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan beliau akan terus memegang jawatan tersebut selagi diperlukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

‘‘Saya masih di sini sebab UMNO tidak kalah, Barisan Nasional (BN) juga tidak kalah. Saya sendiri masih menang dan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang tunai antara RM500 hingga RM3,000 kepada 124 mangsa ribut daerah Kerian di sini hari ini.

Majlis tersebut pada mulanya melibatkan kehadiran Wakil-wakil Rakyat dari PAS dan PKR. Pejabat Wakil rakyat Adun titi Serong pada mulanya menerima jemputan dan telah dibatalkan sektar satu jam sesudah itu. Hal ini telah menjadi tanda tanya kepada pihak kami. Kenapa pada mula ada yang bersetuju dan mengarakan surat jemputan dihantar ke poejabat kami, dan tentunya ada mengarahkan membatalkannya sejam kemudian.

Alasanya menteri tidak jadi datang, namun mereka berbohong dengan kehadiran Nazri dalam program tersebut.

Beliau sebelum itu diminta mengulas desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri dalam tempoh terdekat.

Antara sebab beliau dikatakan wajar meletakkan jawatan adalah kerana kelantangannya di Parlimen telah menyebabkan ramai yang tidak menyukai sikapnya itu hingga pengundi menolak untuk memilih calon-calon BN.

Sila letak jawatan kalau betul-betul bertanggung jawab.

Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau bertanggungjawab di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan lima negeri tewas di tangan parti pembangkang.


“Ia betul, kita telah kalah daripada apa yang kita sasarkan, tapi kita ada banyak sebab kenapa kita kalah... saya bertanggungjawab,” kata beliau.

Pengerusi BN itu berkata, sehubungan itu satu pertemuan dengan ahli UMNO akan diadakan pada Ahad ini untuk beliau menjelaskan keadaan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam parti.

Inilah perkembangan terkini dan pertama kali Abdullah mengakui ia bertanggung jawab dengan kekalah partinya dalam PR ke 12 yang lepas. Desakan demi desakan telah dilakukan oleh pelbagai pihak suapaya beliau meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab tersebut.

Beberapa hari lepas desas-desus mengenai perletakan jawatan telah dibuat oleh beliau. Namun begitu saya berpandangan bahawa isu ini bukan mudah hendak reda. Akhbar perdana seolah ada sedikit terbuka dalam menyiarkan isu ini. Yang jelas Abdullah semakin banyak yang menolaknya dan bermusuh dengannya. Antaranya Ku Li dan Mukhriz.

Sampai timbalan-timbalan menteri yasng dilantik sudah 3 orang yang meletakkan jawatan. Selain itu kemelut perlantikan MB Perlis dan Terengganunya di mana calon yang ditunjukinya di tolak oleh Istana adalah sesuatu yang luarbiasa dan menjatuhkan air mukanya.

Nampaknya susahlah sekarang kita mahu ambil gambarnya dalam keadaan tidur sebelum ini. Sampai Nazripun dikatakan mahu letak jawatan. Apa dah jadi dengan Pak Lah......nasiblah kamu yek........

04 April 2008

Hiasilah iman kamu.

Daripada Abu Hurairah r.a. , bersabda Rasulullah saw, Akan datang suatu zaman seseorang tidak kisah dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau haram (HR. Muslim).



Keringnya angin gurun akan membuat debu berterbangan dengan mudah ketika sedikit saja tersentuh tiupan angin. Musnahnya bukit atau gunung akibat pepohonan ditebang tanpa kawalan akan melongsorkan tanah dengan mudahnya ketika sedikit saja tersentuh air. Namun akibat-akibat buruk dari tandusnya gurun dan gunung tidak dahsyat dibandingkan dengan kedahsyatan tandusnya hati dari iman.

Tandusnya hati manusia dari keimanan akan menimbulkan musibah lebih dari seluas gurun atau sebesar bukit atau gunung. Tidak ada lagi penahan ketika godaan sedikit saja mendatang. Di saat tandusnya hati, manusia akan menghalalkan sesuatu tanpa batas untuk memenuhi hawa nafsu. Sehingga akibat buruknya akan mencapai seluas suatu kawasan atau wilayah dan menimbulkan masalah secara langsung dan tak langsung sebanyak rakyat di sebuah negara atau bahkan dunia.

Sebagaimana gunung yang tetap tandus bila tidak diusahakan dengan tanaman yang baru, demikian juga hati yang tetap gersang. Hati akan terus kosong, sehingga tanaman kebenaran dan kebaikan tidak akan pernah bertapak di sana . Oleh karena itu, hati perlu terus disirami dengan keimanan, ditanami kebaikan, serta dipupuk dengan nasihat-nasihat. Dan tidak ada orang yang paling mampu melakukan itu semua, kecuali diri kita sendiri dengan mengharap pertolongan Allah SWT.

Demikianlah tandusnya keimanan yang akan membawa padah ke neraka Allah yang amat dasyat, oleh itu selamatkan dia dari terus tandus.

Selamat bertanding.

Hishammuddin Tun Hussein hari ini menamatkan teka-teki apabila mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang disandangnya se-jak dua penggal lalu pada pemilihan parti Disember ini.

Bercakap pada sidang akhbar di kementeriannya di sini, Menteri Pelajaran itu berkata, keputusan untuk tidak bertanding dibuat bagi memberi laluan kepada muka baru memimpin sayap kanan yang mempunyai kira-kira 600,000 ahli itu.


Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jawatan yang akan ditandinginya nanti dan menyerahkan kepada perwakilan menentukan kedudukannya pada pemilihan itu.

Pengumuman itu sekali gus membuka gelanggang pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disebut-sebut menyaksikan persaingan sengit pada pemilihan nanti

Antara nama yang disebut-sebut untuk bertanding bagi mengisi kekosongan itu ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Ahli Parlimen Jerlun yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir.

Selain itu Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum yang lalu juga disebut bakal mengambil alih pucuk pimpinan Pemuda UMNO selepas Hishammuddin.

Satu lagi nama yang turut dikait akan bertanding jawatan itu ialah Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor.

Ketua kampung Kerian letak jawatan

PARIT BUNTAR, 3 April:- Seramai 94 ketua kampung dalam Daerah Kerian bersetuju untuk meletakkan jawatan secara serentak dengan menyerahkan notis perletakan jawatan bertarikh 1 April, iaitu dengan notis selama sebulan.



Kenyataan resmi telah diberikan oleh Setiausaha Persatuan Ketua Kampung Daerah Kerian, Mat Radzi Ali. Beliau memaklumkan notis perletakan jawatan sebagai ketua kampung telah dihantar kepada Setiausaha Perhubungan Persatuan Ketua Kampung Perak dan telah diperpanjangkan kepada MB Perak.

Notis yang berkuatkuasa sebulan itu menyebabkan semua jawatan ketua kampung di Kerian terbatal bermula awal Mei hadapan.

Persetujuan semua ketua kampung Daerah Kerian itu diputuskan dalam satu perjumpaan yang diadakan di Bagan Serai minggu lalu. Pada pertemuan itu semua ketua kampung menyatakan pendirian tidak sehaluan dengan kerajaan negeri sekarang. Menurut kenyataan itu juga sebanyak 98 pratus ketua kampung adalah ketua UMNO cawangan dan perlantikan mereka adalah atas cadangan ketua UMNO bahagian semasa kerajaan BN dulu.

"Kini terpulanglah kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk melantik ketua kampung baru" katanya dalam kenyatan tersebut. Menurutnya lagi perletakan jawatan tersebut membabitkan JKKK kerana mereka dilantik oleh ketua kampung.

03 April 2008

Ir. Nizar umum beberapa polisi baru Perak

IPOH 2 April – Semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan di negeri ini diwajibkan mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pengisytiharan pemilikan harta itu dibuat secara berperingkat dengan didahului beliau sendiri, anggota Exco kerajaan negeri dan diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai kanan kerajaan.

‘‘Kita mewajibkan wakil rakyat dan ketua jabatan mengisytiharkan harta masing-masing kerana mahu mereka bersikap telus seterusnya menunjukkan teladan baik kepada rakyat.

‘‘Pengisytiharan harta merupakan satu daripada lima prinsip bekerja yang akan diamalkan oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat berhubung bidang tugas Exco daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Taklimat yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri termasuk Mohammad Nizar.

Selain mengisytiharkan harta, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri turut memutuskan bahawa satu pertiga daripada ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilantik mestilah daripada kalangan bukan ahli politik iaitu golongan akademik dan profesional.

Seterusnya kata beliau, semua tender untuk projek di bawah kerajaan negeri pula mesti dibuat secara terbuka dengan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan di negeri ini.

Katanya, satu Lembaga Panel Aduan Rakyat turut ditubuhkan untuk dijadikan saluran kepada rakyat menyampaikan aduan, rintihan atau rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang isu dan aduan terhadap ADUN.

‘‘Lembaga Aduan Rakyat ditubuhkan supaya rakyat boleh menyampaikan aduan mereka berhubung apa sahaja isu untuk pengetahuan kerajaan negeri seterusnya membolehkan Menteri Besar dan wakil rakyat mengkaji semula perkhidmatan mereka,” jelasnya.

Tidak Cediknya Ali Rustam

Menyibuk @ terlalu jaga tepi kain orang....itulah komen awal saya bila terbaca ulasan Ali Rustam mengenai pakatan Rakyat yang ditubuhkan kelmarin. Nampaknya beliau lari dari tajuk yang dia kena bincang dan fikir iaitu masaalah dalam batang tubuh UMNO dan BN itu sendiri. "Sudah retak akan menemui belah" itulah apa yang dialami oleh UMNO sekarang.


Ali Rustam sebagai dipetik berkata bahawa UMNO yakin Pakatan Rakyat yang dibentuk melalui kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak mampu bertahan lama.tambahnya lagi pakatan tersebut akan goyang dan runtuh memandangkan ketiga-tiga parti itu khususnya DAP dan Pas tidak pernah sehaluan.

Beliau turut mencabar pembangkang supaya membentuk sebuah parti yang menggabungkan DAP, PKR dan Pas sebagai parti komponen bagi membuktikan mereka mempunyai kesepakatan yang kukuh.'Sebenarnya mereka tidak boleh sehaluan dalam tempoh yang panjang. Apakah semua ahli Pas bersetuju untuk menggugurkan perkataan Islam semata-mata mahu bersepakat dengan DAP?

Sebetulnya komen Ali tidak lebih dari gambaran kebimbangan pemimpin UMNO setelah ada persefahaman kembali antara parti PAS, PKR dan DAP. Alasan kita tidak pernah sehaluan adalah suatu kenyataan tidak cerdik yang dilemparkan. Kalau tidak sehaluan mana mungkin kita boleh duduk semeja. Seperti tidak sehaluannya Ali dengan musuh-musuh politiknya adakah beliau boleh duduk semeja.

Cengkaman yang kuat hasil dari gabungan Barisan Rakyat di Perak sehingga menubuhklan kerajaan baru Perak adalah gambaran awal dan tapak awal dalam penubuhan Pakatan Rakyat. Alasan yang kuat inilah adalah suatu bukti yang akan mengubah landskap politik Malaysia dalam tempoh mendatang. UMNO dan BN akan reput ditelah zaman setelah khianat kepada amanah yang diberikan selama 50 tahun.

60,000 penduduk kampung baru dapat geran tanah

IPOH 2 April – Lebih 60,000 penduduk kampung baru di negeri ini akan memperoleh geran pemilikan kekal ke atas tanah yang didiami apabila kerajaan negeri membuat keputusan membenarkan mereka memiliki tanah tersebut.


Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selain penduduk kampung baru, peluang tersebut turut diberikan kepada mereka yang mendiami kampung tersusun sebagai ‘hadiah’ daripada kerajaan negeri terhadap rakyat yang mengundi ketiga-tiga parti membentuk kerajaan campuran itu pada pilihan raya lalu.

“Ini adalah tawaran terbesar kami kepada rakyat di atas sokongan mereka terhadap kami pada pilihan raya lepas, apatah lagi peluang ini memang ditunggu-tunggu oleh mereka yang sudah lama mendiami tanah tersebut.

‘‘Selama ini, mereka begitu bersabar menduduki tanah terbabit menggunakan geran tanah pemilikan sementara (tol) walaupun sudah tinggal di situ sejak 1948 iaitu sebelum merdeka lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Kezaliman.

“Kalau kamu merasa berkuasa melakukan kezaliman kepada hamba-hamba Allah, ingatlah bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya” (Umar bin Khattab r.a.).



Salah satu perbuatan berdosa yang cepat sekali mendatangkan azab Allah di dunia ini ialah perbuatan zalim, kata Rasulullah SAW. Apalagi, salah satu doa yang paling cepat dikabulkan Allah ialah doa orang( orang) yang dizalimi. Jeritan hati mereka didengar Allah. Peringatan Rasul SAW itu kiranya cukup untuk menjadikan hati kita menyedari kembali apakah kita sendiri sering melakukan kezaliman selama ini.

Untuk mengetahuinya, kita perlu meletakkan diri seperti perasaan orang lain. Misalnya, tempatlah diri kita pada tempat orang orang yang sepatutnya lulus dalam suatu ujian kenaikan pangkat atau jawatan, namun kita yang kebetulan sedang berkuasa meminggirkan mereka demi meluluskan saudara atau teman kita sendiri, atau orang yang talah diterima sogokan darinya. Rasakan bagaimana mereka merasakan kepiluan atau kesedihan mereka. Bila tumbuh perasaan seperti yang mereka rasakan, itu berarti hati kita masih subur dengan siraman keimanan.

Namun bila sudah tidak mampu lagi merasakannya, itu pertanda hati sebagai tempat tumbuhnya minat yang baik sudah menjadi keras. Hati yang sudah keras merupakan pertanda bahwa hati itu telah kering dari siraman keimanan. Jelasnya, hati yang demikian tidak dimiliki kecuali oleh orang-orang yang tidak (lagi) beriman. Hati yang demikian hanyalah dimiliki oleh orang yang sudah Allah siapkan dengan bermacam azab baik di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Satu hal lagi yang harus diingat, sebagaimana kata Umar bin Khattab, bahwa Allah lebih berkuasa membalas perbuatan aniaya pada hamba hambaNya.

Kenapa perlu saya letak jawatan ?

Setelah berita angin bertiup kencang mengenai perletakan jawatannya, Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan dengan keras spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.



Abdullah mengulangi pendiriannya beberapa hari yang lepas yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.

“Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab,” katanya.

Sitiuasi tidak menentu dalam politik negara dilihat setelah mandat yang agak rapuh diperolihi oleh parti yang diketui oleh Pak Lah. Perbalahan dengan pihak istana dalam soal perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu dilihat sebagai suatu krisis yang memalukan kerajaan dan kewibawaan Abdullah. Selain itu penarikan diri satu demi satu oleh timbalan menteri yang dilantiknya adalah sesuatu yang luarbiasa dan menggambarkan lemahnya arahan beliau.

Dalam keadaan ia tidak dihormati oleh kawan dan apa lagi lawan sewajarlah spekulasi mengenai perletakan jawatannya berlegar dalam kepala semua rakyat Malaysia.

MB Kedah umum kenaikan gaji guru SAR

Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan kenaikan gaji bagi guru sekolah agama rakyat (SAR) di negeri ini berkuat kuasa semalam. Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata kenaikan itu dibuat mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM), selaras dengan tangga gaji yang diterima oleh guru sekolah kebangsaan. “Sebelum ini, tangga gaji guru SAR tidak mengikut kelulusan yang mereka miliki, justeru kerajaan negeri meluluskan permohonan untuk menaikkan gaji mengikut gred SSM,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenaikan gaji kepada 214 orang guru SAR di 21 buah sekolah itu membabitkan peruntukan RM2.5 juta bagi tahun ini saja. Mengenai peletakan jawatan anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya, Azizan berkata, pihaknya sudah menerima surat berhubung perkara itu hari ini. “Lantikan baru akan dibuat selepas mesyuarat Exco minggu depan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua 1,938 JKKK serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada Umno meletak jawatan berkuat kuasa semalam ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu.