
PENCERAMAH
1. YB.Drs. Khalil idham Lim
ADUN Titi Serong Perak

2. YB. Muhamad Nasir Mustafa
ADUN Kubang Rotan Kedah

3. YB. Ust. Ahmad Izzat Hj. Mohd Shauki
ADUN Bukit Lada Kedah
Jam : 9.30 malam
NIBONG TEBAL, 16 April :-Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis yang dituduh mengganggu penjawat awam ketika penahanannya di Plaza Tol Tambun 9 Disember 2007 didakwa semula dengan jaminan RM3,000 seorang di Mahkamah Majistret Jawi, Nibung Tebal petang tadi. Tertuduh yang lain dikenakan ikat jamin RM 2,500 setiap orang.Setelah pembicaraan ditangguhkan beberapa kali akhirnya mereka dibebaskan dan Majistret, Mohd Izham Ali menangguhkan tarikh pembicaraan ke tarikh baru pada 8 Jun 2008 di mahkamah yang sama.
Empat orang peguam mewakili tertuduh iaitu Hanifa Maidin, Haji Asmawi Alwi, Aminuddin Zulkifli, Yusnita Mohd Yusuf dan Damina Khaira Darsyan Singh.
Antara Pimpinan PAS yang hadhir ialah Ketua DPP Pualau Pinang , Ust. Mohd Hafiz Nordin, ketua DPP Kedah , Ust. Musoddak Hj. Ahmad, ADUN Kubang Rotan Kedah, Muhamad Nasir Mustafa dan ADUN Titi Serong Perak, Drs. Khalil Idham Lim.
Bermula dengan kenyataan keras dari Setiausaha Badan perhubungan UMNO Pahang,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman supaya semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO melepaskan jawatan mereka baru-baru ini sebagai mengambil tanggung jawab atas kekalahan besar BN dalam PR Umum ke 12 lalu. ahmad Tajuddin meminta semua Ahli MT UMNO melepaskan jawatan masing-masing dan membentuk jawatankuasa protem bagi memberi peluang kepada perwakilan memilih anggota MT yang baru dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.
IPOH, 14 April :- Setelah rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam tadi mencatat sejarah baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rayat yang diadakan disini malam tadi.
.
Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan perjumpaan dengan seluruh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Dipercayai, ia pertemuan tertutup terbesar dalam tempoh lima tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang akan disertai semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di 140 kawasan Parlimen dan 307 DUN.
Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib yang mengesahkan pertemuan pada pukul 2.30 petang itu berkata, selaku Pengerusi BN, Abdullah dijangka mendapatkan maklum balas daripada semua pemimpin akar umbi BN mengenai isu-isu semasa yang berlaku.
Persoalannya kenapa perhimpunan ini dikaitkan sebagai perhimpunan terbesar dalam keadaan BN dan UMNO sudah kehilangan 5 negeri dan menjadi enam sekiranya wilayah dikira sama. mana mungkin jadi besar dalam keadaan banyak kerusi dah hilang. Perhimpunan kecil dikata besar. Itu bohong namanya.
Saya meramalkan hari ini adalah hari penting kepada rakyat Malaysia yang akan melihat sesuatu kejutan akan berlaku. Angka 14 tidak digemari oleh orang tertentu! kenapa pula Pak Lah memilih hari ini untuk bertemu dengan orang bawahannya?
“Jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka Allah jadikan pemimpin-pemimpin mereka orang orang yang berakhlak rendah” (HR. Ad Dailami).
IPOH, 13 April :- Sempena dengan Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Seminar Wakil Rakyat Parlimen dan DUN esok hari, satu pertandingan bola persahabatan antara pasukan ADUN Perak melawan ADUN dari Kelantan. Perlawanan tersebut belangsung di Stadium Ipoh petang tadi dengan keputusan seri Kelantan 3 ,Perak 3.
IPOH, 13 April :- Untuk kali yang ketiganya , PAS Perak menjadi tuan rumah untuk mesyuarat AJK Pas pusat. Kali yang pertama pernah diadakan semasa almarhum Ust. Fadzil Nor , kali yang kedua diadakan di Hotel Heritage Ipoh pada 12 Februri 2006. dan untuk kali ketiganya, pada hari ini PAS Perak menjadi tuan rumah dalam keadaan Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan negeri Perak.
Abdullah Ahmad Badawi mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas dan disebabkan perkara tersebutlah beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO. "Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita di Johor baharu beberapa hari lepas.
Persoalannyanya kenapa Pak Lah seolah-lah sangat panik dan hilang pertimbangan untuk mengatakan sesuatu yang terbenak dalam fikirannya yang hanya Tuhan yang tahu?
pak lah seolah jika dibandingkan dalam sebuah gelangang tinju sedang diasak oleh lawannya sehingga tersandar ke tali. Dia sekarang tidak dapat bergerak lagi dan diasak bertubi oleh tumbukan-tumbukan kiri kanan , malah ada atas dan bawah.
Desakan baru yang diberikan oleh Mahathir Mohamad agar Pak Lah meletakkan jawatanya sangat terang lagi bersuluh, kali ini beliau mencadangkan peralihan kuasa daripada pucuk kepimpinan tertinggi dilakukan sekarang tanpa perlu menunggu Perhimpunan Agung UMNO, Disember ini.Katanya, beliau khuatir sekiranya peralihan kepimpinan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO, akan ada kumpulan perwakilan yang mendesak Abdullah untuk meletakkan jawatan di pentas perdebatan.
Jika itu berlaku, jelasnya, sudah tentu imej Abdullah akan tercalar dan sekali gus boleh membuatkan ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya berasa hilang hormat kepadanya.
''Mesej rakyat dan ahli UMNO sekarang ini cukup jelas. Mereka mahu Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) letak jawatan. Oleh itu, kita tidak mahu beliau turun secara paksaan dan antaranya, melalui desakan-desakan perwakilan ketika Perhimpunan Agung nanti.
''Lebih baik beliau menyerahkan jawatan itu kepada Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sekarang dan itulah yang terbaik. Saya percaya selepas berlaku peralihan itu nanti, situasi akan menjadi bertambah baik,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Krisis Kepimpinan Melayu Pasca PRU-12: Di mana Silapnya?' anjuran Gabungan Cawangan-cawangan UMNO Hulu Langat di kajang kelmarin.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik bersedia menawarkan diri untuk bertanding bagi mana-mana jawatan dalam UMNO termasuk Naib Presiden dalam pemilihan parti, Disember ini.Katanya, dengan pengalaman politik yang ada, beliau akan membantu untuk memperkukuhkan dan membina kekuatan parti itu.Saya rasa semua bahagian UMNO kena ambil serius dengan tawarannya yang menggambarkan betapa UMNO telah kepupusan pimpinan ? Kalau beginilah orangnya yang akan jagi Naib Presiden, siapa pula yang nak rawarkan diri sebagai Presiden dan timbalan ?
Jawapannya marilah beramai-ramai bersama-sama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Apa lagi yang diharap dari UMNO sampai calon yang menawarkan diri untuk jawatan penting sudah tiada yang wibawa lagi.
Akhirnya Pak Lah mengaku dan sekali gus pengakuannya itu adalah suatu pengakuan yang tidak cukup setakat itu sahaja melainkan perlu dimenifestasikan dalam tindakannya iaitu meletakkan jawatan sebagainmana yang diminta oleh pelbagai pihak dan peringkat dalam batang tubuh UMNO itu sendiri.Abdullah setelah hampir sebulan PR ke 12 berlangsung, mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas.
Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata, disebabkan perkara tersebut beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO.
"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita di Johor Baharu.
IPOH 11 April - Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa beramanah dalam melaksanakan tugas kerana kita akan dipertanyakan kelak dengan tanggung jawab yang dilaksanakan di dunia ini. Selain itu beliau menggesa kakitangan awam di negeri ini menjalankan tugas mereka dengan profesional dan tidak berpihak kepada parti-parti politik termasuk pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang membentuk kerajaan ketika ini.Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri tidak akan memberi tekanan terhadap penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka jika ia dilaksanakan secara profesional.
Katanya, kerajaan negeri juga tidak akan memanggil pihak luar bagi menjalankan siasatan untuk mengenalpasti kemungkinan wujud penyelewengan di kalangan penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.
''Jika ada penjawat awam yang mungkin membuat sesuatu perkara tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan, kita memberi peluang kepada mereka untuk mengaudit dan membuat analisis serta kembali ke jalan yang betul.
''Kita memberi peluang dan ruang yang luas. Kita tidak akan memanggil agensi tertentu untuk membuat siasatan," katanya ketika berucap pada perhimpunan kakitangan awam di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.
Lebih 2,000 penjawat awam dari jabatan negeri dan persekutuan di seluruh Perak menghadiri majlis tersebut. Kehadiran Executive Talk siri 2/2008, menurut pihak penganjur adalah yang teramai kehadiran berbanding dengan sebelum dari ini.
Sejak awal lagi dewan penuh dengan pengunjung dan melimpah sehingga memenuhi bahagian luar sehingga ditangga. Kehadiran ini dipercayai dengan keinginan para pegawai kerajaan untuk mendengan ucapan sulong dari Menteri Besar Perak itu.Mohammad Nizar bagaimanapun merayu semua penjawat awam di negeri ini agar memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan campuran dalam melaksanakan pelbagai dasar bagi mentadbir negeri ini.
Katanya, jika pelaksanaan pelbagai dasar itu mampu memberi manfaat kepada rakyat Perak, maka adalah wajar mereka memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar tersebut.
Menurutnya, kerajaan negeri juga bersikap terbuka dalam menerima teguran dan nasihat daripada kakitangan kerajaan.
''Sekiranya kami tidak melaksanakan tugasan dengan baik, tegur dan nasihati kami kerana pintu-pintu pejabat kami sentiasa terbuka untuk menerima nasihat," katanya.