14 November 2010

Anwar, Azizah Dan Nik Aziz Tersenarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia

07 Zulhijjah 1431H.

KUALA LUMPUR 13 NOV : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.

Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

http://tvsnews.net/v1/

Kejuaraan Tinju Dunia Super Welterweight

Photobucket
PENINJU Filipina, Manny Pacquiao (kanan) melepaskan tumbukan padu ke arah Antonio Margarito dari Mexico pada pusingan ke-11 daripada 12 pusingan Kejuaraan Tinju Dunia Super Welterweight di Stadium Cowboys, Arlington, Texas, hari ini. Manny Pacquiao diisytiharkan juara selepas keputusan sebulat suara. - Foto REUTERS

Suu Kyi ikrar kukuhkan pakatan demokrasi

07 Zulhijjah 1431H.

YANGON: Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi memberitahu ribuan penyokongnya dalam satu perhimpunan hari ini bahawa beliau akan mengikat kerjasama dengan semua penyokong demokrasi di negara itu.

Dalam ucapan politik sulungnya sejak dibebaskan daripada tahanan rumah semalam, beliau berkata apa yang penting rakyat akan membuat keputusan apa yang dimahukan mereka di bumi Myanmar.

“Saya mahu mendengar suara rakyat dan hanya selepas itu kita memutuskan apa yang perlu kita lakukan," katanya di pekarangan ibu pejabat parti pimpinannya di sini. “Kami akan bekerja untuk rakyat supaya mereka tahap kehidupan mereka lebih menigkat. Demokrasi adalah kebebasan bersuara," katanya. - AFP

Penggiat Filem Dinasihati Pelihara Hak Allah SWT

07 Zulhijjah 1431H.
Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 13 Nov :- Industri perfileman Negara baru-baru ini gempar dengan kemunculan sebuah filem yang berujudl “anu di dalam botol”, sebuah filem terbaru Raja Azmi Raja Sulaiman. Dan filem mini ini boleh disifatkan sebagai pembaharuan industry perfileman Negara, akan tetapi telah mengetepikan saranan Agama Islam kepada seluruh umatnya sentiasa jangan melampaui batas tindakan.

Berhubung dengan isu ini,, memang ada kaedah fikah yang berbunyi Saddu al-Zarai’ (menutup jalan kerosakan), iaitu melarang bahan-bacaan berunsur mirip kearah porno bagi mencegah berlaku kes jenayah seksual. Jadi, ia adalah langkah pencegahan Islam berlakunya jenayah maksiat. Menurut prinsip ini juga sesuatu yang harus (mubah) boleh
menjadi haram dan dilarang jika membawa kerosakan, demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim. ADUN Titi Serong ketika ditemui di sini.

Kaedah ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud : “Adakah tidak, jagaan Allah itu ialah menderhakainya; sesiapa yang beredar di sekitar jagaan, dikhuatiri akan terjatuh ke dalamnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jadi matlamat untuk mendedahkan derita kehidupan harian “golongan” ini sebagai pedoman masyarakat supaya menjauhkan diri dari terjebak ke dalam kancah sebegini adalah tidak boleh diterima pakai sebagai kaedah pembaikan dan pemulihan keruntuhan nilai. “beliau (Raja Azmi ) sedar masyarakat hari ini sudah berfikiran terbuka, sepatutnya beliau lebih berhati-hati dalam mendedahkan sesuatu yang boleh menyebabkan umat Islam di Malaysia menjadi lebih tidak ketentuan lagi dari segi jati diri muslim,” ujar Drs. Khalil Idham Lim lagi.

Tambahnya lagi, pendedahan media yang pelbagai sumber hari ini merupakan factor penyumbang terbesar ke arah kemelesetan jati diri muslim di Negara, penggiat filem Malaysia pula mahu menambah elemen perosak ini, ini merupakan suatu yang perlu dibanteras segera. Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku. Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang, dan golongan ini diazab dengan balasan yan amat dahsyat, “tidak cukupkah ini dijadikan sebagai pengajaran?” Tanya beliau lagi.

Menurut Khalil Idham Lim lagi, pembikin filem Negara sepatutnya mengambil kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat, bukannya kiraan nilai komersial sahaja. Cukup-cukuplah kita mempunyai sejumlah masyarakat yang “pening” hari ini, jangan tambah lagi kecelaruan segelintir masyarakat hari ini dengan unsur yang boleh menambahkan ketidakpastian status mereka.

Ujarnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak beliau menyatakan kekesalannya terhadap segelintir penggiat filem dan drama di Malaysia yang hanya mementingkan “karya seni” dan keuntungan beberapa kerat produksi mereka tanpa mengambil kira soal sensitiviti Allah SWT.

Raja Azmi sebelum ini dilaporkan berkata, ...Dalam Botol merupakan inspirasi kisah benar yang mengisahkan 'derita' mereka yang bertukar jantina tetapi ingin kembali kepada asal.

11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL

07 Zulhijjah 1431H.

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental.

Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa. Saya perhatikan trend jenayah dilakukan golongan itu (tertekan dan kemurungan) sering dilaporkan kebelakangan ini. Difahamkan, mereka akan bertindak ganas tanpa disedari sekiranya tidak makan ubat kerana mungkin tidak cukup wang atau lupa mengambilnya.

Ahli keluarga juga perlu lebih peka dengan tahap kesihatan saudara mereka yang mempunyai masalah kemurungan dan kelihatan suka bersendirian. Nasihatkan mereka mengambil ubat pada masa ditetapkan bagi mengelak pesakit bertindak di luar kawalan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun parah dengan ibu jari tangan kirinya hampir putus selepas ditetak dengan pedang samurai oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka.

http://www.bharian.com.my

Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita

07 Zulhijjah 1431H
Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda.

Harakahdaily/-

Zambry diseru bertaubat depan Kaabah

07 Zulhijjah 1431H.
Harakahdaily

IPOH, 14 Nov: Dewan Pemuda PAS Perak tetap mahu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertaubat biarpun Mufti negeri itu berpendapat beliau tidak syirik dalam isu meletakkan ancak ke tiang seri rumah baru-baru ini.

Kesempatan bertaubat itu wajar diambil sempena menteri besar Perak itu sedang menunaikan haji di Mekah di hadapan Kaabah.

Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali dalam satu kenyataan, yakin bahawa itu sudah menginsafi perbuatan tersebut yang bakal mengundang kekeliruan kepada umat Islam yang lain.

"Kita mengharapkan sekembalinya Datuk Seri Zambry ke tanah air nanti, beliau akan menjelaskan tindakannya tersebut bagi memastikan perbuatan seumpamanya tidak lagi terus menjadi amalan masyarakat Melayu Islam.

" Kita merasakan dengan terdorongnya Datuk Seri Zambry untuk mengerjakan ibadah Haji ini akan cuba membersihkan amalan-amalan yang tidak diterima oleh agama Islam itu sendiri," katanya.

Tindakan Zambry melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu mengundang persoalan banyak pihak.

Tindakan tersebut didakwa tergolong dalam perkara khurafat dan boleh mengundang syirik sehingga menjejaskan aqidah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bagaimanapun berpendapat perlakuan Zambry itu tidak syirik atas alasan menteri besar itu melakukannya tanpa niat.

"Proses pembersihan yang kini dilalui oleh Datuk Seri Zambry jua diharapkan akan mendorongnya untuk terus meninggalkan semua amalan khurafat berunsur syirik yang jelas akan menjejaskan akidah.

"Kita percaya hati kecil Datuk Seri Zambry ingin tetap memperbetulkan masyarakat Melayu Islam yang masih meneruskan amalan khurafat tersebut," katanya.

Saya alukan pembebasan Suu Kyi.

07 Zulhijjan 1431H
Drs. Khalil Idham Lim

Selepas tujuh tahun menjadi tahanan di rumahnya sendiri, saya sesungguhnya mengalu-alukan pembebasan pemimpin prodemokrasi Burma, Aung San Suu Kyi pada Sabtu kelmarin.

Pembebasan tanpa bersyarat ke atas Aung San Suu Kyi akan meyumbang kepada usaha Burma untuk melakukan proses penyatuan yang akan memberi laluan kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran di dalam negara itu. Pembebasan itu juga diharapkan membawa politik yang lebih stabil dan kurangnya tekanan politik kepada rakyat khususnya rakyat yang beragama Islam seperti yang berlaku sebelum ini.

Adalah diharapkan plan demokrasi yang dilauangkan oleh pemimpin junta tentera Burma bukan lah retorik dan menjadi realiti dalam masa terdekat seperti yang sekian lama dinantikan oleh masyarakat Antarabangsa.

Facebook lancar perkhidmatan e-mel

07 Zulhijjah 1431H.

PALO ALTO - Laman sesawang rangkaian sosial Facebook mempunyai lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia dan kebanyakan individu tersebut meluangkan lebih banyak masa melayari akaun Facebook mereka berbanding laman pengendali Internet lain, termasuk Google dan Yahoo.

Kini, ternyata syarikat laman sosial popular itu ingin penggunanya mempunyai 'hubungan yang lebih rapat' dengan laman itu.

Ini kerana Facebook dijangka mengumumkan perkhidmatan e-mel terbaru syarikat itu, esok.

Perkhidmatan terbaru itu dilihat bakal menandingi Gmail, Yahoo Mail dan Hotmail sebagai pengendali perkhidmatan e-mel dalam talian paling popular.

Perkhidmatan yang disediakan syarikat itu bakal membolehkan penggunanya menggunakan alamat e-mel '@facebook.com' yang akan digabungkan dengan perisian Office keluaran syarikat komputer Microsoft.

Laporan terbaru itu muncul selepas persaingan sengit antara Facebook dan Google, pengendali enjin carian Internet yang menaikkan gaji pekerja bagi menghalang mereka menyertai Facebook dan menghentikan akses Facebook daripada perkhidmatan e-melnya.

Persoalan Mandi Wajib dan Rukun Sembahyang.

07 Zulhijjah 1431H.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Yi Ye Zhang Mu, Bu Jian Tai Shan : Sehelai Daun di Depan Mata Menutup Pemandangan Gunung Tai

07 Zulhijjah 1431H.

Asal Usul:

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), di negeri Chu, ada seorang lelaki bersifat "kutu buku" yang hidup dalam kemiskinan.

Pada suatu hari, si kutu buku itu terlihat satu ayat yang berbunyi, "Jika seseorang mendapatkan daun yang digunakan oleh cengkadak untuk menutup badannya ketika menangkap riang-riang, dia boleh menjadi orang limunan." Fikirnya dalam hati, "Alangkah baiknya jika saya mendapat daun itu!"

Sejak itu, tiap-tiap hari, dia merayau-rayau di hutan untuk mencari daun seperti itu. Pada suatu hari, dia benar-benar nampak ada seekor cengkadak yang menyembunyikan diri di belakang sehelai daun, sedang menjangkau untuk menangkap seekor riang-riang. Dia terus meluru ke arah cengkadak tersebut, dan berjaya mendapatkan daun itu. Bagaimanapun, disebabkan terlalu teruja, daun yang dipegangnya terjatuh ke tanah, lalu bercampur dengan daun-daun lain yang sudah gugur di situ. Dia terpaksa mengumpulkan semua daun yang ada di situ, dan membawanya semua pulang ke rumah untuk dicuba sehelai demi sehelai.

Sebaik sahaja tiba di rumah, si kutu buku itu pun menutup matanya dengan salah sehelai daun, lalu bertanya kepada isterinya, "Bolehkah awak melihat saya?"

Mula-mula, isterinya sentiasa menjawab dengan sabar, "Ya, boleh!"

Bagaimanapun, lama-kelamaan, isterinya semakin hilang sabar. Akhirnya, dia terpaksa menjawab dengan sambil lewa, "Kali ini, saya sudah tak nampak kamu!"

Mendengar jawapan isterinya itu, si kutu buku itu menjadi sangat gembira. Dia segera membawa daun itu menuju ke sebuah kedai di pasar tanpa sepatah kata pun. Setelah tiba di sana, dia mula mengambil apa-apa saja yang dillihat di kedai itu secara terang-terangan. Pemilik kedai itu sangat marah. Dia menanggap "pencuri" itu, dan membawanya ke pejabat Ketua Kaunti. Setelah mendengar aduan yang berkenaan, ketua kaunti itu berasa sangat hairan, masih ada orang yang berani mencuri di depan orang. Selepas menyoal siasat si kutu buku itu, barulah Ketua Kaunti itu faham akan apa yang telah berlaku. Dia menahan ketawanya, sambil berkata,

"Tindakan kamu justeru seperti mata terhalang oleh sehelai daun, pemandangan Gunung Tai pun tak nampak!"

Si kutu buku itu mujur dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Tetapi, sejak itu, dia telah menjadi bahan ketawa orang sekampungnya.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Yi Ye Zhang Mu, Bu Jian Tai Shan" atau "Sehelai Daun di Depan Mata Menutup Pemandangan Gunung Tai" digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang mudah terpengaruh dengan fenomena lahiriah atau luaran, tetapi tidak dapat melihat intipati atau keadaan keseluruhan sesuatu benda. CRI/-

Perasmian Sukan Asia pernuh gemerlapan

07 Zulhijjah 1431H.

Kilauan cahaya gemerlapan dan percikan bunga api yang indah menghiasi ruang angkasa sekitar bandar raya Guangzhou malam tadi, mempesonakan ribuan penonton yang hadir menyaksikan majlis perasmian Kejohanan Ke-16 Sukan Asia yang penuh gilang gemilang.

Majlis penuh warna warni itu menyaksikan tirai kejohanan 16 hari tersebut dibuka dengan rasminya, dan majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao.

Antara yang menyaksikan majlis penuh bersejarah itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge dan presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah.

Malaysia menghantar 337 atlet dan 126 pegawai untuk membawa cabaran negara ke temasya sukan itu, di mana para atlet akan mengambil bahagian dalam 28 daripada 42 acara sukan yang ditampilkan.

Di majlis perasmian malam ini, para penonton disajikan dengan persembahan gerak tari yang menarik hasil sentuhan tokoh artistik tersohor China, Chen Weiya.

Upacara yang cukup gemilang itu menggunakan bandar raya Guangzhou dan Sungai Pearl, sungai ketiga terpanjang di China, sebagai latar belakangnya, menjadikan ia sebagai majlis perasmian Sukan Asia kali pertama diadakan di luar stadium utama.

Bermula dengan perbarisan bot melalui Sungai Pearl, di mana 45 bot yang dihiasi indah digunakan bagi membawa atlet dari 45 negara yang mengambil bahagian dalam temasya sukan itu, bermula dari Baiertan, menghala ke arah Haixinsha Square, di mana majlis perasmian berlangsung.

Sembilan atlet dan pegawai Malaysia, yang terdiri daripada chef-de-mission Datuk Musa Omar; Shalin Zulkifli dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi (boling); Mek Yam Jusoh dan Harris Abu Bakar (pengurus dan jurulatih pasukan kriket); Zalina Zahid dan Ernawati Mahmud (pengurus dan pemain pasukan hoki wanita); Ian James Barr (renang) dan Chan Foon Keong (pegawai OCM); berada di atas bot yang membawa wakil dari Malaysia, yang dihiasi dengan reka bentuk bangunan terkenal negara, bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Berkembar Petronas.

Tema majlis perasmian Sukan Asia Guangzhou yang dihiasi dengan pertunjukan cahaya yang hebat itu berkisar kepada kebudayaan masyarakat tempatan dari kaum Lingnan.

Antara yang menjadi perhatian ialah kemunculan pelakon wanita terkemuka Zhang Ziyi dan pemain piano tersohor dunia Lang Lang, yang membuat persembahan bersama dalam salah satu segmen, yang menyanjung sejarah Guangzhou sebagai pintu masuk di China untuk ke jalan lama yang cukup terkenal, Maritime Silk Road.

Pada acara lintas lalu di Haixinsha Square, kontingen Malaysia yang diketuai oleh Chef-de-Mission dan pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong, bersama pemain badminton Koo Kien Keat, bergerak masuk dengan membawa "Jalur Gemilang".

Sementara itu dalam satu acara majlis itu, pemenang pingat emas acara terjun Kejohanan Olimpik Beijing He Chong kelihatan bagaikan beliau menyalakan bunga api bersama dua kanak-kanak, sebelum pertunjukan bunga api bermula.

Jaguh badminton terkemuka China, Fu Haifeng pula menerajui semua atlet yang mengambil bahagian, semasa pengadil gimnastik Yan Ninan mengetuai delegasi pengadil dan tenaga teknikal, membacakan ikrar kejohanan.

Sukan Asia kali ini menyaksikan penyertaan 9,704 atlet, iaitu 184 lebih ramai berbanding jumlah atlet yang direkod dalam Sukan Asia sebelum ini di Doha, Qatar pada 2006.-

13 November 2010

Seminar PAS sedia ganti UMNO.

06 Zulhijjah 1431H.

Photobucket
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang memberikan ucapan merasmikan Seminar Pas sedia ganti UMNO di Shah Alam hari ini.

Presiden PAS : Pas sedia ambil alih tempat UMNO

06 Zulhijjah 1431H.

SHAH ALAM : Apabila ramai menyedari UMNO adalah ejen kepada Britsh, lalu ramai yang keluar dari UMNO, hanya kelongsong sahaja.Demikian antara penegasan Presiden PAS. DS. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang semasa merasmikan Program Seminar PAS Sedia ganti UMNO yang diadakan di DewanBSA di sini.

Katanya lagi sejarah tidak dan yang benar tidak boleh ditutup.

Jati diri orang Melayu makin tehakis disebabkan UMNO tidak berjuang dengan semangat Islam tetapi atas smeangat Bangsa.

Presiden PAS juga menegaskan Islam tidak menghalang hubungi silaturahim walaupun dengan bukan Islam. Ini adalah hak.

Kita bersedia mengambil ahli tempat UMNO, mengambilnya untuk meruntuhkan Jahiliyah dengan kekuatan aqidah, ilmu, Organisasi dan jentera.Tegannya.

Kemenangan yang akan diberikan adalah bersyarat. Dan mesti mempunyai persedian membina dengan Ilmu dan Aqidah.

Allah jadikan perjuangan Islam bukan menang mudah dan ini adalah lumrahnya.

Para pejuang mestilah menyediakan kekuatan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak menyembunyikan kekuatannya.

Selain itu Presiden PAS menekankan PAS mestilah mempunyai organisasi yang baik.Seperti mempunyai ahli yang ramai Cawangan dan kawasan yang kuat.

PAS tidak sama dengan UMNO dalam soal kerjasama dengan orang bukan Islam, kita melaksanakan tahaluf siyasi. Kita bergabung kerana Islam Ada feqah politik kerana feqah bukan hanya dalam sembahyang sahaja.

UMNO dia kerjasama dengan tidak ada jati diri, bukan Islam bergabung dengan kita dengan mereka menerima dasar PAS.

Kita menawarkan diri kita untuk mengambil alih kuasa. Kita sedar kita boleh menang bukan hanya dengan sokongan Ahli kita sahaja, dimana orang UMNO juga ada yang menyokong kita

Kalau UMNO menerima Islam, Kita sokong mereka, sebaliknya jika mereka menolak Islam dan muzakarahpun mereka tolak maka kita menawarkan untuk mengambil alih tempat UMNO.

Ust. Idris : BN menang di Galas dengan 3M.

06 Zulhijjah 1431H.

SHAH ALAM :Kemenangan UMNO dan BN di Galas bukan disebabkan oleh penerimaan ideaalogi UMNO kepada rakyat tetapi disebabkan 3 M iaitu Money Mechinery, Media.Demikian antara penegasan Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Pengarah Program Seminar "PAS sedia Ganti UMNO" yang diadakan di Dewan MBSA disini hari ini.

Beliau juga menyatakan kekalahan kita di Galas bukan melemahkan semangat namun semakin bersemangat.

Seminar sehari anjuran Lajnah Penenragan PAS Pusat itu dihadiri oleh hampir 1000 orang peserta yang terdiri dan AJK PAS Pusat, Pimpinan Pemuda, Muslimat, DHPP, Pimpinan Negeri dan kawasan-kawasan seluruh negara.