20 Februari 2011

S'gor MB sahkan bincang rombakan exco

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan hari ini bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat di negeri itu mengenai kemungkinan merombak barisan exco kerajaan negeri.

Bercakap kepada media di Bandar Tasek Selatan, Khalid berkata, perbincangan diadakan bagi "mengukuhkan lagi pentadbiran kerajaan Selangor".

Beliau bagaimanapun, enggan menyatakan butiran mengenai perbincangan yang diadakan itu.

"Tapi apa (yang kita) mahu lakukan atau tidak (lakukan), kita belum putuskan," katanya ketika ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau telah menemui wakil rakyat Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk membincangkan rombakan exco.

Khalid dilaporkan berdepan dengan tekanan untuk membuat rombakan tersebut kerana menghadapi masalah dengan anggota exco tertentu.

Ini adalah pertama Khalid membayangkan mengenai rombakan tersebut walaupun khabar angin mengenainya bertiup sejak awal tahun ini.

Teks Ucapan YAB Al-Mursyidul Am PAS di Majlis Perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
ومن آياته خلق السموات و الارض و اختلاف السنتكم و الوانكم انّ في ذلك لايات للعالمين
-سورة الروم : 22


Yang bermaksud : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang Mengetahui.­

Peserta-peserta konvensyen yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama berada di dalam majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupyaan Bangsa – Jaminan PAS pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan konvensyen yang saya sifatkan sangat-sangat bermakna ini khususnya di dalam menangani fitnah dan cabaran yang sedang melanda perjuangan PAS pada hari ini.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua Islam hadir dengan tidak menjadikan agenda perjuangan bangsa sebagai keutamaan. Islam hadir dengan menjadikan semua manusia menjadi mulia jika menerima Islam sekalipun tidak sebangsa, dan mengajar kita bahawa manusia boleh menjadi hina apabila mengenepikan Islam walaupun sebangsa dan sedarah. Justeru, seringkali saya ulangi apa yang disebut oleh Allah SWT di dalam firmanNya :

ياايها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير

Yang bermksud : Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. – Surah al-Hujurat, ayat 13.

Berdiri di atas hakikat inilah, Rasulullah SAW datang tidak dengan misi menegakkan ketuanan Arab, jika itulah yang dibawa oleh baginda, nescaya Islam tidak akan diterima oleh Bilal bin Rabah yang berbangsa Habsyi, oleh Suhaib ar-Rumi yang berbangsa Rom dan juga Salman al-Farisi dari negeri Parsi. Jika misi yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah ketuanan Arab, nescaya Islam tidak akan tersebar ke seluruh dunia merentasi sempadan benua dan tentunya tidak akan sampai ke Tanah Melayu ini. Hakikatnya, Islam datang merentasi darah dan keturunan serta mengenepikan hubungan darah dan bangsa jika memusuhi risalah Islam. Lantas, Abu Lahab dijanjikan dengan balasan api neraka sekalipun merupakan bapa sudara Rasulullah SAW.

Persoalannya, kenapakah Allah SWT menciptakan pelbagai bangsa di dunia? Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk berkenal-kenalan dan memanfaatkan perbezaan tersebut untuk kebaikan sejagat. Dalam rumahtangga, seorang lelaki hanya lengkap kehidupannya jika berkahwin dengan seorang wanita yang tentu sekali berbeza jantinanya dengan suami, namun daripada perbezaan itulah rumahtangga saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam konteks perbezaan bangsa, ia boleh dimanfaatkan dengan skala yang lebih besar demi kebaikan sejagat. Lihat sajalah bagaimana tentera Islam di zaman Rasulullah SAW menggali parit sekitar Kota Madinah di dalam perang Ahzab semata-mata kerana mengambil pengalaman daripada seorang sahabat yang berbangsa Parsi iaitu Salman al-Farisi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Jika Rasulullah SAW datang tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah PAS yang mencontohi perjuangan baginda, tidak akan datang dengan membawa agenda Ketuanan Melayu. Soalnya, adakah PAS mengenepikan bangsa Melayu? Inilah tohmahan yang sering dilemparkan kepada PAS seolah-olah Melayu akan mati tanpa UMNO, akan cacat tanpa bantuan UMNO dan akan mundur tanpa pimpinan UMNO. Inilah sebesar-besar khurafat yang cuba ditanam dalam benak minda rakyat pada hari ini. Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini. Firman Allah SWT :

وأنذر عشيرتك الأقربين

Yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara’, ayat 214

Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah. Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja.

Perlulah diingatkan bahawa Islam merupakan anugerah daripada Allah SWT. Ia merupakan satu pemberian dan kemuliaan daripada Allah SWT. Menolak Islam dan menerima sekular sebagai ideologi seperti yang dilakukan oleh UMNO pada hari ini bererti menolak kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT. Hakikatnya, UMNO menjaga Islam pun tidak, menjaga Melayu pun jauh sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta yang didedahkan bagaimana tanah rezab Melayu di seluruh negara susut dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995. Apakah ini salah satu pembelaaan UMNO terhadap orang-orang Melayu? Bahkan Dasar Ekonomi Baru yang diwujudkan untuk membantu orang-orang Melayu telah digagalkan oleh pemipim-pemimpin UMNO sendiri. Ia digunakan oleh golongan atasan pihak pemerintah untuk memuaskan hawa nafsu mereka membolot kuasa dan kekayaan. Tidak ada keraguan lagi bahawa pengkhianatan ini dilakukan secara sangat sistematik oleh parti-parti komponen kerajaan dengan kerjasama erat diberikan oleh UMNO bagi menindas hak-hak Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan yang sepatutnya mendapat manfaat dari Dasar Ekonomi Baru.

Atas nama manfaat Bumiputera kononnya, prosedur tender yang terbuka, telus, penilaian bebas isu-isu penswastaan, agihan perolehan, semuanya telah diketepikan. Akhirnya yang mengaut kekayaan ialah kroni-kroni tertentu dengan mengenepikan kepentingan rakyat terbanyak. Sebenarnya, inilah Ketuanan Melayu di mata UMNO.

Alhamdulillah, di Kelantan, sekalipun kita mentadbir dengan tidak menyebut Melayu bahkan kita menggunakan dasar Membangun Bersama Islam, ia diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Golongan non muslim semakin merapati perjuangan kita dan memahami kesucian perjuagan PAS. Slogan Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh UMNO bersenjatakan keris mereka hanya menjauhkan golongan non Muslim dan menyebarkan kebencian sesama rakyat. Dari sudut pembelaan terhadap orang-orang Melayu dan Islam, kita melaksanakan pentadbiran yang berteraskan Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan dengan mengingatkan seluruh warga tadbir bahawa setiap gerak kerja yang dilakukan di dunia akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Serangan-serangan terhadap PAS pada hari ini sebenarnya membuktikan kegerunan musuh-musuh politik PAS dan kebimbangan mereka sekiranya terlepas teraju kuasa satu hari nanti. Saya yakin insya-allah, fajar yang cerah pastinya akan menerangi kegelapan malam, jika rakyat di Mesir dan Tunisia boleh menjatuhkan diktator di negara masing-masing, saya tidak sedikitpun syak dengan kebijaksanaan rakyat negara ini untuk menukar teraju negara satu hari nanti Insya-Allah. Syarantnya, sediakan padang demokrasi yang adil dan saksama, jangan khianat dan jangan melakukan pencabulan terhadap keadilan, insya-allah kita akan saksikan perubahan ini.

Riak-riak kemenangan itu telah hampir tiba, justeru mereka perhebatkan serangan melalui pelbagai cara dan kaedah. Saya sendiri pun dilabel oleh seseorang sebagai nasionalis hanya kerana memperjuangkan Islam di Malaysia sahaja. Barangkali orang ini lupa bagaimana PAS telah menjalinkan hubungan dengan gerakan Islam di seluruh dunia dan hampir setiap tahun kita bermuktamar dengan disertai oleh wakil-wakil gerakan Islam seluruh dunia.
Bahkan PAS dengan kudratnya sebagai parti politik sampai ke seluruh dunia dalam misi dakwah dan bantuan apabila berlakunya bencana alam dan sebagainya. Saya juga dituduh hanya bertujuan mahu menang pilihanraya, jika demikian apakah salahnya menang pilihanraya, PAS sendiri ditubuhkan untuk menyertai pilihanraya dan menang. Bahkan UMNO sendiri di dalam usaha memenangi pilihanraya melakukan pelbagai cara yang tidak demokratik merentasi sempadan halal haram demi mencapai tujuan mereka.


PAS juga dituduh sanggup berpakat dengan DAP demi untuk memenangi pilihanraya, soalnya PAS telah dimusuhi sekian lama semenjak sebelum PAS bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat. Bahkan UMNO melakukan kerja-kerja menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan semenjak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan. Jika benar UMNO memperjuangkan Melayu, untuk apa kami di Kelantan diperangi sedangkan di Kelantan majoriti pemimpin dan rakyatnya berbangsa Melayu dan beragama Islam?

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Justeru, saya sangat-sangat mengharapkan agar Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS Pusat yang dilaksanakan pada hari ini benar-benar dapat menangkis tohmahan-tohmahan jahat yang dilemparkan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat. Insya-allah, kefahaman yang murni yang disemaikan di dalam minda rakyat akan memberikan mereka pilihan yang terbaik khususnya di dalam usaha menggantikan teraju kepimpinan di Putrajaya, insya-Allah. Saya sudahi dengan :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Penjelasan Terhadap Laporan Muka Hadapan Mingguan Malaysia 20 Feb 2011

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

1.Saya ingin merujuk kepada laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini 20 Februari 2011 yang meletakkan tajuk : “NIK AZIZ UBAH NADA : BIMBANG PENURUNAN SOKONGAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP PAS”. Di bawah tajuk tersebut ditulis kenyataan, “Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan.

2.Saya menyifatkan bahawa laporan ini merupakan satu bentuk fitnah secara sistematik denga memanipulasikan sebahagian kenyataan YAB Al-Mursyidul Am PAS demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah UMNO ini. Mingguan Malaysia sekali lagi merelakan dirinya menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat professional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan. Jika mengikut rekod pemberitaan Mingguan Malaysia, laporan ini akan disusuli dengan pandangan pelbagai pihak di dalam UMNO yang akan berebut-rebut ruang di dalam akhbar untuk menonjolkan pandangan dan pendapat.

3.Sebelum pihak-pihak ini melontarkan pandangan berasaskan laporan yang kurang tepat, sukalah saya nyatakan bahawa laporan tersebut hakikatnya merujuk kepada ucapan al-Mursyidul Am PAS ketika merasmikan Konvensyen KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA - JAMINAN PAS yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 Februari 2011.

4.Realiti yang sebenarnya ialah al-Mursyidul Am merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang-orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain. Mereka perlu diberikan keutamaan untuk memahami Islam kerana jika bangsa Melayu mengamalkan Islam yang sempurna ia akan menjadi contoh tauladan kepada bangsa lain.

5.Petikan teks ucapan beliau yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut : “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat – Surah al-Syuara’, ayat 214. Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah. Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja.

6.Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut : "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.”

7.Oleh yang demikian, tidak timbul soal YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi. Tambahan pula, YAb Tuan Guru sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu namun tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk menarik sokongan orang-orang Melayu seperti UMNO yang pada hakikatnya mengkhianati bangsa Melayu di dalam banyak perkara.

8.Justeru, semoga pihak Mingguan Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk memutar belitkan sebarang laporan selepas ini. Saya berharap agar kerjasama dan hubungan baik di antara pejabat Menteri Besar Kelantan dengan pihak akhbar Mingguan / Utusan Malaysia boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 20 Februari 2011 / 17 Rabiul Awal 1432

Kit Siang: Ops Lalang taktik Mahathir kukuhkan kuasa politik

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Buku biografi Lim Kit Siang berjudul The Right To Differ yang dikeluarkan hari ini.- The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Lebih 100 orang, kebanyakannya pemimpin pembangkang dan aktivis, yang ditahan di bawah Operasi Lalang 1987 telah dijadikan kambing hitam dalam gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memperkukuhkan kuasa politiknya, dakwa Lim Kit Siang dalam satu biografi dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen DAP ini mendakwa Dr Mahathir, bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, terdesak untuk mengalih perhatian ekoran cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam persaingan jawatan presiden Umno, perkembangan yang turut menggugat parti itu dan cuba menutup “skandal-skandal lain.”

Awal 1987, Umno mengadakan pemilihan jawatan-jawatan partinya di mana buat pertama kali sejak 12 tahun jawatan presiden telah dicabar. Tengku Razaleigh yang merupakan calon “Pasukan B” untuk jawatan presiden mencabar Dr Mahathir daripada ”Pasukan A”.

“Operasi Lalang bukannya mengenai soal kami menjadi ancaman kepada keselamatan negara, tetapi ia berkenaan dengan keperluan beliau (Dr. Mahathir) memperkukuhkan kedudukan kuasanya dalam Umno,” kata Lim dalam buku berjudul “The Right to Differ”, tulisan ahli akademik Ooi Kee Beng.

Lim genap berusia 70 tahun ini dan merupakan ahli Parlimen veteran negara ini.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Ipoh Timur ini dan Dr Mahathir terlibat dalam 'perang' kenyataan mengenai Operasi Lalang, yang turut membawa kepada penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lim ditahan di bawah ISA buat kali kedua ketika itu. Kali pertama pada 1969.

Pada 17 Februari lalu, Dr Mahathir berkata, beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

Kira-kira seminggu sebelum itu Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 termasuk Lim dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ekoran kenyataan Dr Mahathir itu, yang dirakamkan dalam buku “Doctor M: Operation Malaysia — Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate, Lim telah mencabar bekas perdana menteri itu agar mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata: “Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang.”

Kata Lim, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakadilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Kata Lim, tidak patut Dr Mahatahir mempersalahkan polis sebagai pihak yang bertanggungjawab atas Operasi Lalang memandangkan beliau bukan sahaja tidak mempertahankan penahanan 106 orang di bawah Seksyen 73 ISA, malah beliau menggunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 8 akta itu untuk mengeluarkan perintah menahan selama dua tahun membabitkan 49 orang termasuk tujuh ahli Parlimen DAP.

Dalam buku mengenainya, Lim pula berkata Dr Mahathir memulakan serangan ke atas pelbagai institusi seperti kehakiman, suruhanjaya pilihan raya dan Parlimen sebab “rakyat dapat melihat janji-janjinya tidak dipenuhi.”

“Pada ketika itu, sesetengah kes berakhir dengan penghakiman yang Mahathir mendapati tidak boleh diterima. Akhirnya, beliau bimbang bahawa bidang kehakiman akan mengambil satu keputusan yang akan membawa kepada kejatuhan Mahathir dan Umno.

“Operasi Lalang, pemecatan (Tun) Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung datang dalam konteks itu,” kata Lim.

Justeru Lim menambah, itu masanya Dr Mahathir memutuskan bahawa kebebasan sistem kehakiman dan integriti-integriti institusi terbabit adalah soal kedua berbanding kedudukan kuasanya.

Kata Lim, Dr. Mahathir memerlukan satu cara untuk memesongkan persekitaran ketika itu ekoran skandal-skandal seperti Bumiputra Finance Berhad dan isu-isu sensitif seperti penganutan besar-besaran agama Kristian dan juga penempatan pentadbiran pengetua yang tidak fasih berbahasa Mandarin di sekolah-sekolah Cina.

“Kesemuanya membawa kepada soalan asas: Apa bentuk Malaysia yang kerajaan hendak bina?” kata Lim.

Beliau menambah, “kekecewaan dalam Umno sendiri juga meningkat” ketika itu.Pada 1986, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam meletakkan jawatan manakala Tengku Razaleigh ketika itu menteri kewangan memutuskan untuk mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno.

Kekejaman tentera Bahrain kepada rakyat demi Amerika

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Khamis lalu pada 17 Februari, seawal pukul 3 pagi, tentera Bahrain dan Saudi, serta polis anti perusuh menyerang orang awam tanpa senjata sehingga menyaksikan ramai penunjuk perasaan anti regim tumpas syahid.

Adalah dipercayai 20 orang terbunuh, 3 ribu orang cedera. Termasuk 2000 orang remaja, kira-kira 400 orang tua termasuk ulama, 250 wanita, 70 orang kanak-kanak, dengan 300 mangsa mengalami kecederaan parah. Demi membolehkan pangkalan tentera laut Amerika Syarikat tidak tergugat dan perlumbaan F1 tidak terjejas, Raja Bahrain sanggup membunuh rakyatnya sendiri.



Para ulama antara yang menjadi mangsa keganasan tentera di Dataran Mutiara,
Manama Bahrain pada khamis lalu.


















Fakta Tentang Al-Quran

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.

2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.

7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.

10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâ??an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?

Dimana 32 + 13 = 45

~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini terbukti

Sumber: www.jiwang.org

12 Jaminan PAS untuk Malaysia Baru

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.


Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

Perjuangan PAS tidak pernah kalah

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Pemuda PAS disaran meneladani semangat pemuda Islam terdahulu yang keberanian mereka dinukilkan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, lapor Harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memberi contoh keberanian yang ditunjukkan Nabi Allah Yusuf yang sanggup menolak tawaran perempuan cantik dan pangkat, sebaliknya memilih penjara demi menjaga agama Allah.

Kedua, kisah Nabi Ismail yang rela disembelih bapanya demi menunaikan arahan Allah SWT, dan kebijaksanaan Muhammad Al Fateh yang berjaya Konstantinopel ketika berusia 19 tahun.

"Ismail telah meninggalkan kita, Yusof telah meninggalkan kita, Ahmad Al Fateh telah meninggalkan kita.

"Biarpun mungkin jasadnya tidak bersama kita, tetapi semangatnya hari ini dipikul oleh Dewan Pemuda PAS Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup program Himpunan 30K Pemuda PAS yang berlangsung di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di Alor Setar, semalam.

Menyentuh himpunan kali kedua selepas kali pertama di Kelantan sebelum PRU ke-12 dahulu, beliau berkata, penganjuran himpunan ini tepat dengan tema himpunan 'Masa Untuk Berubah.

Ujarnya, pemuda PAS yang ada hari ini adalah agen pengubah bagi menentukan masa depan negara yang lebih harmoni.

"Pertama, saudaralah penyambung risalah perjuangan islam, yang keduanya untuk menjatuhkan Umno Barisan Nasional," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan pemuda dengan dua pilihan raya kecil (PRK) terdekat, Merlimau dan Kerdau yang akan berlangsung serentak 6 Mac ini.

Katanya, biarpun PAS kalah dalam beberapa PRK sebelum ini, namun Islam mengajar umatnya agar tidak berputus asa kerana kemenangan sebenar adalah pada penilaian Allah.

"PAS mengajar kita bahawa perjuangan kita tak pernah kalah cuma belum ditakdirkan menang.

"Konstentinopel pun boleh, apalah sangat Putrajaya dan ibu kota ibu kota lain," katanya disambut laungan takbir hadirin.

Bagaimanapun ujarnya, himpunan hari ini hanya akan tinggal kenangan semata-mata, jika tidak disusuli dengan gerak kerja oleh pemuda.

Sehubungan itu, beliau mahu pemuda berikrar untuk melipatgandakan usaha demi memenangkan perjuangan Islam di negara ini.

Khalil Idham Lim sanggah kata Najib Razak

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

YB Khalil sanggah - Persoalan lebih penting bukan tunjuk kabinet bayangan,tetapi najib mesti menunjukkan kabinet yg dia ada benar2 telah membela rakyat. 

Saya faham tujuan najib sekadar untuk make up kabinetnya kononnya yg terbaik dalam keadaan rakyat sudah faham siapakah najib dan kabinetnya. Kenyataan najib menggambarkan dia sudah hilang arah dan cukup menggelabah. 

Sekarang dia cabar kita kemukakan pula tetapi hakikatnya yang sebenarnya, Najib memang sedang mengelabah, dan mengiyakan apa yang keluar dlm blog bn semua rekaan dan palsu belaka sebelum ini.

Kata Najib di Malaysiakini,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar Pakatan Rakyat yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan bayangan kabinet mereka kepada rakyat.

najib razak meets umno division leadersNamun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.

"Di Malaysia kita cuma ada kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka," katanya semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau malam ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat.

Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang, mereka hanya pandai membuat gambaran untuk menunjukkan yang mereka padu.

'Parti Keluar Ramai-Ramai'

"Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu," katanya.


NONENajib juga mengajak rakyat supaya memerhatikan keadaan PKR yang kini semakin nazak akibat perpecahan yang sedang berlaku dari dalam parti itu.

Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimennya.

Secara berjenaka, beliau berkata beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai "Parti Keluar Ramai-Ramai".

Mengenai PAS pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju.- Bernama

Sindrom ketagihan internet

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Internet sememangnya satu 'dunia' yang mengasyikkan. Seseorang yang berada dalam dunia Internet pasti tidak akan merasa bosan untuk terus melayari Internet dengan meniti dari satu blog ke blog yang lain untuk mengumpulkan maklumat atau menambahkan kenalan maya. Tidak kurang juga yang menggunakan Internet sebagai medium untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.

Saya tertarik dengan rencana yang ditulis oleh Jyh Wee Sew yang bertajuk "Mengimbangi Cita Rasa Manusia dalam Budaya Internet" yang disiarkan dalam Dewan Budaya Oktober 2008. Rencana ini mengetengahkan beberapa fakta statistik serta maklumat tentang natijah penggunaaan Internet yang berlebihan.

Sama ada kita sedari atau tidak, usia Internet diperkenalkan kepada dunia baharu sahaja 15 tahun. Walau pun masih muda, Internet sudah mampu untuk mengubah tamadun manusia. Pada masa kini, kebanyakan transaksi dan maklumat dilakukan melalui Internet. Para pekerja akan merasa gusar sekiranya tidak melayari Internet di tempat kerja. Internet dijadikan sebagai saluran perhubungan sama ada di antara sahabat handai mahu pun dengan pelanggan dan rakan perniagaan.

Saya senaraikan di bawah ini beberapa fakta menarik daripada rencana ini untuk tatapan dan pengetahuan kita semua:

1. Terdapat sejumlah 112.8 juta blog di dunia, sejumlah 175,000 blog baharu telah direkodkan pada setiap hari, 1.6 juta blog dikemaskinikan setiap hari termasuk 18 blog yang dibaikpulihkan pada setiap saat.

2. Blog yang saya dan anda semua gunakan kini adalah versi "Web 2.0" yang juga dikenali sebagai jurnal Internet adalah menggantikan laman "Web 1.0" yang kini lebih dikenali sebagai laman sesawang.


3. Jurnal Internet remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskinikan. "Netizen" adalah gelaran yang diberikan kepada golongan remaja atau warga siber yang kerap membaca blog, menyimpan, menulis dan memberikan komen di jurnal Internet menerusi Web 2.0. Konsep "netizen" ini diperkenalkan oleh Michael dan Rhonda Hauban kira-kira 12 tahun yang lalu untuk menerangkan konsep warga siber.

4. Golongan dewasa juga tidak kurang minatnya dengan blog ini. Golongan ini membentuk kumpulan warga siber untuk berkongsi fikiran dan meluahkan rasa hati mereka. Isu politik adalah antara tema yang biasa digunakan oleh golongan ini.

5. Pemantauan menunjukkan bahawa ramai yang memilih untuk menggunakan blog sebagai pengantara bagi mencatat jurnal kerana seseorang itu tidak perlu melalui proses penyuntingan dan kelulusan editor untuk menghasilkan penulisan yang kadangkala memakan masa berbulan-bulan sebelum disiarkan. Dengan blog Web 2.0 ini, segala maklumat terkini boleh disalurkan dengan pantas dan sekiranya lewat, sesuatu berita itu akan dikatakan sudah basi.


6. Namun demikian, Internet juga mempunyai keburukannya.

Menurut laporan BBC, seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah meninggal dunia selepas bermain permainan komputer yang diberi nama "Starcraft" selama 50 jam di kafe Internet. Pemuda ini dikatakan hanya tidur dan makan sedikit sepanjang sesi permainan komputer ini.

7. Jurnal Internet seorang pelajar lelaki pula mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai kawan kecuali permainan komputer. Remaja ini sanggup bergaduh dengan ibunya apabila dilarang bermain komputer. Beliau menyalahkan ibunya kerana menghalangnya bermain di luar rumah dan akhirnya beliau ketagihan permainan computer sehingga tidak berminat untuk membuat kerja sekolah.

Dia sanggup membayar rakan sekelas beliau untuk menyiapkan kerja sekolah agar dia terus dapat bermain permainan computer. Pelajar ini bukanlah seorang pelajar yang bebal kerana apabila rakannya tidak dapat menjawab soalan matematik, dia menunjukkan kaedah penyelesaian soalan matematik dalam sekelip mata. Ini membuktikan bahawa budaya teknologi telah menghakis nafsu untuk melakukan aktiviti harian sehingga menyebabkan sesetengah remaja mencari kepuasan di Internet.

8. Dalam kes yang lain pula, seorang remaja lelaki dikatakan hidup hanya dengan makanan segera di dalam bilik tidur kerana tidak mahu meninggalkan skrin komputer. Selama beberapa hari beliau tidak mandi dan tidak mengendahkan deringan telefon bimbit. Remaja ini ketagihan dengan permainan komputer yang dimainkan secara berkumpulan. Oleh kerana pungutan mata secara berkumpulan amat dipentingkan, beliau membuat urusniaga membeli status pemain yang menjanjikan kuasa siber.

Jurnal Internet beliau mendedahkan bahawa beliau membayar sejumlah RM200 semata-mata untuk mendapat status baharu dalam permainan komputer. Urusniaga ini dilakukan secara sulit dan pada waktu malam. Pemain yang menjual statusnya tadi akan memberikan kata laluan baharu kepada remaja ini bagi membolehkannya menukarkan kod permainan sekaligus menjadikan beliau sebagai ketua permainan komputer yang disegani di Internet.

Secara ringkasnya, Internet pada abad ke-21 ini sedikit sebanyak mempengaruhi budaya pergaulan sesama manusia. Kalau dahulu kita hanya bersemuka atau berhubungan melalui telefon tetapi kini kita sudah ada Internet yang menjanjikan kita pelbagai kaedah untuk lebih kenal-mengenali antara satu sama lain. Apa yang pasti, kita harus bijak untuk menggunakannya pada jalan yang betul dan elakkan diri kita daripada terjebak dengan sindrom "ketagihan Internet".

Luahan hati kakitangan kerajaan. Sila ambil peduli !

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Assalamualaikum wbt.
Semoga YB sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah selalu. Tahniah kepada YB yang sentiasa memuatkan blog cina islam dengan berita-berita semasa, tazkirah, ceramah dan infi-info semasa.Jarang blog pemimpin PR yang rajin update blog masing-masing kecuali Anwar Ibrahim, Mariah Mahmud, Zailah.

Kebanyakan mereka hanya update blog masing bila ada pilihanraya kecil atau bila adanya isu-isu besar melanda negara. Lantaran itulah blog YB ini sentiasa diminati dan diikuti oleh penyokong PR atau pendokong BN

Saya adalah kakitangan kerajaan. Dengan gaji tak seberapa, amat perit menempuh cabaran hidup. Harga barang boleh dikatakan naik setiap bulan. Saya yang mempunyai anak yang belum bersekolah pun merasa bebanan kewangan, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. Ini belum lagi dikira orang-orang kampung yang hidup bersawah dan ke laut.

Harga ikan di tempat saya di musim tengkujuh lalu sekitar RM8-RM12. Tadi saya ke pasar pagi, harganya tetap sama walaupun sekarang bukan musim hujan lagi. Harga sayur, ayam semakin mahal. Ini belum lagi dikira dengan kualiti barangan yang dijual.Ikan yang dicampur-awet dengan formalin amat membahayakan kesihatan. Rakyat tahu, tapi apakan daya,mereka terpaksa menelannya juga.

Di pejabat saya, ramai yang atas pagar. Kadangkala sokong kerajaan, kadangkala puji pembangkang, tetapi sepakat membenci Rosmah. mereka merungut harga barang semakin mahal, gaji tetap tidak berubah. Tuntutan elaun perjalanan mesyuarat tidak di bayar. Bila ditanya kpd pihak atasan, mereka menjawab tiada peruntukan. Orang atasan memaksa buat tu, buat ni, tapi peruntukan tak ada, kalau ada pun hanyalah terlalu sedikit.Terpaksalah menggunakan duit sendiri untuk urusan kerja. Mana aci. Rosmah dapat RM111 juta untuk sekolah permatanya, pergi ke luar negara dapat claim, bawa PTD sebagai pengiring ramai-ramai lagi. Ada pulak duit!. Kerajaan umum ekonomi negara sudah pulih, FDI melonjak, KLCT mencecah paras tertinggi..tapi kami pekerja bawahan macam tu juga. Budget untuk jabatan masih dipotong!!!.

Saya percaya pada janji 100 hari dalam Buku Jingga PR. Tak ada masalah untuk PR melaksanakannya. Saya yang bekerja dengan kerajaan, sudah muak dengan ketirisan dan rasuah (direct bribes &indirect bribes). Harga perabot dipasaran tak sampai RM1000, tapi kontraktor claim sampai 2-3 kali ganda. Kerajaan bayar!!!. Kerajaan P.Pinang dapat jimat RM80 juta hasil perbelanjaan berhemah dan sifar rasuah. Itulah petunjuknya kemampuan kerajaan PR.

Setiap kali ada p.raya kecil, kerajaan umum peruntukan berpuluh-puluh juta..buat itu, buat ini. banyak betul duit kerajaan!. Kalau banyak duit kenapa peruntukan jabatan kerajaan dikurangkan, claim perjalanan kakitangan kerajaan dibekukan?!. Dengan orang kampung nak tunjuk kerajaan berduit, tapi yang sebenarnya duit itu adalah hasil pengurangan (tarikan), peruntukan kepada jabatan-jabatan kerajaan. Kini kami sudah sedar taktik kerajaan.

YB,

Inilah luahan rasa hati kami, kakitangan kerajaan peringkat bawahan. YB, bangkitlah isu-isu ini didalam blog, ceramah2, risalah2 dll. Biar kakitangan kerajaan merasakan bahawa YB simpati kepada kami. Dampingilah kami, dengarlah masalah kami. Dampingilah juga mereka2 yang masih di atas pagar. Kami bukannya mahukan pembangunan material 100%, kami sokong memilih YB atas pertimbangan lain.

Sekian, wassalam.

Bila Umno takut kepada tajuk ceramah, macam-macam jadi !

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
SUNGAI SIPUT, 19 FEB : Tajuk asal ceramah Maulidul Rasul ini ialah Menentang Jahiliyyah dan Sekularisme, tajuk yang diusulkan oleh AJK Masjid ini telah dicetak pada satu banner besar, dan kemudiannya banner tersebut digantung pada simpang utama kampung Talang Trosor dalam DUN Lintang.

Media ABC dilaporkan tajuk tersebut setelah disedari ia amat berkait rapat dengan salah laku BN umno di Malaysia, maka "elit-elit" umno telah mengarahkan supaya banner tersebut dibuang.

Tajuk telah di “tiada” kan, cuma tema sahaja dipaparkan kepada audien, tidak ada dalam sejarah lagi ceramah tiada tajuk, dalam kelas pun guru perkenal tajuk sebelum mengajar, ini tidak masuk akal,” demikian respon penduduk.

Apabila ditanya kepada orang kampung tentang apakah “Jahiliyyah dan Sekularisme”, pakcik tadi jawab, “ape kebendenye Sekularisme tu”.



Begitulah umno terus menerusnya perbodohkan rakyat, mereka senang hati jika rakyatnya terus bodoh, tetapi BN perlu ingat, rakyat yang buta ilmu makin pupus, masyarakat berilmu makin meningkat dan BN bakal lenyap dari dunia.

Sokongan buat blogger Sharpshooter

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

BLOGGER Din Binjai @Sharpshooter kini berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Rais Yatim berkaitan isu `rogol amah'. Blogger ini bukan blogger asing buat pengunjung-pengunjung blog pro PR. Beliau dikatakan orang kuat PKR dan lantang mengkritik parti jika didapati terdapat kepincangan, dan beliau juga menerima kritikan dari orang lain yang mungkin tidak bersetuju dengan pendapatnya. Itu biasa sebagai seorang Blogger.

Mengkritik hebat dan dikritik hebat tidak membuatkan Blogger ini hilang akal untuk menjadi seperti beberapa Wakil Rakyat dari PKR yang menjadi `katak' demi mencari makan cara yang lebih mudah. Blogger ini tetap setia dengan parti, tetap yakin dengan perjuangan PR. Blogger ini komited untuk berjuang menghancurkan Umno sekutu Apco ini.

Kini, beliau diuji dalam perjuangannya. Ujian beliau tidaklah sehebat seperti yang dialami oleh DS Anwar, namun beliau diuji di mahkamah. Mahkamah juga menguji DS Anwar sejak dari tahun 1998 sehingga kini. Blogger ini bukan dari golongan elit dan beliau menjadi Blogger bukan kerana dibayar. Beliau bukan hidup di dunia ini sebatang kara, beliau punyai keluarga yang perlu disara. Beliau juga punyai pemimpin dari partinya, beliau juga mempunyai rakan-rakan seperjuangan.

Saya dapat merasakan apa yang beliau rasakan. Saya bukan Blogger sehebat beliau, malah tidak pernah bertemu muka sekali pun. Malah, saya juga pernah menulis mengkritik pandangannya walaupun tidak secara langsung. Namun, dihati kecil saya tetap mempercayai bahawa Blogger ini selalu ikhlas di dalam penulisannya.

Apalah kiranya jika parti dapat berbuat sesuatu untuk meringankan bebanan yang beliau hadapi waktu ini. Seandainya pemimpin parti kita miskin dan tidak mempunyai wang untuk dihulurkan kepada Blogger ini, carilah jalan lain bagaimana untuk membantu beliau. Jika perlu, di dalam setiap ceramah yang diadakan oleh parti diadakan tabung khas bagi membantunya. Sampaikah hati kita melihat Blogger ini akan menadah tangan `meminta sedekah' untuk mencari dana menghadapi tindakan puak yang selama ini kita tentang?

Samada Blogger ini bersalah atau tidak belum tentu lagi. Tidak salah kita membantunya kerana beliau dibawa ke mahkamah bukan atas kesalahan jenayah berat yang boleh memalukan parti. Jangan kita berkata `Berani Buat, Berani Tanggung' sedangkan belum pun terbukti seseorang itu bersalah. Bayangkan jika ada di antara kita akan berkata `Berani Buat Berani Tanggung' terhadap DS Anwar di dalam kesnya sekarang? Sudah tentu ianya tidak adil dan bakal mengguris hati dan perasaan DS Anwar dan keluarganya.

Saya merayu dan memohon agar pimpinan PKR, pimpinan PAS dan DAP menggerakkan usaha untuk membantu Blogger ini. Biarlah kita senang dan susah bersama. /wfauzdin.blogspot.com

Polis bantuan di Selangor , Hishamuddin hilang pertimbangan yang wajar !

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
PARIT BUNTAR, 19 Feb : Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim mengulas keengganan KDN dalam memberi kebenaran terhadap kerajaan negeri Selangor mewujudkan polis bantuan bagi menangai gelombang jenayah adalah berkepentingan politik sambil menyifatkan BN takut kepada bayang sendiri.

Tambahnya, memandangkan Selangor terletak di Lembah Klang yang mana di zon ini tempat terhimpunnya pelbagai latar belakang masyarakat. Kerajaan BN seharusnya pro kepada rakyat jika benar mereka mahu mendahului rakyat sebagaimana slogan 1Malaysia, tidak memberi kelulusan terhadao usaha meningkat keselamatan rakyat adalah perbuatan yang langsung tidak bertanggungjawab,’ katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Menteri yang sombong dengan 'pencapaian' kadar penurunan statistik jenayah setakat ini boleh disifatkan seolah-olah baginya penjenayah sudah lenyap di negara ini.

"Saya beranggapan sepatututnya Kerajaan BN berterima kasih dan menyahut baik cadangan Selangor apa lagi cadangan itu mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan negeri selangor itu sendiri" Katanya

Selain itu Drs. Khalil Idham Lim menjangkakan cadangan itu akan disokong oleh pihak Polis sendiri yang akan banyak membantu agensi keselamatan itu menaga keamanan negara.

"jauh sekali dari mempolitikkan isu ini sehinggakan kita melihat bahawa Hishamuddin sudah hilang pertimbangan yang wajar dalam isu ini" jelasnya.

“Saya cabar Menteri yang memberi kenyataan seperti itu supaya beliau bina pagar sekitar rumahnya pada paras lutut hingga kucing pun boleh lompat terus ke rumahnya,” jelasnya.

Menurut Khalil, perkhidmatan terbaik untuk rakyat adalah hak rakyat, perkara sebegini tidak boleh dinafikan dan dengan mudah menyatakan usaha kerajaan negeri Selangor ini tidak perlu.

“Hishammuddin Hussein perlu lihat semula jumlah anggota polis yang sedia ada di selangor, mustahil ia mencukupi kerana satu syif seorang anggota polis mengawasi 1,424 penduduk,” tegasnya. Beliau menambah, nisbah anggota polis dan rakyat yang disyorkan oleh Interpol adalah 1 anggota polis untuk 250 penduduk, penjenayah senang hati dengan perkembangan semasa sebegini.

“BN nampaknya lebih mementingkan menjaga air muka pemimpin Barisan Nasional dari menjaga keselamatan rakyat,” ujarnya. Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengingatkan BN bahawa menangani gelombang jenayah yang semakin mengancam rakyat adalah tanggungjawab kerajaan dan Pakatan Rakyat sedang berusaha ke arah itu.

“Dalam hal ini BN nampak seperti mesra penjenayah, Adakah BN sanggup untuk melihat penjenayah semakin meningkat dalam keadaan rakyat perlu mengecapi keamanan yang diharapkan?” soalnya.

10 negara paling kecil di dunia

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Mari kita sebut kategori ini Negara Mini, sebuah ‘negara’ yang memerdekakan diri yang dengan wilayah super mungilnya tidak terikat aturan negara lainnya. Mereka tidak banyak dikenal seperti negara-negara lain yang memang memiliki wilayah kecil seperti Singapura atau Vatikan. Ada beberapa alasan seseorang membentuk Negara Mini, mulai dari lelucon belaka, media protes, bahan eksperimen politis, atau bertujuan kriminal. Bahkan ada beberapa yang memang diakui secara legal oleh negara tetangganya, beberapa sangat konyol, beberapa cukup menarik. Tetapi semuanya tentu saja unik, aneh, dan lucu.

1. Sealand
Wilayah: 0.00055 km2
Populasi: 27 (2002)
Pemimpin : Michael Bates

Sealand mungkin adalah Negara Mini yang paling dikenal secara luas. Mungkin karena ceritanya yang menarik dan banyak disebarluaskan. Sealand berada sekitar 10 km dari pesisir pantai Inggris. Awalnya merupakan benteng pertahanan pada jaman Perang Dunia II tahun 1967. Paddy Roy Bates (Knock John) menghuni tempat ini dengan menjalankan stasiun radio bajak laut. Dia dan keluarganya kemudian menyatakan Sealand sebagai sebuah negara, hingga menerbitkan paspor sendiri. Bates mengaku Sealand telah diakui secara de facto oleh Jerman dan Inggris.

Terdapat kejadian yang menarik pada 1978. Saat Bates keluar negeri, Alexander Achenbach yang mengaku sebagai Perdana Mentri Sealand, bersama beberapa orang Jerman dan komplotan Belanda, melakukan kudeta terhadap wilayah ini. Kemudian Bates meminta bantuan militer untuk merebut kembali Sealand, hingga akhirnya Achenbach dan komplotannya ditangkap. Karena Achenbach memiliki paspor Sealand, maka ia ditahan sebagai penghianat negara, sedangkan komplotannya dibebaskan.

2. Republik Molossia
Wilayah: 58 km2
Populasi: 2-3
Pemimpin : Presiden Kevin Baugh

Pemerintahan Molossia berada di dekat Dayton, Nevada, US. Terdiri dari sebidang tanah yang dimiliki oleh Kevin Baugh, sang Presiden. Termasuk kedua tanah yang ia beli di wilayah Pennsylvania dan California. Ia berdandan ala diktator, lengkap dengan seragam militer dan kacamata hitam. Ia juga mengakui sebidang wilayah di lautan pasifik dan Planet Venus. Molossia sebenarnya membayar pajak ke US, tetapi mereka menganggapnya ‘bantuan luar negeri’.

3. Kerajaan Hutt River
Wilayah: 75 Km2
Populasi: Sekitar 20 penghuni dan 13,000-18,000 warga di luar negeri.
Pemimpin: His Royal Highness Prince Leonard I

Kerajaan ini didirikan oleh Leonard Casley di tahun 1970. Negara Mini ini terbentuk ketika 5 keluarga besar yang memiliki perkebunan di provinsi Hutt River terlibat perselisihan dengan pemerintah Australia. Keluarga tersebut telah melanggar aturan pemerintah Australia yang membatasi hasil produksi gandum yang diperbolehkan dijual secara legal dalam waktu tertentu. Ketika kasus ini masuk pengadilan, Casley yang merupakan pemimpin 5 keluarga ini, mendeklarasikan diri sebagai “His Royal Highness Prince Leonard I” untuk memanfaatkan hukum lama yang menyebutkan apabila melangar aturan sebuah kerajaan, akan dihukum sebagai penghianat, kemudian ia menggunakan hukum ini sebagai upayanya untuk melepaskan diri dari Australia.

4. Kerajaan Other World
Wilayah: 0.02 km2
Populasi: Beragam
Pemimpin: Her Royal Majesty Queen Patricia I

Kerajaan Other World berasal dari sebuah resort di Republik Ceko yang memerdekakan diri. Berbentuk matriarchy, artinya dipipmpin oleh seorang wanita. Dalam kerajaan ini terdapat kasta-kasta. Mulai dari gelar bangsawan bagi para pwnguasa yang semuanya adalah wanita, kerajaan ini bertujuan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin laki-laki untuk dijadikan kasta terendah yang disebut budak. Kerajaan ini memiliki paspor, mata uang, polisi, bendera, dan lagu kebangsaan sendiri.

5. Waveland
Wilayah: 784 km2
Populasi: 0
Pemimpin: Greenpeace

Secara fisik Waveland merupakan gunung batu tak berpenghuni di tengah lautan dekat Inggris. Kepemilikannya diperebutkan oleh Inggris, Iceland, dan Denmark. Pada 1997, organisasi pecinta lingkungan, Greenpeace, menduduki wilayah ini dan mendeklarasikan negara Waveland. Mereka menawarkan kewarganegaraan bagi siapapun yang mau mengucap sumpah kesetiaan. Ini merupakan bentuk protes terhadap pengeboran minyak yang terjadi di daerah tersebut. Aksi protes tersebut berlangsung hingga 1999, sampai akhirnya pendanaan mulai terhambat, Waveland pun ditinggalkan, yang tertinggal hanyalah bangunan mercu suar untuk membanu para pelaut menghindari gunung batu ini.

6. Grand Duchy of Westarctica
Wilayah: 1.610.000 km2
Populasi: biasanya 0
Pemimpin: Jon-Lawrence Langer, Grand Duke of Westarctica

Westarctica adalah dataran es yang luas di bagian barat Antartika, tak berpemilik hingga 2001, ketika seorang berkebangsaan Amerika, Travis McHenry menemukan celah dalam perjanjian antar negara mengenai Antartika. Pada dasarnya, dalam perjanjian antar negara, tidak memperbolehkan negara apapun untuk mengklaim wilayah Antartika, tetapi tidak menjelaskan aturan apapun bagi ’seorang individu’ yang memliki niatan untuk mengklaim wilayah tersebut. McHenry kemudian mengklaim sebuah wilayah di bagian barat Antartika.

7. Negara Luar Angkasa
Wilayah: Seluruh Jagat Raya, kecuali Bumi
Populasi: ??
Pemimpin: James Thomas Mangan

Pada tahun 1949, seorang berkebangsaan Amerika, James Mangan, mengklaim jagat raya sebagai sebuah negara. Hal ini dilakukan sebagai upaya untuk mencegah negara-negara di dunia mengambil hak milik jagat raya ini. Usaha Thomas banyak mengundang simpati orang luas, tetapi ide ini pun kemudian padam seiring dengan meninggalnya sang pemimpin.

8. Pulau Rose
Wilayah: 0.0004 km2
Populasi: beragam
Pemimpin: Presiden Giorgio Rosa

Pada 1967, seorang Insinyur berkebangsaan Itali, membangun sebuah bangunan diatas laut dekat pantai Rimini, Italia. Bangunan terapung itu memiliki restoran, klub malam, dan toko suvenir, untuk menarik para turis. Pada 1968, Rosa mendeklarasikan kemerdekaannya dari Itali. Dan reaksi Itali terhadap pemisahan tersebut cukup keras, Itali menganggap usaha Rosa ini adalah kriminal, untuk melepaskan diri dari kewajiban membayar pajak, sehingga Itali mengirimkan penagih pajak dan polisi untuk mengamankan wilayah ini. Dan kemudian meledakkannya hingga lenyap dari muka bumi.

9. Operasi Atlantis
Wilayah: Satu Kapal Laut
Populasi: Beragam
Pemimpin: Werner Stiefel

Operasi Atlantis sebenarnya adalah sebuah proyek perjalanan sebuah kapal laut yang dikepalai oleh Werner Stiefel pada tahun 1971, yang bertujuan untuk membentuk komunitas merdeka di wilayah laut Internasional, terbebas dari kendali negara-negara luar. Tetapi perjalanan kapal tersebut sangat menyedihkan. Kapal tersebut dibangun pada saat tingginya air laut di Sungai Hudson, tetapi kemudian terdampar diatas lumpur pada saat ketinggian air laut turun. Dengan beratnya kapal tersebut masuk air, hampir terbalik ketika melewati pelabuhan New York saat air mulai membeku. Propellernya kemudian rusak parah, dekat South Carolina. Pada akhirnya bergerak pincang menuju kepulauan Bahama untuk mearuh jangkar, tetapi kemudian temggelam ketika datang sebuah badai.

10. Kerajaan Talossa
Wilayah: 13 km2, ditambah sebagian besar Antartika
Populasi: 120
Pemimpin: King John I

Seorang 14 tahun, Robert Madison pada 1979, medirikan kerajaan Talossa. Pada mulanya ia mengklaim hanya kamar tidurnya. Saat ia tumbuh besar, ia mengklaim wilayah2 yang lebih luas hingga akhirnya termasuk bagian timur Milwakee, dan 2 buah pulau di Antartika dan Perancis. Talossa memang sebuah konsep yang konyol, tetapi banyak muncul di media, termasuk New York Times dan Wired. Sebagian besar ‘penduduk’ Talossa (mungkin lebih tepatnya disebut anggota), dapat dilihat dari websitenya Madison.