03 Oktober 2011

Kandid Majlis Pecah Tanah KPDA - Koleksi 1

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Paparan lengkap berita majlis tersebut akan dimuatkan di dalam Advertorial Khas Harakah edisi cetak keluaran 7 Oktober akan datang.





Guangxhi rugi AS$129 juta akibatTaufan Nesat

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BEIJING 3 Okt. - Tiga orang terbunuh di selatan China selepas ribut tropika kuat menyebabkan banjir, memusnahkan rumah dan tanaman, semalam.

Mangsa yang merupakan penduduk kampung di wilayah Lingshan, maut selepas rumah mereka runtuh dalam bencana tersebut.

Menurut agensi berita Xinhua, ribut tersebut telah melanda wilayah Guangxhi dan menyebabkan kerugian ekonomi kira-kira AS$129 juta (RM387 juta).

Beijing sebelum ini mengeluarkan amaran tahap merah untuk kali pertama pada tahun ini, menurunkan kategori Taufan Nesat kepada ribut tropikal kuat selepas 300,000 dipindahkan ke kawasan selamat di wilayah Hainan pada Khamis lalu. - AFP

75 peratus anggota dan bekas tentera hadapi masalah hidup - NGO

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Hampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Selain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.

Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.

Sehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.

Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.

Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha oolitik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

alam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Oleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .

Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

Tujuh resolusi lain adalah:-

  • Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
  • Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.
  • Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.
  • Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
  • Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
  • Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
  • Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.
  • Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak

Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. (sumber : Mkini)

Soi Lek tersinggung dengan Tee Keat ‘tidak relevan’

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Jika seseorang itu sudah tidak relevan pada sesebuah parti, mengapa pula kata-katanya perlu dibalas oleh presiden parti tersebut secara terbuka? Itulah ironisnya gelagat Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang kelihatan tersinggung dengan kenyataan bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat yang berkata MCA semakin menjadi parti yang tidak relevan dalam arena politik negara.

Sebagai menjawab kata-kata Ong, yang disifatkan beliau sebagai tidak relevan pada MCA dan akan kekal sebagai nota kaki dalam sejarah MCA, Chua menyarankan Ong untuk meletakkan jawatan jika beliau sudah tidak yakin lagi dengan masa depan parti.

Chua(kiri) dan Ong

“Anda tiada keyakinan ke atas MCA, mengapa anda mahu bertanding sebagai calon di bawah lambang Barisan Nasional, MCA? Letak jawatan jika tiada kepercayaan dalam parti,” kata Chua yang dipetik The Malaysian Insider hari ini.

Dalam temuramahnya dengan The Malaysian Insider, Ong membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang kononnya mendakwa bahawa parti Cina tersebut masih relevan di negara Malaysia.

Pada pandangan Ong, MCA kini masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.

“Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan,” kata Ong, sambil menambah bahawa parti MCA ini juga dilanda sindrom penafian.

“Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu),” kata Ong merujuk dengan penipuan Liow sebagai Menteri Kesihatan ketika menafikan bahawa hospital Tung Shin diserang oleh polis ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Membidas kritikan, Chua menyelar rekod Ong sebagai presiden MCA yang didakwanya tidak pernah membawa pembaharuan ke dalam parti dan hanya menumpukan kepada usaha menghukum ahli-ahli yang menentang beliau.

“Beliau pernah ada peluang untuk mengetuai MCA, beliau tidak pernah buat apa-apa untuk membawa pembaharuan.

“Pembaharuan yang hanya kita adakan adalah terlalu banyak EGM (perhimpunan agung tergempar)... selama 17 bulan di bawah Ong, kita ada tiga EGM, jika anda mengira satu yang diadakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai,”

sindir Chua yang juga tidak kurang hebat dalam rekodnya dalam politik negara sebagai ahli politik pertama yang terlibat dalam skandal video seks yang diakui beliau yang diterima Umno sebagai rakan sejati dalam Barisan Nasional.

Harakahdaily/-

UMNO kalah besar jika PRU13 sekarang ! - chedet


5 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”

Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.”

“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain,” katanya dipetik Bernama Online.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”

“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.

“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata, rakyat masih marah pada komunis.

“Dia pilih untuk mengkhianati negara... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng,” tambahnya.

Dr Mahathir menegaskan, Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. (sumber:MalaysianInsider)

PAS bawa seni untuk dakwah, bukan sekadar hiburan

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS Negeri Perak, khususnya PAS Kawasan Parit Buntar, buat julung-julung kalinya telah menganjurkan satu program santai secara besar-besaran bersama bekas-bekas artis terkenal yang dinamakan Mini Konsert & Talk Show di dewan Markas PAS Titi Serong, Parit Buntar, kelmarin.

Program yang bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang itu dihoskan oleh Bob Lokman dan turut melibatkan dua bekas rockers terkenal, Mael dan Pak Long.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan, program tersebut anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar dan ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Menurut beliau, sebelum ini PAS Kawasan Parit Buntar pernah menganjurkan program santai seperti itu tetapi hanya secara kecil-kecilan dengan hanya melibatkan Mael dan Pak Long sahaja, berbanding program hari ini yang turut melibatkan bekas pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman.

Katanya, program tersebut bagaimanapun bukanlah terarah kepada hiburan semata-mata sehingga membawa kepada kelalaian seperti yang dianjurkan oleh sesetengah pihak, tetapi ia tetap bertapak atas orientasi dakwah.

"Program yang kami adakan pada hari ini, selain mengandungi persembahan hiburan daripada artis-artis tersebut, juga berbentuk 'talk show' yang disampaikan oleh Bob Lokman, Mael dan Pak Long untuk menyampaikan mesej berguna kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Antara mesej utama yang disampaikan itu, menurut beliau, PAS tidak menentang seni dan kegiatan seni dan PAS juga tidak pernah menyatakan hanya bentuk kegiatan kesenian tertentu seperti nasyid sahaja yang dibenarkan.

"Sebaliknya, PAS turut memberikan perhatian kepada kegiatan kesenian untuk memberikan hiburan kepada orang ramai, asalkan ia disampaikan dengan cara yang betul, tidak melampau dan tidak terkeluar dari batasan syariat," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berharap agar orang ramai faham dengan perjuangan PAS termasuk pendirian PAS dalam soal kesenian supaya perjuangan PAS tidak disalahterima oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan sambutan baik yang diberikan oleh orang ramai terhadap program itu, PAS Parit Buntar bercadang untuk mengadakan lagi program seperti itu pada masa akan datang, malah mungkin akan diadakan secara lebih besar, bagi memberikan hiburan yang berguna kepada orang ramai.

"Bilangan mereka yang hadir ke program kami pada hari ini sekitar 500 orang sehingga memenuhi dewan. Artis-artis terbabit yang terdiri daripada Bob Lokman, Mael dan Pak Long juga kelihatan memberikan respon yang baik dan seronok menjayakan program itu," katanya.

Pada masa akan datang, jelas beliau, pihaknya mungkin akan turut mengundang sama bekas pemain muzik terkenal, Sham Kamikaze bagi memeriahkan majlis.

harakahdaily/-

Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TUAN MAT menceritakan mengenai mayat bayi yang dijumpainya kepada seorang pegawai polis di Kampung Kubang Kacang, Limbat, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.

Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.

Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.

“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.

“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.

metro/-

8 Obat Penyakit Hati

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Hati manusia kadang-kadang tidak stabil atau sakit seperti halnya badan. Meskipun berbeza antara sifat maupun obatnya. Apa obat yang boleh dipakai untuk mengobati hati yang sakit? Berikut ini kami sebutkan 8 obatnya. Semoga bermanfaat.

Pertama: al-Qur’an al-Karim.

Allah berfirman, artinya, “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS.Yunus: 57).

Dia juga berfirman, artinya, “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (QS. al-Isra: 82)

Ibnu Qoyyim berkata, “Inti penyakit hati itu adalah syubhat dan nafsu syahwat. Sedangkan al-Qur’an adalah penawar bagi kedua penyakit itu, kerana di dalamnya terdapat penjelasan-penjelasan dan hujah-hujah yang tepat, yang membezakan antara yang haq dengan yang batil, sehingga penyakit syubhat hilang. Penyembuhan al-Qur’an terhadap penyakit nafsu syahwat, kerana di dalam al-Qur’an terdapat hikmah, nasihat yang baik, mengajak zuhud di dunia dan lebih mengutamakan kehidupan akhirat.”

Orang yang ingin memperbaiki hatinya hendaknya mengetahui bahwa berobat dengan al-Qur’an itu tidak cukup hanya dengan membaca al-Qur’an saja, tetapi harus memahami, mengambil pelajaran dan mematuhi hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.
Ya Allah, jadikanlah al-Qur’an itu sebagai pelipur lara, penawar hati dan penghilang kegundahan dan kegelisahan kami. Amin.

Kedua: Cinta kepada Allah.

Cinta kepada Allah merupakan terapi yang mujarab bagi hati. Cinta seorang hamba kepada Allah akan menjadikan hatinya tunduk kepada-Nya, merasa tenteram tatkala mengingat-Nya, mengorbankan perasaannya demi sang kekasihnya, iaitu Allah. Hatinya sentiasa mengharap kepada yang dicintainya untuk memecahkan masalah yang ia hadapi. Ia pun tak putus asa dari kasih sayang-Nya. Ia yakin bahwa yang dicintainya adalah Dzat yang tepat untuk mengadukan berbagai masalah. Ia yakin akan diberikan penyelesaian yang terbaik untuknya. Kecintaan kepada-Nya menyebabkan dapat menikmati manisnya iman yang bersemayam di dalam hati.

Ketiga: Berdzikir atau mengingat Allah.

Ketidak tenteraman hati merupakan hal yang membahayakan. Allah memberikan salah satu obat yang boleh menjadi sarana terapi keadaan hati yang demikian. “Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram” demikianlah arti firman Allah dalam QS. ar-Ra’d : 28. Obat ini menjadikan hati seseorang hidup, terhindar dari kekerasan dan kegelapan. Ibnu Qayyim berkata, “Segala sesuatu itu mempunyai penerang, dan sesungguhnya penerang hati itu adalah dzikrullah (mengingat Allah).

Suatu ketika, seorang berkata kepada Hasan al-Basri, “Wahai Abu Sa’id, aku mengadu kepadamu, hati saya membatu.” Maka beliau menjawab, “Lunakkanlah dengan dzikir, karena tidak ada yang dapat melunakkan kerasnya hati yang sebanding dengan dzikrullah.” maka dari itu Allah di dalam banyak ayat-ayat-Nya menyuruh orang-orang yang beriman agar banyak dan sering berdzikir kepada-Nya. Seperti pada firman-Nya, artinya, “Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS. al-Ahzab: 41). Nabi kita Muhammad selalu berdzikir kepada Allah pada setiap saat, sebagaimana dituturkan oleh istri beliau ‘Aisyah.

Keempat: Taubat nasuha dan banyak beristighfar (minta ampun).

Perhatikanlah sabda Rasulullah, “Sesungguhnya hatiku kadang keruh, maka aku beristighfar dalam satu hari sebanyak seratus kali” (HR. Ahmad)

Dalam hadis ini Nabi menjelaskan bahwa beliau menghilangkan kekeruhan hati beliau dengan istighfar, padahal dosa-dosa beliau yang telah lalu maupun yang akan datang telah diampuni oleh Allah. Bagaimanakah dengan kita yang banyak dosa dan banyak melakukan kemaksiatan? Tidakkah kita lebih memerlukan istighfar untuk hati kita yang sakit?! Demi Allah, betapa kita semua, sangat memerlukan istighfar.

Kelima: Banyak berdoa dan permintaan kepada Allah untuk memperbaiki dan membersihkan hati serta memberinya petunjuk.

Berdoa merupakan pintu utama yang agung untuk memperbaiki hati. Allah berfirman, artinya, “Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk me- rendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras, dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS. al-An’am: 43).

Teladan kita yang mulia Muhammad sendiri selalu memohon kepada Allah untuk kesucian hatinya, teguh berjalan di atas kebenaran dan petunjuk. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dari Ummu Salamah. Ia meriwayatkan bahawa doa Nabi yang sering beliau panjatkan ialah, “wahai Tuhan Pembolak-balik hati, teguhkanlah hatiku pada agama-Mu” (HR. at-Tirmidzi)

Keenam: Sering mengingat kehidupan akhirat.

Sesungguhnya kelalaian mengingat akhirat itu adalah penghambat segala kebaikan, kebajikan dan merupakan pencetus setiap malapetaka dan kejahatan. Seseorang yang banyak mengingat akhirat, akan menyedarkan dirinya bahawa kehidupan sebenarnya, yang dia hidup selama-lamanya adalah kehidupan akhirat. Dengan demikian, hatinya lurus dalam mengendalikan jasad. Tindak tanduknya mencerminkan amal nyata yang ia tanam di dunia ini dengan harapan ia akan dapat menuai hasilnya yang baik di akhirat kelak.

Ketujuh: Membaca dan mempelajari sejarah kehidupan orang-orang yang sholeh.

Ini pun boleh menjadi salah satu obat bagi hati. Banyak pelajaran tentang teguhnya hati dari hempasan badai kehidupan yang menerjang. Siapa saja yang memperhatikan dan mempelajari kehidupan atau sejarah suatu kaum berdasarkan pengetahuan dan penghayatan, maka niscaya hatinya dihidupkan kembali oleh Allah dan disucikan batinnya. Itulah sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad. Sejarah kehidupan beliau merupakan terapi untuk mempertebal iman dan memperbaiki hati.

Kelapan: Bersahabat dengan orang-orang sholeh, bertakwa dan berbuat kebaikan.

Seseorang yang bergaul dengan orang yang bertakwa niscaya tidak celaka. Kerana mereka tidak akan mengajak selain kepada kebaikan. Selamatlah hati dari tercemar penyakit-penyakit hati. Sebaliknya, jika anda bersahabat dengan orang-orang yang tidak sholeh, tidak bertakwa dan tidak berbuat kebaikan, niscaya anda akan celaka. Mereka akan mengajak anda untuk melakukan berbagai kejahakan yang akan menyebabkan hatianda menjadi kotor. Allah secara tegas berfirman, artinya, “… dan janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”(QS. al-Kahfi : 28)

Maka berupayalah untuk bersahabat dengan orang-orang yang sholeh.

Demikian 8 obat untuk menyembuhkan penyakit hati. Berusahalah anda untuk memahami dengan baik dan mengamalkan dengan tekun, kerana sesungguhnya kebahagiaan yang hakiki itu, tidak akan dapat dicapai kecuali dengan keselamatan dan kesucian hati. Dan tidak ada yang sempurna, yang lebih bahagia, yang lebih baik, dan tidak ada pula yang lebih nikmat daripada kehidupan orang-orang yang berhati bersih juga mulia. Wallahu ‘alam bish shawab

[Sumber: “Shalahul Qulub”, Syaikh Dr. Khalid bin Abdullah al-Mushlih/alsofwah)

800 Pekerja asing memeluk Islam di Qatar dalam masa 6 bulan

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

DOHA : Makin banyak orang beralih kepada Islam. Di negara Teluk, Qatar, dalam enam bulan terakhir sebanyak 800 orang pekerja asing memeluk Islam.

Demikian data yang dikeluarkan Qatar Guest Centre (QGC). QGC yang berkerjasama dengan Sheikh Eid bin Mohammad Al Thani Charity. Mereka dikatakan ingin menerbitkan kisah-kisah saudara baru tersebut dalam buku yang akan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing.

Dari 800 saudara baru tersebut, majoroti adalah warga Filipina iaitu sebanyak 67 pratus. Setiap tahun angka saudara baru di Qatar terus bertambah. Misalnya pada 2006 hanya 21 orang, kemudian 28 orang setahun sebelumnya, lantas naik jadi 46 orang pada tahun 2008, dan 52 orang di 2009. Tahun lalu jumlahnya mencapai 77 orang.

"Angka ini menggambarkan usaha QGC untuk menyebarkan dakwah Islam kepada seluruh masyarakat," kata Pengarah QGC, Hadi Al Dossari.

10,000 peluru berpandu NATO dilaporkan hilang di Libya

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BERLIN: Sekurang-kurangnya 10,000 peluru berpandu kepunyaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilaporkan hilang di Libya, kata seorang pegawai kanan pertubuhan di tengah kebimbangan ia mungkin jatuh ke tangan anggota al-Qaeda.

Majalah Der Speigel di Jerman melaporkan dalam laman webnya, Laksamana Giampolo di Paolo, yang mempengerusikan jawatankuasa ketua tentera NATO, mengadakan taklimat sulit kepada ahli Parlimen Jerman hari ini dan meluahkan kebimbangan mengenai kehilangan itu.

Senjata berkenaan mungkin berada di negara lain dan dalam tangan yang salah, kata laksamana itu.

Spiegel melaporkan ia mungkin berada di mana-mana saja dari Kenya ke Kunduz di Afghanistan.

“Peluru berpandu itu memberikan ancaman serius kepada sistem penerbangan sivil,” kata di Paolo.

Laporan berkenaan menyamai kenyataan dibuat pegawai tentera kepemimpinan baru Libya, kelmarin.

Jeneral Mohammed Adia memberitahu wartawan kira-kira 5,000 roket antipesawat SAM-7 hilang.

“Malangnya, sebahagian peluru berpandu ini mungkin jatuh ke dalam tangan yang salah di luar negara,” katanya kepada wartawan di depan bekas depo senjata pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi di Benghazi.

Amerika Syarikat menegaskan ia bekerjasama dengan pemimpin kerajaan sementara Libya untuk memastikan keselamatan senjata, di tengah kebimbangan berhubung pertambahan senjata.

Jabatan Negeri Amerika memperuntukkan AS$3 juta (RM9.3) untuk membantu melupuskan senjata.

Sementara itu di TRIPOLI, sekeluarga empat beranak maut terkena tembakan mesingan kelmarin apabila cuba keluar dari bandar kelahiran Muammar Gaddafi bersama-sama beratus penduduk lain, ketika tentera yang setia kepada bekas pemimpin itu bertempur dengan pejuang revolusi yang mengepung bandar raya berkenaan.

Mayat sepasang suami isteri dan dua anak mereka di bawa ke hospital sementara di luar Sirte, kata doktor di situ, Nuri Naari. Mereka terkena tembakan mesingan ketika memandu ke arah kedudukan pasukan revolusi, katanya. Masih tidak jelas siapa sebenarnya membunuh keluarga itu.

Sementara itu, komander atasan Amerika bagi Afrika memberitahu The Associated Press kelmarin bahawa misi ketenteraan di Libya hampir tamat dan pembabitan NATO dijangka selesai seawal minggu depan selepas pemimpin bersekutu bertemu di Brussels.

Sirte ialah satu daripada bandar raya terakhir masih kekal dalam genggaman tentera yang setia kepada Gaddafi. Selepas beberapa bulan berdepan kebuntuan dalam perang saudara di Libya, tentera antiGaddafi menyusup masuk ke Tripoli Ogos lalu dan pemimpin mereka menubuhkan kerajaan peralihan. Bagaimanapun, pertempuran berterusan dan kegagalan mencari dan menangkap Gaddafi menghalang pemimpin baru negara itu mengisytiharkan kemenangan. – AP/AFP

Real Madrid menang 4-0


6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -PEMAIN Real Madrid, Gonzalo Higuain (kiri) meraikan jaringan hatriknya ke atas Espanyol dalam La Liga Sepanyol, sebentar tadi. Real Madrid menang 4-0. - Foto AP

Setuju sambung rundingan damai hanya helah Israel - Palestin

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

RAMALLAH 3 Okt. - Palestin semalam menolak untuk berunding dengan Israel yang tidak menghentikan penempatan haram walaupun rejim Zionis itu mengalu-alukan permintaan empat pihak antarabangsa untuk menyambung semula proses rundingan damai.

Perunding Palestin, Saeb Erakat berkata, kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merupakan 'satu helah untuk mengaburi masyarakat antarabangsa'.

"Jika dia (Netanyahu) bersetuju dengan pelan damai yang dicadangkan empat pihak antarabangsa iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, maka dia perlu mengumumkan untuk menghentikan aktiviti penempatan haram di Palestin.

"Malah dia juga perlu menerima syarat garis sempadan 1967 seperti yang dikemukakan oleh pihak antarabangsa itu," katanya. - AFP

Kempen pilihan raya bebas Tunisia bermula, 110 parti bertanding

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TUNIS 3 Okt. - Bandar-bandar Tunisia dihiasi dengan poster beratus-ratus calon daripada parti-parti baru apabila kempen pilihan raya bermula Sabtu, pilihan raya bebas bebas yang pertama dalam sejarah negara itu.

Kempen pilihan raya tersebut diadakan selepas sembilan bulan kejatuhan bekas Presiden, Zine El Abidine Ben Ali dalam satu demonstrasi besar-besaran yang diadakan oleh rakyatnya, sekali gus menjadi inspirasi yang dikenali sebagai Arab Spring.

Rakyat Tunisia akan mengundi sekali lagi pada 23 Oktober ini untuk membentuk Parlimen bagi merombak semula Perlembagaan negara itu.

Satu jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan sementara Tunisia untuk menyelia pengundian berkata, hampir 11, 000 calon daripada 110 parti akan bertanding merebut 218 kerusi Parlimen dalam pilihan raya tersebut. - REUTERS

35,000 sertai demonstrasi bantah dasar kerajaan Britain

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MANCHESTER 3 Okt. – Kira-kira 35,000 orang berhimpun di Manchester untuk mengadakan demonstrasi pada mesyuarat tahunan parti pemerintah, Parti Konservatif yang mula bersidang, semalam.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Perdagangan (TUC) yang menyifatkan perarakan tersebut sebagai 'alternatif untuk pekerjaan, pertumbuhan (ekonomi) dan keadilan.'

"TUC menganjurkan demonstrasi untuk menunjukkan perarakan dan perhimpunan untuk menunjukkan bantahan terhadap dasar-dasar teruk kerajaan terhadap pembekuan bajet, penjimatan dan perubahan ke atas perkhidmatan awam.

"Dasar-dasar itu menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, taraf hidup menurun dan kelembapan ekonomi," katanya. - AFP

Gambar Istana Negara yang baru...

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
http://darisungaiderhaka.blogspot.com



Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Wajar untuk dikongsi bersama kerana ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.


Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka.

Ini kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.















































Lagi gambar sila lihat di SINI