09 Januari 2014

Bekas Miss Venezuela Mati Ditembak

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
CARACAS: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang ratu cantik Miss Venezuela dan temannya yang merupakan anak kelahiran British.

Kejadian tembakan tersebut berlaku di hadapan anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun, kata pihak berkuasa.
Monica Spear, 29, seorang bintang drama bersiri, dan Thomas Henry Berry, 39, mati ditembak dalam satu kejadian rompakan apabila kereta mereka rosak di lebuh raya di barat laut Venezuela pada lewat malam Isnin, waktu Venezuela, kata pihak polis dan pendakwa raya.

Sembilan Terbunuh, Kebakaran Kereta Api Dekat Mumbai

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
MUMBAI: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam kejadian kebakaran sebuah kereta api pada awal pagi Rabu, hanya seminggu selepas 26 orang terkorban dalam satu kejadian kebakaran kereta api di tenggara India.

Kebakaran berlaku di tiga gerabak kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Mumbai ke utara menghala Dehradun.

Peningkatan Kos Boleh Tingkatkan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak - Pakar

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Para pakar memberi amaran bahawa kes-kes penderaan kanak-kanak berkemungkinan besar akan meningkat akibat tahap tekanan yang ditanggung keluarga dalam usaha untuk menangani kos hidup yang tinggi.

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia berkata kekecewaan yang meningkat dalam kehidupan di bandar, tekanan kerja, isu kewangan, kehilangan keselesaan dalam keluarga, semua ini dikesan boleh membawa kepada kemarahan memuncak seseorang sejak kebelakangan ini.

Air S'gor: Akhirnya pusat setuju beri kerjasama

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Kemelut pengambilalihan industri air di Selangor bakal berakhir apabila Kerajaan Pusat bersetuju memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri dengan mengguna pakai Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) bersama syarat lain.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pertemuannya bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus kelmarin, bersetuju dengan tertakluk kepada beberapa syarat iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melantik dua orang Pentadbir syarikat konsesi air bagi menjalankan pengurusan air.

Ulama Mesir larang keluar mengundi

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Doha: Ulama Sunnah terkenal, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, semalam mengeluarkan fatwa melarang rakyat Mesir keluar mengundi di dalam pungutan suara yang akan diadakan minggu depan oleh kerajaan sementara negara itu yang disokong tentera. 


Pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokong Presiden Mohamed Morsi sudah menggesa pemulauan proses pengundian perlembagaan baru, pada 14 dan 15 Januari ini yang dirangka pihak berkuasa sementara sejak penyingkiran beliau Julai lalu. 

Lelaki menyamar polis mati

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: Lelaki menyamar anggota polis yang cedera parah dalam pergelutan ketika cuba menyamun dua pelajar Nigeria di Taman Pusat Kepong di sini, malam kelmarin, meninggal dunia awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek, 52, bersama dua rakannya berusia 42 dan 53 dikatakan menjalankan pemeriksaan di rumah sewa pelajar terbabit, sebelum memeras ugut mereka. 

‘Bughah’ berjaya alih isu kenaikan harga barang

7 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kini sudah lebih seminggu isu kos sara hidup tenggelam oleh kerana isu 'bughah' mengambil tempat perbincangan Masyarakat Melayu Islam di luar bandar khasnya, berjaya juga isu bebanan rakyat dialihkan tetapi harga barang naik tanpa disedari dan dibantah. 


“Adakah isu 'bughah' akan menangguhkan kenaikan harga tol lebuhraya dan kenaikan tarif elektrik dalam negara kita?” tanya Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan.

07 Januari 2014

Desak raja turun takhta

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Desak raja turun takhtaRakyat Sepanyol mahu Raja Juan Carlos (kanan) letak jawatan. - Foto AGENSI
Barcelona: Hampir dua pertiga daripada rakyat Sepanyol mahukan Raja Juan Carlos yang dikaitkan dengan skandal turun takhta, kata satu kajian pendapat terbaru yang disiarkan. 

Kajian dijalankan Sigma Dos dan disiarkan akhbar Sepanyol, El Mundo kelmarin menunjukkan sebanyak 62 peratus responden suka jika Carlos turun dari takhta. 

Harga Limau Mandarin Dijangka Naik 60%

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
GEORGE TOWN: Harga buah limau mandarin jenis Lokam dijangka meningkat antara 20% dan 60% berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan.
Bekalan buah itu pada tahun ini sedikit berkurangan disebabkan oleh musim hujan yang tidak menentu semasa musim buahnya pada Jun sehingga Oktober tahun lepas di wilayah Fujian, China.

BNPB arah sedia hadapi bencana gunung berapi

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Jakarta: Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB) mengarahkan semua kementerian berkaitan, institusi kerajaan, agensi bencana tempatan dan pentadbiran wilayah Karo di Sumatera Utara bersiap sedia untuk menghadapi situasi buruk berikutan meningkatnya aktiviti gunung berapi di Gunung Sinabung sejak minggu lalu. 

Senario paling buruk akan digunakan jika zon perpindahan mencecah antara 7.5 hingga 10 kilometer dari kawah. 


2013: Dadah bernilai RM402.73 juta dirampas

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM402.73 juta sepanjang tahun lepas.    

Pengarahnya Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata rampasan itu ialah 11.32 tan pelbagai jenis dadah narkotik, 42,718 liter dadah cecair dan 1.12 juta biji pelbagai jenis dadah sintatik dan enam batang pokok ganja.
    
Nilai rampasan dadah pada tahun lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 6 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM381.09 juta, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pilihan raya paling ganas

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Pilihan raya paling ganasAnggota polis menyepak suspek, selepas kejadian serangan ke atas pusat mengundi di Bogra, utara Dhaka, Bangladesh, kelmarin. Lebih 100 pusat mengundi dibakar pada pilihan raya umum yang dicemari keganasan. - Foto AP
Dhaka: Parti pemerintah Bangladesh semalam menang dalam pilihan raya antara paling ganas dalam sejarah negara itu, yang dicemari pertempuran jalanan, kadar keluar mengundi rendah dan pemulauan oleh pembangkang yang menjadikan keputusan satu rumusan yang diketepikan.

"Lelaki Magnet" Pecah Rekod Sendiri

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Pada 28 Disember lalu, Etibar Elchiyev, seorang lelaki dari Tbilisi, Georgia yang dikenali dengan nama jolokan "lelaki magnet" memecahkan Rekod Dunia Guinness yang dipegangnya sendiri apabila sebanyak 53 sudu logam melekat pada tubuhnya.

Petugas PAS usung rumah ahli Umno dihanyut banjir

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUANTAN: Bagi merealisasikan tema 'Rahmat Untuk Semua' berlainan anutan parti politik tidak menghalang PAS Kawasan Paya Besar melaksanakan kebajikan dengan bergotong-royong mengusung rumah hanyut akibat banjir besar yang bermula 3 Disember lalu.

Bughah: Peserta Turun rasa terancam, buat laporan polis

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Harakahdaily/-

IPOH: Seorang peserta Himpunan Turun hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan pada malam 31 Disember lalu adalah 'bughah' dan halal darah mereka.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini kira-kira pukul 3.00 petang bersama Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Penolong Setiausahanya, Ustaz Hafez Sabri.