07 Januari 2014

BNPB arah sedia hadapi bencana gunung berapi

5 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Jakarta: Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB) mengarahkan semua kementerian berkaitan, institusi kerajaan, agensi bencana tempatan dan pentadbiran wilayah Karo di Sumatera Utara bersiap sedia untuk menghadapi situasi buruk berikutan meningkatnya aktiviti gunung berapi di Gunung Sinabung sejak minggu lalu. 

Senario paling buruk akan digunakan jika zon perpindahan mencecah antara 7.5 hingga 10 kilometer dari kawah. 




Pada masa ini, zon perpindahan masih antara 5 hingga 7 kilometer ke tenggara lereng gunung terbabit. 

Tiada aktiviti dibenarkan 

“Tiada aktiviti dibenarkan di kawasan gunung berapi ini. Ia perlu bebas daripada sebarang aktiviti,” kata jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho. 

Katanya bahagian gunung berapi terbabit sangat terdedah kepada bencana kerana ia menjadi aliran piroklastik gunung berapi. 

Beliau menambah bahawa sudah ada 60 aliran pyroklastik dari kawah Gunung Sinabung, membabitkan jarak sehingga sejauh antara dua dan lima kilometer dari lereng gunung berapi terbabit. Beliau berkata aliran berkenaan juga bertambah setiap hari. 


Disebabkan bahaya aliran itu, pasukan kecemasan sudah memindahkan penduduk dari dua daerah kecil Jerawa dan Pintu Besi yang berada di sepanjang laluan aliran berkenaan. Kedua kawasan terbabit terletak kira-kira 6.5 kilometer dari kawah. AGENSI

Tiada ulasan: