Itu adalah sindiran Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini sebagai reaksi kepada kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak yang menyebut “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”
“Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka,” Najib dipetik sebagai berkata.
Ironinya, kenyataan Najib datang pada masa terbongkarnya fakta bahawa Umno baru-baru ini telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011 dan pada masa yang sama, melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas PAS dan Timbalan Presidennya Mohamad Sabu atas dakwaan menyokong komunis.
Jika mengikut logik Najib, sindir Tuan Ibrahim, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.
“Sekiranya rakyat mengikut logik PM yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara,” kata beliau secara sinis, sambil menambah mungkin itulah sebab utama mengapa Najib sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.
Dalam kenyataannya juga, Tuan Ibrahim juga berkata tindakan Umno dalam permainan politik komunis telah melondehkan hipokrisi parti Melayu tersebut untuk dilihat rakyat jelata.
“Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bilamana dalam ambang perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM (Parti Sosialis Malaysia) dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis.
Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri? Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat,” soal beliau.
6 tahanan PSM - ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25 telah ditahan selama 28 hari di bawah Akta Ordinan Darurat atas alasan kononnya cuba menghidupkan semula fahaman komunis. sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9.
Kesemua mereka dibebaskan pada 30 Julai yang lalu.
Segala tindak-tanduk ini, kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menggambarkan seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.
Dalam isu kenyataan status negara sama ada pernah dijajah ataupun tidak, Tuan Ibrahim secara sinis berkata persoalan ini rasanya hanya boleh dijawab secara tepat oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kemelut samada negara pernah dijajah ataupun tidak, ditimbulkan oleh sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling kelmarin yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Setelah menerima sindiran dan kritikan pelbagai pihak, Zainal akhirnya mendapat satu sokongan yang amat kuat daripada Mahathir hari ini, yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.
Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini. Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.
“Rasanya MPN dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian Sejarah patut diberi markah kosong,” bidas Tuan Ibrahim secara sinis.
Jika mengikut logik MPN, kata beliau, maka ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.
“Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.
Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno, kalau Melayu tu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.
Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai,” sindir beliau lagi.
|
13 September 2011
Tanya Umno, mana komunis baik mana bahaya
15 Syawal 1432H. [MOD] -
Cukai 6%: Muslihat Umno BN kelirukan rakyat
15 Syawal 1432H. [MOD] -
Bagaimanapun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.
Tindakan para pemimpin Umno yang menyembunyikan perkara sebenar bukan hanya mengelirukan rakyat, tetapi juga tidak akan menguntungkan sesiapa termasuk parti itu sendiri. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (gambar)berkata, namun dalam hal caj cukai perkhidmatan 6% kepada pengguna perkhidmatan telefon mudah alih prabayar, para pemimpin Umno tertentu jelas bersikap flip-flop dan bermuslihat. Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya menyalahkan syarikat telekomunikasi (Telco) berhubung perkara itu dan turut mengingatkan syarikat-syarikat terbabit termasuk Celcom, Maxis dan Digi agar tidak membebankan orang ramai. Katanya, menteri-menteri lain turut bercakap senada dengan Perdana Menteri tanpa merujuk kepada realiti bahawa tindakan Telco itu sendiri adalah atas kebenaran kerajaan. "Tindakan mereka itu samalah dengan sesetengah ilmuan berhubung soal penjajahan negara sekarang, apabila mereka mengatakan negara kita tidak pernah dijajah, pada hal sejak di bangku sekolah lagi kita dah diajar bahawa negara kita dijajah oleh British. "Dengan memutarbelitkan kebenaran termasuk fakta sejarah, orang ramai menjadi keliru mana satu yang betul. Hari ini kata ya, esok pula kata tidak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Semalam, Bernama melaporkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan 6% kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksanakan selagi belum ada keputusan kerajaan. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, Telco perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tindakan tersebut. "Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi. Ketika ditemui pemberita selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011 bagi mengulas keputusan Telco pada 8 September lalu untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini, D'Cruz menegaskan, tindakan Telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna itu sebagai tidak wajar. Dalam kenyataannya, Telco telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak 6% dalam semua jualan kad prabayarnya mulai 15 September ini. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Abdul Ghani berkata, kenyataan-kenyataan seperti itu ternyata hanya putarbelit para pemimpin Umno BN kerana tindakan yang diambil oleh Telco itu sendiri sebenarnya sudah diketahui, malah dipersetujui oleh pemimpin Umno BN sendiri sebelum keputusan itu diumumkan oleh Telco pada 8 September lalu. "Bukti paling jelas apabila perkara itu sendiri sebenarnya sudapun dimasukkan dalam Bajet 2011 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh Kerajaan BN," katanya. Dalam hubungan ini, menurut beliau, Telco sebenarnya hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib, tetapi apabila mereka ingin melaksanakannya, Najib dan para pemimpin Umno BN pula yang menyalahkan Telco kononnya bagi menggambarkan keprihatinan mereka kepada rakyat. "Pada hal, apa yang dilakukan itu jelas mempunyai muslihat tertentu. Dengan langkah tersebut bermakna setiap RM10 nilai kad prabayar, harganya akan menjadi RM10.60, apabila 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya. "Dengan jumlah 60 sen setiap RM10 yang akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan itu, menurut mereka yang pakar, Kerajaan BN dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai itu untuk tahun ini sahaja," jelasnya. Wang itu, katanya, pasti amat berguna kepada Umno BN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dan untuk menyembunyikan perkara itu, mereka tergamak berbohong kepada rakyat dengan menafikan keputusan yang telah dipersetujui oleh mereka sendiri yang ingin dilaksanakan oleh Telco sekarang. Beliau menambah kata, Umno perlu ikhlas, jujur, adil dan telus serta professional dalam tindak tanduk mereka mengurus kepentingan rakyat dan orang ramai. "Mereka perlu jujur kepada nilai-nilai kebenaran, keagamaan dan keluhuran. Mereka harus ingat bahawa amal tanpa ikhlas kerana Allah sia-sia. Malah ikhlas tanpa bersendikan akidah, ilmu dan dasar perjuangan Islam yang betul hanya membawa kepada kesesatan dan kerugian di dunia dan di akhirat," ujar beliau. |
Penangguhan cukai 6% hanya sandiwara PRU 13
15 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.
"Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.
"Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu," katanya.
Beliau yang juga pengerusi Kempen Protes Barang Naik (Protes BN) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.
Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebelum ini, Najib dalam pembentangan Bajet 2011 didakwa telah memasukkan kutipan cukai enam peratus tersebut dan Telco hanya melaksanakannya.
Baru-baru ini, telco telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.
Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.
Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.
Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu.
Katanya, tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum.
"Saya minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus.
"Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti," katanya.

Pekerja Indonesia maut dirempuh kereta api
15 Syawal 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
KUALA KRAI — Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dirempuh kereta api ketika traktor yang dipandunya melintasi landasan berdekatan Ladang Mengkebang dekat Sungai Durian, di sini, hari ini.
Mangsa, Mohd. Rizwan Mohd Saiful, 26, yang berasal dari Lombok, Indonesia maut selepas tercampak dari traktor dan mengalami kecederaan parah di bahagian sebelah kanan badannya manakala traktor yang dipandunya terputus tiga akibat perlanggaran itu dalam kejadian 9 pagi.
Ketua Polis Daerah, Supt. Abdul Rahman Jaapar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu.
"Sebelum kejadian dipercayai enjin traktor dipandu Mohd Rizwan, yang bekerja di Ladang Mengkebang, Sungai Durian, telah mati secara tiba-tiba di kawasan melintas di atas landasan yang mungkin disebabkan lebihan muatan.
"Mangsa juga kemungkinan tidak menyedari kereta api yang sudah semakin hampir dan gagal menyelamatkan diri sebelum dirempuh,” katanya.
Rahman berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan menolak sebarang perbuatan khianat.
Penarikan tauliah terhadap Khalid Samad tidak adil
15 Syawal 1432H. [MOD] -
PENDUDUK SHAH ALAM PRIHATIN
Sebagai penduduk Shah Alam sejak sekian lama, saya ingin memprotes kenyataan Abdul Rahman Palil seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian keluaran 12 September 2011.
Semenjak Khalid Samad memenangi kerusi Parlimen, saya kerap kali mengikut tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh Khalid Samad.
Sepanjang mendengar tazkirah dan khutbah beliau, tidak pernah saya mendengar apa-apa perkara yang bersalahan dengan Islam mahupun dengan adat istiadat Melayu. Apa yang diperkatakan Khalid Samad adalah sesuai dengan Islam dan tidak menyalahi mana-mana tuntutan Islam
Tidak pernah saya dengar Khalid Samad menghalalkan arak, menghalalkan judi, mengatakan solat tidak wajib, mengatakan puasa tidak wajib ataupun apa-apa ajaran yang pelik dan tidak sesuai dengan Islam.
Sekiranya ada apa-apa perkara yang berlawanan dengan Islam, mengapa tidak didakwa sahaja Khalid Samad di Mahkamah Syariah?
Saya melihatkan apabila seorang yang berlatar belakangkan professional seperti Khalid Samad member ceramah, menjadi imam dan memberi tazkirah ia memberi semangat kepada pemuda-pemudi Islam untuk beramal dengan Islam dengan lebih baik.

Tindakan JAIS dan MAIS jelas bermotif politik dan bukannya untuk menjaga Islam. Bagi saya ianya satu tindakan politik hanya kerana Khalid bukan dari parti UMNO.
Sekiranya Khalid Samad ahli Parlimen dari UMNO, saya percaya JAIS dan MAIS akan memberi tauliah dengan mudah kepada beliau.
Saya sebagai penduduk Shah Alam amat kesal dengan sikap berat sebelah MAIS dan JAIS kerana membatalkan tauliah Khalid Samad itu.
Jelas ia adalah satu bentuk kezaliman ke atas Khalid Samad dan juga satu langkah yang merugikan pemuda-pemudi Islam di Shah Alam.
Yang benar,
PENDUDUK SHAH ALAM PRIHATIN
Mayat reput ditemui di hutan Jalan Istana
15 Syawal 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR — Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui dalam sebuah pondok di tepi kawasan hutan menghala ke Jalan Istana di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat warga tempatan berusia 30-an itu ditemui lengkap berpakaian oleh seorang pencari burung di pada 3 petang tadi.
"Polis percaya lelaki itu mati lebih sebulan lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Abdul Bari berkata, selain kad pengenalan lelaki yang berasal dari Cheras itu, turut ditemui di pondok itu adalah wayar dan kabel.
"Hasil siasatan, kita dapati dia mempunyai dua rekod lampau iaitu kes dadah dan curi,” katanya.
Mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Wan Abdul Bari berkata, setakat ini polis mengkasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut kerana tidak terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematiannya.
Bekas pekerja samun majikan?
15 Syawal 1432H. [MOD] -
KUANTAN – Seorang kontraktor kerugian kira-kira RM10,000, manakala sebuah kereta jenis Atos milik rakannya turut hilang dalam satu kejadian samun bersenjatakan parang, yang turut dipercayai membabitkan bekas pekerjanya.
Dalam kejadian 7 petang semalam di sebuah rumah di Taman Seroja dekat Jerantut, mangsa, 48, yang tinggal bersama dua rakannya, 40-an, baru pulang dari tempat kerja sebelum mendapati tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang berada di dalam rumah mereka.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata mangsa dan dua rakannya kemudiannya diikat kaki dan tangan dengan pita pelekat.
"Mangsa kehilangan wang tunai RM5,000, tiga buah telefon bimbit dan peralatan memasang mozek dengan jumlah kerugian keseluruhan bernilai kira-kira RM10,000.
"Ketiga-tiga suspek kemudiannya melarikan diri dengan kereta jenis Atos milik rakannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nordin berkata mangsa mendakwa dia mengecam dan mengenali suara salah seorang daripada suspek terbabit.
"Mangsa mendakwa salah seorang suspek itu merupakan bekas pekerjanya yang dipecat tidak lama dahulu, berusia lingkungan 40-an dan sering menimbulkan masalah ketika bekerja,” katanya.
Beliau berkata pihak polis telah mengenal pasti dan sedang memburu suspek berkenaan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
5 mati letupan kilang bunga api
15 Syawal 1432H. [MOD] -
ROME 13 Sept. - Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api Itali di selatan Rome hari ini, kata pihak berkuasa.
Orang yang keenam yang masih dilaporkan hilang dipercayai berada di dalam kilang tersebut di Arpino ketika letupan itu berlaku.
Pemilik kilang tersebut merupakan salah seorang mangsa. - Reuters
British: Pemuda Johor mohon penjelasan Tun M
15 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Pemuda PAS Johor meminta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan terhadap beberapa persoalan termasuk penjajahan British dan kemerdekaan negara.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, ini ekoran Tun Mahathir telah memberi penjelasan kepada pandangan kontrovesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya, Prof Zainal Kling di mana Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British menasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini.
Walaubagimana pun hakikatnya British bukan menasihat baginda tetapi British telah mengarahkan baginda mengikut telunjuk mereka.
“Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut,” ujar Suhaizan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Persoalannya, kata beliau adalah:
1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957 ? Sultan atau British.
2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemerintah pada masa tersebut?
3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Bharu pada tahun 1915 ?
4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda Sultan?
6. Apakah salah kita menanggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?
“Pemuda PAS Johor mewakili anak-anak muda Malaysia mahu penjelasan daripada Tun Dr Mahathir dan para sarjana sejarah mengenai persoalan-persoalan di atas,” ujarnya.
23 kanak-kanak dijangkiti HIV selepas terima darah
15 Syawal 1432H. [MOD] -
AHMEDABAD, India 13 Sept. - Sekurang-kurangnya 23 orang kanak-kanak yang menerima pemindahan darah disahkan HIV positif dan pihak berkuasa sedang menjalankan penyiasatan terhadap hospital kerajaan tersebut.
Kanak-kanak yang dijangkiti itu berusia antara lima hingga 10 tahun, merupakan penghidap Talasemia, penyakit gangguan genetik yang memerlukan pemindahan darah secara tetap.
Menurut ibu bapa kanak-kanak tersebut, anak-anak mereka menerima darah baru dari sebuah hospital kerajaan di daerah Junagadh di barat Gujarat.
Kesemua 23 orang kanak-kanak itu menerima pemindahan darah percuma antara bulan Januari hingga Ogos lalu. - AFP
12 September 2011
Mat Sabu lawan Zainal Kling
14 Syawal 1432H. [MOD] -
Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".
Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.
Mat Sabu mungkin tidak mempunyai disiplin ilmu sejarah yang baik, seperti beberapa orang anggota Majlis Profesor Negara (MPN), misalnya Prof Zainal Kling dan Prof Ramlah Adam, namun beliau berupaya untuk memaksa "tafsiran baru" dibuat terhadap sejarah perjuangan menghalau penjajah.
Bagi saya, beliau berjaya -- melalui gaya tersendiri -- "menganjurkan" satu perdebatan yang sihat dan diharap membuahkan hasil yang positif dan adil kepada sejarah negara. Terjahan awal Zainal Kling yang mendakwa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, pastinya tidak terhenti di situ sahaja.
Dan tidak mustahil tafsiran Mat Sabu terhadap sejarah kemerdekaan negara akhirnya akan lebih diyakini khalayak berbanding dua profesor yang dikenali sebagai cukup rapat dan dekat dengan Umno itu. (Pengalaman saya membaca buku-buku Ramlah Adam dapat mengesan "kecurigaan" dan "buruk sangka" yang ketara kepada tokoh-tokoh golongan kiri, seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain).
"Kalau bukan disebabkan media secara berlebihan memainkan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, saya pasti ramai di kalangan kita tidak pernah kenal apa itu pertubuhan politik seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu) atau API (Angkatan Pemuda Insaf)," kata seorang rakan, pensyarah kanan sains politik.
"Dan mungkin ada yang beranggapan lokasi Bukit Kepong itu berada di sekitar Kepong atau Jinjang," tambahnya, sambil ketawa. "Di sinilah hebatnya Mat Sabu. Sejarah yang mungkin dianggap sudah mati itu kembali segar-bugar. Kepada saya, biarlah orang berdebat siapa Mat Indera, dan pula siapa petualang dan pejuang kepada negara."
Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN dalam sidang media di Putrajaya mendakwa, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Beliau juga menafikan gerakan kiri sebagai golongan memperjuangkan kemerdekaan.
Kenyataan Zainal sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia dilihat mewakili aspirasi perjuangan Umno, yang lebih bertindak sebagai "perunding" dalam fasa-fasa akhir menuntut kemerdekaan. Ya, di sinilah menariknya perbahasan yang dicetuskan Mat Sabu itu, yang bakal menyerlahkan perbedaan besar di antara peranan Umno dengan parti-parti terdahulu yang diharamkan penjajah British.
Saya tidak pasti di manakah kedudukan penentang-penentang British, yang mempertaruhkan nyawa demi membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah seperti Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dol Said, Maharajalela, Tok Janggut dan Rosli Dhobi, pada kacamata Zainal dan orang-orang seumpamanya?
Saya cuba membayangkan bagaimana sukarnya tokoh-tokoh awal, seperti Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang British.
Bukan mengenangkan kepayahan mereka diburu penjajah, dengan kelengkapan yang cukup minimum, tetapi kesukaran untuk meyakinkan anak bangsa sendiri -- terutama yang merasa selesa di bawah dagu orang putih -- bahawa mereka perlu bangun daripada lena yang panjang, selain menimbulkan kesedaran awal pemikiran politik.
Sebelum menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938, Ibrahim Yaakub memimpin gerakan pelajar, Ikatan Pemuda Pelajar pada 1929, seterusnya pada 1930, Ikatan Semenanjung Borneo, yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, sehinggalah British menghancurkan gerakan itu pada 1932.
Sekiranya nasionalis Umno hanya baru sedar untuk membebaskan diri daripada penjajahan selepas konsep Malayan Union diperkenalkan pada 1946, anak-anak Melayu yang terdidik di Timut Tengah, terutama di Universiti Al-Azhar sudah menjiwai roh kemerdekaan sejak awal 1900-an lagi, dipengaruhi mujaddid agung Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.
Tidak hairanlah apabila majalah al-Imam, yang dikeluarkan pada 22 Julai 1906 di Singapura oleh tokoh-tokoh pembaharu Islam, Kaum Muda, mengungkapkan dengan jelas tujuan penerbitannya: "Mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan."
Dari segi organisasi yang lebih teratur, perjuangan ini diteruskan dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada 14 Mac 1948, di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dalam kenyataannya pada 26 April 1948, Dato Onn Jaafar mengingatkan satu lagi "bahaya dari gunung" dan menyifatkan "Parti Islam itu Merah". Onn berjaya menghasut British bahawa Hizbul Muslimin prokomunis.
Melalui Akta Darurat 1948, pada 29 Julai tahun sama, semua pemimpin Hizbul Muslimin, termasuk Abu Bakar, ditangkap dan dipenjarakan sehinggakan tiada yang tinggal untuk memimpin. Parti itu turut diharamkan. Ramai pengkaji menyifatkan penubuhan PAS pada November 1951 adalah kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan penjajah itu.
Saya tidak bermaksud mahu bermain dengan fakta sejarah. Saya percaya perdebatan status Tanah Melayu, sama ada sebagai negara jajahan ataupun naungan British akan menarik pembabitan lebih ramai sejarahwan yang jujur dengan ilmunya untuk berkongsi pandangan.
Implikasi perbahasan itu juga menjangkaui skop yang jauh lebih besar, termasuk memberi kesan besar terhadap situasi politik terkini. Ia bukan lagi berlegar di sekitar kontroversi Mat Indera dan Bukit Kepong semata-mata. Dan inilah yang saya jangkakan dalam tulisan saya sebelum ini.
Isu ini mulanya dicetuskan oleh Utusan Malaysia bagi menjerat Mat Sabu dan PAS itu sendiri, iaitu sebuah parti yang dilihat bakal memberi saingan paling sengit buat Umno, khususnya untuk merebut simpati dan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13. Ia juga diharapkan BN bagi menenggelamkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai skandal kewangan, serta yang terbaru caj perkhidmatan enam peratus telefon prabayar.
Menjadi kelaziman kepada strategis Umno untuk meneropong kegiatan dan kenyataan pemimpin pembangkang dengan sehalus-halusnya, untuk dimanipulasi dan diputarbelitkan, bagi menggambarkan kepada rakyat kelemahan Pakatan Rakyat.
Saya boleh bersetuju dengan pandangan seorang rakan yang mengingatkan bahawa dalam PRU13 nanti kemenangan bukan ditentukan oleh kehebatan parti atau calon yang bertanding, tetapi difaktorkan oleh "kesilapan paling minimum" yang dilakukan parti atau calon berkenaan.
Maknanya, mereka yang melakukan kesilapan lebih banyak akan mudah untuk ditumpaskan.
Di peringkat awal, nampak kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera itu (dan bukannya tentang sejarah kemerdekaan negara) seperti mudah dieksploit Umno, terutama kepada bekas anggota keselamatan dan orang-orang tua di kampung-kampung, tetapi apabila skop perbincangannya menjadi lebih meluas, saya yakin kedudukannya menjadi lebih seimbang.
"Saya rasa kesungguhan luar biasa media Umno menimbulkan isu Mat Sabu, Mat Indera dan sejarah kemerdekaan negara ini boleh menikam balik dirinya," rumus seorang penganalisis politik.
"Apa pun, saya ingatkan kepada pemimpin pembangkang, berhati-hatilah daripada terjebak dengan perangkap Umno menjelang pembubaran Parlimen. Banyak isu yang sedia memihak Pakatan Rakyat, selain menampilkan gabungan mantap yang diyakini rakyat untuk mengambil alih Putrajaya," tambahnya.
Sekurang-kurangnya kini terpampang dengan lebih jelas wajah Umno yang propenjajah, di mana pemimpinnya sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini, lebih memikirkan soal kepentingan dan kesenangan diri. Dengan kata lain, Umno dan British saling perlu-memerlukan.
Dalam buku Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010), Nicholas J White mengungkapkan: "Pada masa bunga tahun 1959, usaha diambil pada peringkat menteri untuk mendekati pelbagai pemimpin perniagaan British bagi mendapatkan dana bagi membantu Perikatan dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"Diharapkan M$500,000 dapat dikumpulkan daripada perniagaan Eropah. Oleh sebab wakil ekspatriat memang dijangka kehilangan tempat mereka dalam badan perundangan Malaysia pada akhirnya, maka Tan Siew Sin, Menteri Perdagangan dan Industri, menjelaskan bahawa firma British 'pasti menyumbang untuk menyokong kerajaan
yang memegang tampuk kuasa, dan kerana (mereka) tidak mungkin mengharapkan layanan lebih baik daripada mana-mana parti yang lain berbanding dengan layanan oleh Perikatan, sudah tentu dasar yang baik bagi mereka adalah untuk berusaha sedaya upaya demi memastikan Perikatan terus memegang kuasa dengan besar'."

Umno punca kuasa sultan terhad
14 Syawal 1432H. [MOD] -
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di tanah air berkenaan dakwaan bahawa hanya Umno adalah pejuang kemerdekaan.
“Ianya seolah-olah menafikan peranan golongan lain yang turut berjuang untuk mencapai kemerdekaan di negara ini.
“Apa yang kita lihat melalui sejarah ialah kemerdekaan diberikan kepada orang Melayu oleh orang putih kepada golongan yang paling mereka (British) percayai pada waktu iaitu Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, British sudah tentu akan memastikan bahawa bukan sahaja kepentingan politik mereka akan terjaga bahkan ekonomi British juga turut dijaga.
Katanya, Umno dilihat sebagai pihak yang paling sesuai setelah kemerdekaan untuk menjaga kepentingan itu kerana British tidak percaya kecuali kepada hanya Umno sahaja untuk menjaga kepentingan mereka.
“Saya ingin ingatkan kepada seluruh orang Melayu di Malaysia bahawa sistem perlembagaan yang meletakkan pihak sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad adalah berpunca kerana Umno.
“Umno ketika ingin memperolehi merdeka daripada British bersetuju untuk mengikut sistem yang diamalkan di British di mana raja hanya memegang jawatan terhormat dan hanya mempunyai kuasa yang terbatas dalam pentadbiran,” ujar beliau lagi.
|
Rakyat yakin Negara Berkebajikan PAS

14 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS membuat ketetapan untuk menjelaskan konsep Asas Negara Berkebajikan kepada kepimpinan parti sehingga ke akar umbi sebelum pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketetapan itu merupakan resolusi yang dicapai daripada Konvensyen Negara Berkebajikan Sabtu lalu.
Menurutnya, sesi penerangan akan bermula dengan sambutan besar-besaran penubuhan PAS di Pulau Pinang pada 1 Oktober depan.
"Dalam masa terdekat PAS kita adakan sambutan 60 tahun PAS di Pulau Pinang kemudian semua negeri akan adakan sambutan ini yang merupakan salah satu program wajib dalam menerangkan konsep Begara Berkebajikan," kata beliau ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka parti itu di Taman melewar, dekat sini, semalam.
Bagi memberikan penerangan mengenai perkara itu juga, PAS katanya akan mengadakan himpunan pemberita dan blogger agar mereka dapat menyebarkan konsep Negara Berkebajikan kepada umum melalui media massa.
"PAS menjangkakan dalam masa dua, tiga bulan ini kita akan selesai membina keyakinan masyarakat tentang Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tambahnya, manifesto Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS merupakan tawaran yang dapat diterima rakyat yang memerlukan sistem pemerintahan yang telus dan diyakini.
"Tawaran Negara Berkebajikan yang kita tawarkan ini merupakan tawaran yang sangat dinanti-nantikan rakyta. Rakyat perlukan satu sistem pemerintahan dan dasar yang jujur telus dan diyakini.
Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS yang diadakan di Dewan Datuk Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) itu melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.
Konvensyen itu rentetan ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS Jun lalu, "Menuju Negara Berkebajikan".
Ustaz Hadi sendiri membentangkan Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaptama beliau dan diulas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr. Mohd Noor Manuty, Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr. Tan Seng Giaw dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.
Manakala Dokumen Negara Berkebajikan yang menjelaskan tawaran-tawaran PAS kepada rakyat dibentangkan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub.
harakahdaily/-
Buaya gergasi baham antelop
14 Syawal 1432H. [MOD] -

PAOLO TORCHIO berjaya merakamkan gambar seekor buaya sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop di sebatang sungai di Taman Negara Maasai Mara di Kenya.
TAMAN NEGARA MAASAI MARA, Kenya - Seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop seberat 136 kilogram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Aksi buaya itu membaham haiwan tersebut sempat dirakamkan oleh jurugambar terkenal, Paolo Torchio dari Itali di sebatang sungai di sini.
Menurut Torchio, kejadian tersebut menyebabkan seseorang itu berfikir bahawa betapa kecilnya diri kita dalam dunia haiwan.
Sungai itu dipenuhi dengan bangkai haiwan yang mati semasa ia cuba untuk berhijrah dari Tanzania ke Kenya.
Dua minggu lalu, sekumpulan penduduk di bandar Bunawan, Filipina berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 6.1 meter hidup-hidup.
Buaya itu kini ditempatkan di sebuah kurungan dan ia dipercayai buaya paling besar pernah ditangkap hidup-hidup di dunia. - Agensi
Satelit berkembar dilancar ke bulan

14 Syawal 1432H. [MOD] -
WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kelmarin melancarkan satelit berkembar berharga AS$500 juta (RM1.5 bilion) sempena misi penjelajahan terbaru ke bulan.
Roket Delta II membawa kedua-dua satelit GRAIL itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral di Florida dan akan menjalankan misi selama tiga bulan.
Jurucakap Nasa, George Diller berkata, misi pada kali ini adalah untuk mengkaji struktur batuan yang terdapat pada bahagian dalam bulan.
“GRAIL akan menjadi misi pertama yang akan mendedahkan rahsia tersembunyi yang terdapat di bulan,” menurut saintis program, Bobby Fogel.
Semasa misi tersebut ia akan berada pada jarak 60 hingga 225 kilometer dari permukaan bulan.
sinar harian/-
Langgan:
Catatan (Atom)