24 Januari 2008

PM : Padan Muka.

PM berkata program pembangunan BN yang dirancang dan telah dilaksanakan bukan untuk satu penggal tetapi ia memerlukan masa yang panjang sebelum dapat dinikmati oleh rakyat.“Apa yang nak saya laksanakan bukannya khusus untuk lima tahun. Kita kena tengok lebih jauh daripada itu.

Adakah tempoh 50 Tahun yang telah diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Malaysia bukanya satu tempoh yang lama. Tidak tahulah jika 50 tahun bagi Pak Lah cuma dirasakan 5 tahun .

Pada sidang akhbar selepas Majlis Penerangan Bersama Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin, Pak Lah juga merayu kepada rakyat Malaysia terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 ini setelah parti itu terbukti mampu serta berupaya mentadbir dan memajukan negara.PM berkata, mandat itu juga akan membolehkan rakyat menikmati pembangunan berterusan.

Beginilah perangai pemimpin UMNO yang menjaja pembangunan bila tiba musim pilihanraya. Yang aneh bin ajaib masih banyak rakyat yang terencat akal dan bodoh sehingga mereka termakan pancing ini. Setelah rakyat memberi peluang kepada mereka memerintah untuk tempoh 5 tahun akan datang, kelibat bayang pun tidak nampak. yang akan rakyat nampak dan rasai ialah kenaikan harga barang, rampasan tanah rakyat, Wakil Rakyat BN jadi kaya raya dengan harta dalam dan luar negeri.

Mereka tidak akan tidur malam memikir projek mana lagi yang mendatangkan hasil. Nasib malang rakyat berulang lagi sebagaimana 5 tahun yang lepas. Inilah hadiah PM " Padan Muka" kepada rakyat yang tidak berapa cerdik itu. Yang kita marah kesannya kena kepada kita yang menyokong pembangkang. Sepatutunya kita merasakan kegagalan dari perjuangan kita itu, namun yang kesiannya pak cik dan mak cik yang sokong UMNO kena nasib yang sama. Kot-kot masuk tol dapat harga lama, rupanya tidak yang UMNO dan PAS kena semua.

Sebab itu kita merayu kepada semua rakyat Malaysia dengan suatu penegasan bahawa kejayaan perjuangan kami adalah untuk semua rakyat Malaysia, dan sebaliknya jika gagal kita akan menerima nasib yang sama. Tidak mengira agama dan bangsa.

Bila UMNO dan BN menang akan dinobatkanlah berulang-ulang kali seorang PM baru yang akan menghadiahkan projek " Padan Muka" kepada rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: