24 Januari 2008

Kenyaataan Muhyiddin : Sah BN Takut Kepada Menefesto PAS

Giliran Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin membuat ulasan mengenai Manifesto Pas. Ulasan Muhyiddin dilihat sebagai suatu kebimbangan kepada beberapa tawaran PAS dalam PR ke 12 akan datang. Rakyat cuba dialihkan pandangan bahawa hanya BN yang mampu dan layak memerintah.


Rakyat cuba di tanam dengan semangat membenci pembangkang sehingga apa yang kita tawarkan semuanya tidak betul dan tidak masuk akal, sekaligus dengan melupai inilah tradisi dalam demokrasi di mana parti-parti yang akan bertanding menawarkan sesuatu yang dianggap terbaik dan mampu dilakukan.

Dengan tidak cerdiknya Muhyiddin berkataa, untuk mewujudkan sebuah `negara kebajikan’ hanyalah satu penipuan dan gimik politik menjelang pilihan raya. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto seperti itu datangnya daripada pihak yang tidak memahami mengenai pentadbiran dan kerajaan.`` Sekiranya Pas sanggup mewujudkan sebuah negara kebajikan dengan menanggung 100 peratus kebajikan rakyat di negara ini, saya yakin (jika Pas menang) sepenggal sahaja mereka menjadi kerajaan, nauzubillah negara ini akan menjadi bankrap."Mereka fikir mudah untuk mentadbir sesebuah negara dan atas sebab itu mereka boleh melemparkan janji kosong tanpa rasa tanggungjawab, tetapi Barisan Nasional (BN) tidak boleh buat begitu kerana kita sudah 50 tahun memerintah negara ini," katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Jangan megah dengan 50 tahun BN memerintah, kerana dalam tempoh tersebut nampaknya tidak jelas aqidah mereka tanpa satupun pelaksanaan hukum Islam, keduanya hutang negara yang bertempek, rasuah yang menduduki indeks yang sangak buruk dan macam-macam lagi.

Kita yakin dan rakyatpun yakin bahawa semua yang ditawarkan oleh PAS adalah melalui kajian dan realiti yang kita telah capai di Kelantan. Ini baru beberapa butir dari Menifesto yang didedahkan oleh PAS nampaknya memukul UMNO macam Tsunami dan mereka jadi macam cacing kepanasan. Tidak cukup dengan kenyataan Najib dan Anuar Musa, hari ini muhyiddin, entah esok dan lusa macam-macam lagi versi komen pimpinan UMNO mengenai tawaran PAS ini.

Tiada ulasan: