11 Ogos 2008

Resiko dari tindakan bodoh yang diciptakan Majlis Peguam.

Forum 'Memeluk Islam' yang mencetuskan kontroversi apabila pelbagai pihak mengadakan demonstrasi membantahnya di luar pejabat Majlis Peguam kelmarin. Forum yang bermula pada jam 9 pagi itu terpaksa dihentikan pada jam 10 pagi, iaitu tiga jam lebih awal daripada dijadualkan, selepas dinasihatkan polis berikutan ancaman keselamatan daripada pihak yang tidak berpuas hati ia diadakan.

Kira-kira 1,000 orang lebih daripada 29 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik termasuk Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan demonstrasi di depan bangunan Majlis Peguam mendesak forum itu dihentikan segera.

Kita mengucapkan tahniah dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang perihatin kepada masalah ini walaupun statusnya masih dalam keadaan yang tidak maksima dan sekadar acah-acah ayam.

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengulas kesan forum yang dianjurkan secara terbuka katanya memang sensitif dan kerajaan sudah menjangka reaksi sedemikian daripada pelbagai kumpulan kerana keengganan Majlis Peguam mendengar nasihat supaya ia dibatalkan. "Itulah saya dah kata, jangan buat secara terbuka, kalau buat juga tentu akan berlaku reaksi daripada kumpulan lain," katanya selepas merasmikan Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) 2008 di sini, semalam.

Timbalan Perdana menteri malah mengatakan forum itu boleh menggugat dan menjejaskan kestabilan negara.

Kemusyiklan tibul apabila tidak adapun individu dan kumpulan yang berani tampil mengaku mewakili UMNO dalam demonstrasi itu. Adakah kerana meraikan beberapa orang yang setuju dengan kumpulan peguam tersebut., semuanya jadi macam tikus.

Jangan jadi macam ayam jantan, berkokok keliling kampung tapi punggung penuh dengan najis. Saya sangat berminat ulasan dari Shahrizat Jalil dalam isu ini?

Ulasan dari Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga apakah hubungan sebenar beliau dengan Sharizat saya alu-alukan.

Sesungguhnya hanya Islamlah yang memiliki undang-undang yang sah sesuai dengan Al Quran dan hadits bagi mengawal penganutnya terkeluar dari Islam yang popular dengan istilah murtad. Kerana itu saya sangat setuju dengan TG Nik Abdul Azizi yang menyarankan diadakan forum perbandingan agama.

Sesungguhnya undang-undang yang berkaitan dengan penganut Islam di Malaysia adalah merujuk kepada Agama Islam itu sendiri. Inilah titik pertemuan yang saya percaya mengharmonikan kehidupan beragama di Malaysia sekian lama sejak merdeka. Menghormati peraturan itu sekaligus menghormati Agama Islam sebagai agama resmi negara.

Jangan nyalakan api permusuhan dalam keadaan ianya telah dipadamkan sekian lama oleh tolerasi beragama yang tinggi dalam ajaran Islam. Kerana majoriti rakyat tidak mahu menanggung resiko dari tindakan "bodoh" Majlis Peguam.

5 ulasan:

Pakcik Botak berkata...

Pada hemat saya YB boleh memberi contoh dan penerangan mengenai Islam kepada non Muslim. Keadaan sekarang seolah-olah cuba menghangatkan hubungan akrab antara masyarakat di Malaysia.. saya seorang Melayu dan beragama islam agak tersentuh dengan keadaan huru-hara yang cuba ditimbulkan sehari dua ini..

Idham Lim (林川興) berkata...

InsyaAllah..sama-sama kita mainkan peranan masing-masing

suratkhabarlama berkata...

Saya rasa masyarakat Islam sepatutnya lebih proaktif dalam memberi penerangan mengenai Islam kepada non-muslim daripada membiarkan non-muslim yg mengambil inisiatif membuat forum mengenai Islam.

Jika tidak dilakukan segera, maka forum seperti Memeluk Islam akan berulang lagi.Lambat laun perkara sebegini akan tetap berlaku kerana dunia semakin tidak bersempadan di mana maklumat dapat dicapai dihujung jari. Non-muslim di Malaysia pasti akan membandingkan keterbukaan negara2 lain dalam membincangkan isu2 sensitif ini. Di Indonesia misalnya, pernah diadakan dialog secara terbuka di antara bekas penganut Kristian yg memeluk Islam dan bekas penganut Islam yg telah murtad dan menganut Kristian.

Sebenarnya masyarakat Islam Malaysia masih belum bersedia untuk forum seperti Memeluk Islam. Saya memang tidak bersetuju dengan forum Memeluk Islam ini dilakukan secara terbuka, tetapi saya juga tidak bersetuju dengan demonstrasi yang dilakukan kerana "seolah-olah" masyarakat Islam di Malaysia hanya tahu berdemonstrasi sahaja tetapi tidak berani berdebat kerana stigma "isu agama adalah isu sensitif".

Pihak2 yg berkuasa dalam hal agama Islam di Malaysia haruslah sentiasa lebih kerap menjemput non-muslim untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang sensitif ini. Kita ada JAKIM, IKIM dan individu2 yg pakar dalam agama Islam utk tujuan ini.

Bukankah para Nabi dan Rasul, semuanya mengalami keadaan yg sama? Sentiasa dicabar dan diajak berdebat oleh musuh2 mereka terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh mereka.

dariana berkata...

salam hormat.forum dah jadi dengan degilnya walaupun ditamatkan waktu separuh masa pertama, sedang pengadil kata jangan turun padang. mereka dah menyepak bola bermain sebelah pihak dan hampir menyumbat gol.
kalau tidak ada larangan dan kecoh para penonton dan pengawal2, rasanya permainan akan diteruskan jua tanpa pengadil.
hingga kini menteri bertanggung jawab ttg kepengadilan masih senyap dan sengap, kenapa?? pihak berkuasa sekadar batuk2 di tangga.
hamba rasa fenomena ini terjadi ada hikmahnya. akibat kecelaruan islam hadhari pihak berkuasa menangani secara tegas dalam apa jua yg berkaitan dengan bahana menimpa islam spt maksiat, hiburan melampau, jenayah sex, sikap anti dakwah dan sebagainya; maka cabaran dan experimen dari Majlis Peguam terhadap keselambaan pihak berkuasa spt JPM Agama,Jakim,Umno (kononnya mahu bela islam)dan jabatan2 agama negeri, ulama2 dsb bolehlah dianggap mencubit mereka yg lena dgn jawatan tetapi kurang berkesan. Ayuh banguuuun!!! Takbir!

Unknown berkata...

TAHU TAK? SIAPA YG BAGI MUKA PADA MAJLIS PEGUAM NI...PAKATAN RAKYAT LA..YG DIKETUAI OLEH ANWAR & KUNCU2 NYA. SEKRG BARU HANGPA TAHU...BARU NAK TUNDING JARI PADA PIHAK LAIN. HANGPA TU YG BERSETONGKOL DENGAN PUAK2 DLM MAJLIS PEGUAM NI..MCM KARPAL N ANAK2 BUAHNYA.