02 Mac 2009

ADUN lawat mangsa ribut di DUN Titi Serong.

TITI SERONG, 28 Feb.:- Hujan lebat disertai dengan angin kencang yang diselang-seli dengan petir telah memusnahkan hampir 25 buah rumah di dalam DUN Titi Serong sekitar jam 5 petang kelmarin.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah melawat hampir kesemua rumah tersebut dengan ditemani oleh Isterinya malam tadi sehingga lewat malam.

Beliau menyampaikan bantuan segera berbentuk wang tunai kepada semua mangsa yang terlibat.

Sebuah rumah orang kurang upaya (OKU)yang hidup sebatang kara adalah mangsa yang paling teruk mengalami kerosakan rumahnya. Rumah beliau yang separuh usia itu telah ranap menyembah bumi dan dia dipindahkan sementara di rumah jiran yang berdekatan.

Seorang warga yang menceritakan kejadian tersebut mengatakan pada mulanya dia mendengar sekeping demi sekeping zink rumahnya diangkat oleh angin yang seakan puting beliung dan sesudah itu kedengaran bumbung rumahnya semuanya telah diangkat angin.

Semua mangsa yang dilawati didapati dalam keadaan yang memerlukan bantuan segera bagi membaik pulih rumah masing-masing yang kebanyakannya rosak teruk.

"Saya merayu pihak yang bersimpati dengan mangsa ribut dalam DUN saya ini untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan magsa" Kata Khalil dalam kenyataan ringkasnya kepada WM semalam.

Menurut ADUN Titi Serong, petugas pejabatnya akan meneruskan usaha untuk memberi bantuan seterusnsya kepada semua mangsa walaupun dalam keadaan politik tidak menentu di Perak pada masa ini.

4 ulasan:

Awanama berkata...

Syabas YB ustaz walaupun situasi politik diperak serba tak menentu namun ustaz masih berusaha untuk memberi perhatian kepada rakyat setempat yang ditimpa musibah.itulah tugas wakil yang dipilih rakyat memikul amanah Allah bukannya mengambil kesempatan menjadikan jawatan ADUN untuk mengumpul harta kekayaan. ITULAH YANG MEMBEZAKAN ADUN YANG BERTAKWA YANG DIMILIKI OLEH PAS DENGAN ADUN ADUN DARI UMNO.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Wakil rakyat adalah 'hamba kepada rakyat'. Setiap wakil rakyat perlu faham dan masak dengan konsep ini. Barulah betul2 lahir wakil rakyat yang menjiwai urat nadi rakyat.

Kpd Drs, tahniah dari kami PPK1. Tuan telah tunjukkan contoh 'hamba kepada rakyat'.

ikhlas dari,
www.pemudakemehe1.blogspot.com

mohd ali ismail berkata...

Dr.YB. Idham,
Syabas saya ucapkan kpd YB dengan kegigihan dan perihatin membantu rakyat mengalami kesusahan.Dalam gambar yang tertera dilihat mengapa rumah2 itu runtuh jika ribut dan hujan turun. Malaysia dah begitu lama Merdeka,tahap hidup kebanyakan kita belum mencapai keperingkat dan tahap yang sepatutnya dicapai.Kemewahan cuma dirasai oleh orang2 tertentu sahaja.Rakyat majmuk tetap menderita dalam kemiskinan, hidup dengan serba sebi kekurangan seperti yang dialami oleh mangsa ribut ini.Sedih seharusnya dirasai olih semua lapisan masyarakat yang ada menaruh perasaan seksama antara insan.

fikrah islamiah berkata...

Saya doakan semua mangsa berada dalam keadaan selesa atas bantuan yang diberi pihak yb.