13 Februari 2009

Ir. Nizar, Kami kerajaan buangan.

IPOH, 12 Feb,:-Kita akan failkan kes memohon dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 11.30 pagi esok untuk isytiharkan Kerajaan Haram tidak sah dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah dan saya mohon bagi sokongan dan tidak buat apa-apa provokasi. Demikian antara kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Menteri Besar di sini sebentar tadi.

"Kita juga secara prinsip kenderaan yang digunakan akan diserahkan dan diletakkan di kediaman Menteri Besar sebagai menghormati undang-undang yang ada. Tidak ada apa-apa elemen, tidak menjejaskan kepada apa-apa kes kami yang dibuat sebelum dari ini, kerana itu kenderaan diserahkan di sini sehingga keputusan dari mahkamah diputuskan' Katanya..

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

Beliau juga memaklumkan akan menyerahkan kediaman Menteri Besar dalam masa terdekat, secara rasmi akan keluar dengan terhormat, dan menyewa tempat dekat dengan anak-anak yang bersekolah. Keputusan ini juga tidak memudaratkan proses mahkamah kami.

"Pakatan Rakyat akan hadir dalam Majlis Jubli Perak pada 14 Februari ini, bersama dengan pimpinan dan seluruh Sultan, pembesar negara termasuk Sultan Brunei." Umum beliau.

Menganai kenapakah difailkan kes di Mahkamah Kuala Lumput, Ir. Nizar mengatakan "kami merasakan oleh beberapa hal yang perlu diambil kira, kita dinasihatkan oleh peguam kita "

Sebahagian wartawan yang hadir.


Menteri Besar juga menjelaskan kenderaan diletakkan di sini sehingga selesai kes mahkamah dan akan gunakan kenderaan peribadi .

Mengenai tempat mesyuarat dan pertemuan lain beliau menyatakan akan diadakan tempat lain yang difikirkan sesuai, Dia mengistilahkan Kerajaan pakatan Rakyat sebagai "kerajaan buangan".

Bila menjawab berkenaan dengan perhimpunan di Kuala Kangsar,Ir. Nizar itu menegaskan Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan apa-apa perhimpunan sedemikian rupa dan beliau menafikan PR terlibat dalam menghimpunkan rakyat untuk perhimpunan itu.

Menjawab soalan berkaitan kes di mahkamah, Dato' Ngeh Koo Ham berkata akan dibuat esok pada jam 11.30 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan satu team peguam seramai 12peguam yang telah dipanelkan.

Ditanya mengenai perasaan bila ingin keluar dari Kediaman Rasmi, katanya " perasaan saya nak keluar seperti berhijrah sebentar dan balik semula ke Markah ".

Ir. Nizar juga menyatakan keyakinannya akan kembali ke kediaman rasmi .

Mengulas Isu pelantikan 4 orang setaraf exco beliau mengatakan ia diputuskan sebelum sebelum exco mesyuarat dan wang rakyat telah dibazirkan dengan pelantikan itu..

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu ketika diminta mengulas mengenai calon Bukit Gantang beliau menjawab " belum lagi, terlalu awal ".

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mari lah kita bersabar dalam menghadapi cabaran ini. Selangkah kebelakangan tidak bererti kita kalah, kerana ALLAH maha mengetahui setiap perkara yang berlaku.
Yakin lah atas kehendak ILLAHI, Lakukan lah apa yang termampu semoga setiap kezalimi akan diberi pembalasan. Marilah kita berdoa kepada ALLAH.
Teruskan perjuangan saudara.

Tanpa Nama berkata...

peminpin amno makin jiwa kacau...nizar amat teliti dan berstrategi..amno lemah jiwa dan fikiran kerna kuat makan rasuah ,suka kianat orang.

Juraimi Zainal berkata...

semoga Allah swt memberi kekuatan kpd MB Nizar utk menjadi lebih kuat lagi

Tanpa Nama berkata...

Sdr Nizar .You are among the best leader in Malaysia. ! Allah selamatkan kamu , amin

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

semua ini adat org berjuang. tiada istilah takut dalam mengejar kebenaran. Pemuda PAS Kemahang 1 berdiri teguh di belakang YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin, Menteri Besar Rakyat Perak.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Majoriti rakyat Perak menyokong dan sentiasa berada di belakang saudara. Teruskan perjuangan saudara. Kami berdoa kejayaan berpihak kepada saudara dan Insyaallah PR kembali menerajui negeri

Tanpa Nama berkata...

YB tolong betulkan bahagian perhimpunan di Kuala Kangsar."Ir. Nizar itu menegaskan Pakatan Rakyat terlibat dengan apa-apa perhimpunan sedemikian rupa dan beliau menafikan PR tidak terlibat dalam menghimpunkan rakyat itu."
Bukan terlibat menghimpunkan

Permatang berkata...

ulasan terbaru www.permatang.blogspot.com