02 Mac 2009

Kalau Speaker salah kenapa cuma ada penafian saja ?

Di Taiping, Zambry terus mendakwa tindakan Sivakumar sekali ini bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan peraturan Perintah Tetap persidangan itu.

Katanya terdapat peruntukan peraturan yang terkandung dalam Perintah Tetap dewan yang jelas menunjukkan sebarang persidangan yang mahu diadakan di DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu.

Dakwa 'Cerita karut'

"Dia (Speaker) boleh kata dan baca ikut Perintah Tetap (perkara) 8, 11. Cuba dia baca betul-betul dan lihat pula Perintah Tetap (perkara) 36, baca dan sebagainya. Ini tidak, dia ikut suka hati dia saja.Dakwanya.


"Jadi dia buat peraturan ikut peraturan dia sendiri, suka hati dia apa yang dia nak buat. Dia merasakan bahawa tindakan dia mahu mengatasi Sultan dan sebagainya...ada orang kata 'Singh is King' tapi tak tahulah kalau ada yang kata 'Siva is King'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi piliharaya kecil Parlimen Bukit Gantang di sini Changkat Jering semalam.

Zambry menuduh Sivakumar mengetahui tindakannya bertentangan dan tidak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada tetapi masih mahu bertindak 'ikut suka hatinya'.

Zambry juga menyifatkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar itu seperti cerita 'kartun' kerana dalam masa yang sama Sivakumar menggantungnya dan enam Exco kerajaan negeri dan tiga Adun bebas yang didakwa Sivakumar telah meletak jawatan juga tidak akan diberi notis hadir.

Ketika ditanya sama ada beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan menghadiri persidangan itu, Zambry berkata: "mereka patut faham bahawa ia tidak mengikut perlembagaan. Paling penting anda tanya mereka, sama ada apa yang dilakukan mereka betul atau salah, anda tanya mereka".

Sebelum ini, Sivakumar memberitahu pemberita bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Siri serangan dan dakwaan dari Zambry dan kumpulannya nampaknya hebat disiarkan dalam media arus perdana tanpa satupun tindakan darinya untuk menepis semua keputusan dari Speaker.

Ini jelas menunjukkan keputusan Speaker adalah menurut undang-undang yang sedia ada, cuma Zambry sahaja yang memutar belit fakta dan kenyataan untuk mempertahankan jawatan yang diambilnya secaras tidak sah itu.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu ler perangai zamri 786..hancur umno

Tanpa Nama berkata...

hehe..kesian zambry..terkapai-kapai dalam kelemasan....

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu kenyataan Najib yg pelik:

Speaker tak bleh buat sidang tergempar sebab mesti tnggu keputusan mahkamah mengenai status kerajaan BN sah di sisi perlmbagaan atau tidak.

Maknanya Najib masih tak pasti sama ada BN itu sah atau tidak..Herannya, kalau dah tak pasti tp dia dok laung BN dapat kuasai Perak...ish..ish..

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tunggu makamah malaysia rasanya sampai
PRU13 le DUN Perak tak boleh bersidang .Apala bangangnye Najis dan kuncu kuncu lanunni

Tanpa Nama berkata...

umno dan kerajaan 'coup de etat' perak sekarang ini ibarat orang yang hampir lemas dihanyutkan arus,mereka akan capai apa saja yang ada didepan mata tanpa memikirkan bahawa benda yang dicapai itu tidak kukuh seperti pucuk kayu yang akan putus bila ditarik dengan kuat.

Brahim Nyior berkata...

Betui,betui, betui.....

Patik mohon sembah derhaka tuanku, demi kestabilan Perak, benarkanlah DUN Perak dibubarkan.

Mohon ampunn..

Unknown berkata...

TPM Dato Seri Najib kata DUN tak bolih bersidang sebelum keputusan mahkamah.Bagaimana
dengan kerajaan sekarang?Sah ke tidak Dato Seri??
Mungkin Dato Seri silap,tak pecat speaker YB Siva dulu......bertambah pening lah rakyat Perak.

Tanpa Nama berkata...

mamat Najis tu tau rasuah aje. Sekarang dah penin lalat, status kerajaan haram jadah b end perak pun dia dah was-was.

Org was-was ni tak boleh diangkat jadi pemimpin, nanti jahanam negara.

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya umno

Tanpa Nama berkata...

Tunggu keputusan Mahkamah????

Mahkamah mana?????

Mahkamah Malaysia????
Atau
Mahkamah LONDON????
(Sebak juak-juak UMNO pergi jumpa QC bukan Queen Control???)

Apa dah tak percaya pada Peguam Negara ??? yang selalu disuapkan dengan ?????? Oph P.Pisang, bukan, Batu Putih leee

Atau Sistem Perundangan Malaysia dah tiada Intergritinya akibat corak pencacai UMNO....

Tepuk Dada Tanya Selera.....
Ukur Baju Perut Buncit Sendiri...

Tanpa Nama berkata...

cepat cepat cepat cepat
tak sabau nak denga DUN bubar
baru boleh tengok siapa yang dipilih oleh rakyat
raja tak bantu aku pun sepanjang aku bernafas ni
takkkkk de paedaahnya.

Tanpa Nama berkata...

Camna la Najib dan konco-konconya boleh terlepas pandang yang Speaker DUN masih lagi dari PR. Tuhan Maha Kuasa!

Tanpa Nama berkata...

Wahai YB Najib, kenapalah engkau bercakap sebelum difikirkan. Orang ramai semakin JELAS TPM "terlepas cakap" "Tunggu keputusan Mahkamah" dan menjatuhkan maruah diri sendiri. Menjatuhkan maruah diri sendiri adalah HARAM. Terlebih haram jika menjatuhkan maruah orang lain. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya di dunia dan akhirat melainkan dengan kembali kepada ajaran ISLAM. Semua yang mengaku Islam WAJIB kembali kepada Allah. 9 kali kita berjanji kepada Allah setiap hari bahawa "AKU BERSUMPAH AKAN PATUH KEPADA ALLAH dan AKAN MENJADIKAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI IKUTAN" Dimana janji2 itu wahai YB Najib???
email : fitrah.suci@yahoo.com