Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut.
"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.
Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."
Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).
Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.
"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.
Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.
Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.
Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.
Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.
Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.
Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.
Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.
Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.
Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.
Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.
"Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.Malaysiakini.

8 ulasan:
tahniah BN/UMNO...!!!!
anda telah berjaya menjahanamkan negara anda...
Kalau benar-benar orang Malaysia tulen, sewajarnya cadangan 'hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem dari tahap rendah hingga universiti' ini disokong seratus peratus.
Orang (rakyat) Malaysia tulen seharusnya menyokong cadangan 'hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti'. Barua, tentu sekali tidak bersetuju.
Salam YB.
Mungkin akan ada yang tidak suka dengan pendapat saya. Pertama, tentangan PPSMI dari rakyat sudah lambat. Kenapa penentangan tidak dibuat pada masa mula perlaksanaan. Sekarang ni sudah satu pusingan kelas (6 tahun) proses pembelajaran. Ibu bapa juga sudah keluar modal yang banyak dengan menghantar anak ke tadika yang lebih mengajar dalam BI dan sebagainya.
Keduanya, PPSMI jangan ditengok kepada kanak-kanak atau anak-anak kita boleh terima ke tidak. Kita perlu juga dan tumpukan kepada pengajar atau guru itu sendiri. Kita kena pastikan guru-guru yang mengajar itu juga menguasai ilmu yang diajar samada matematik atai sains kemudian barulah bolehke guru itu menguasai bahasa inggeris.
Saya pasti kita semua setuju bahasa bukan masalah tetapi pengajar itu yang perlu diberi tumpuan. Contoh, jika pelajar kita belajar di Rusia atau Jepun katakan. Kita akan kata mereka tidak berbahasa inggeris tapi maju. Sepatutnye kita kena betulkan, pembelajaran mereka atau pengajar mereka pandai mengajar.
Seperti juga anak-anak melayu di hantar kesekolah cina. Adakah disebabkan bahasa cina itu menyebabkan pelajarnye cemerlang. Saya rasa ia disebabkan oleh pengajarnye.
Kita pun sedia maklum ada guru-guru sekolah di negara kita main tangkap muat saja melalu operasi isi kekosongan jawatan guru. Disini timbul ada graduan lulusan muzik mengajar sains misalnye. Jika graduan tersebut memang dalam bidang mengajar dan minat mengajar tidak ape.
Faktor pengajar adalah faktor utama.
Cuma pandangan saya.
salam buat semua...sya baru lihat analisis keputusan spm 2006 sekolah saya...76 orang murid gagal bahasa melayu..malah pelajar melayu ada yang gagal...inikah yang dmaksudkan UMNO bela bangsa?hentikanlah PPSMI...SAYA TAU YANG MENTERI PELAJARAN KITA TAHU HAL NI,CUMA DIA SAJA BUAT2 X TAU..NANTI DUIT X MASUK LAK..KRONI PLAK NANTI YANG KEBULUR
Biar kita rugi 6 tahun dari kita tergadai beratus - ratus tahun.
6 tahun kita berikan ruang kepada mereka membuktikan PPSMI, malangnya hanya kegagalan sahaja.
Jika kita gagal menghalang PPSMI hari ini, mungkin dalam masa tak sampai 20 tahun lagi, bahasa Melayu akan hanya diucapkan di kampung sahaja.
Budak yang bersekolah darjah satu hari ini, dalam masa 15 tahun akan menjawat jawatan penting. Nescaya mereka akan mengutamakan BI dalam kehidupan, dalam pekerjaan dan akhirnya BM akan dipinggirkan. Dalam masa 30 tahun mereka akan mengubah dasar negara. BM akan terus dipinggirkan, ini bermakna dalam masa 30 tahun sahaja sesiapa yang berbicara B.Melayu dikategorikan orang yang ketinggalan zaman.
Dalam masa 30 tahun, dasar pelembagaan kita akan berubah. Dalam masa mungkin 50 tahun, tiada lagi orang berbicara Melayu di Tanah Melayu.
Lihat contoh Singapura.
perjalanan yang jauh bermula dgn satu langkaah ke hadapan...walaupun kita dah terlajak 6 tahun...jgn biarkan kita terlajak, rebah dan terjatuh lagi . Mungkin dari segi kos agak merugikan sepanjang 6 tahun ni...sebab byk persediaan material yg dikeluarkan dan masa yg diluangkan...tapi fikirlah...untuk jangka masa yg lebih panjang. ingat!kita tidak menolak BI, cuma kita mahu pembelanjaran dlm bahasa ibunda kita. selebihnya gunakan kelas bahasa inggeris dengan sebaik mungkin. saya sendiri menggalakkan anak2 belajar byk bahasa...tp tak lah bermakna saya mengagungkan bahasa2 tersebut. dan lagi...pendapat orang2 yg lebih berpendidikan dan 'orang lama' tenang isu bahasa perlu diber perhatian...sasterawan dan pejuang bahasa negara kita takkan tubuhkan GMP jika mereka tak 'nampak' risiko akan datang.
saya setuju ulasan tanpa nama,,adapun wakdee,saya nasihatkan saudara&org2 yg sepertinya sedar bahawa selain kelemahan guru, murid juga lemah dalam bahasa inggeris khasnya bangsa melayu. kenapa demi meningkatkan bahasa inggeris subjek sains dan matematik jadi gadaian?
dengan bahasa melayu juga org malaysia mampu maju seperti majunya jepun& korea!!!tidak pandai inggeris pun! anak2 murid yg dimangsakan sebagai bahan uji kaji..tentangan sudah wuduj sejak mula lagi daripada PAS dan lain2 tetapi tidak diendahkan,.
sudahkah kerajaan umno mengkaji ppsmi sebelum perlaksanaannya? ataukah sekadar mendengar alasan org2 melayu yg sudah pandai berbahasa inggeris seperti mahathir dan hisyamudin sahaja?sedarlah org umno yg kununnya membela melayu. carilah org kampung yg berbahasa inggeris berapakah peratusannya....!!!
Catat Ulasan