Ketika tinggal beberapa hari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap Yang di-Pertuan Agong akan melantik pengganti yang benar-benar dapat memenuhi kehendak rakyat jelata.
"Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
"Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.
"Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa," katanya.
"Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.
"Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah," kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.
Zaid telah dipecat dari Umno tahun lalu memberitahu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal menggantikan Abdullah akan memecahbelahkan rakyat negara ini.
Sebelum itu beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Senat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan