Semalam Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan rasuah dan hanya diberikan amaran sahaja.
Namun begitu kesalahannya tidak menghalang kelayakannya untuk bertanding dalam pemilihan Umno minggu depan. Kesimpulannya Khairy didapati salah tetapi tidak bersalah, kerana itu dia masih dibenarkan bertanding..
Seorang lagi calon yang bertanding merebut jawatan itu serta disiasat ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Bagaimanapun Mohamad Khir yang disiasat oleh lembaga itu mengikut Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6 dan 5.6.1 Tataetika Ahli Umno didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan politik wang.
Yang pelik bin ajaibnya kesalahan rasuah oleh lembaga displin Umno bukan ada kaitan dengan kesalahan undang-undang negara, kerana itu mereka tidak akan disiasat oleh SPRM.
Kita masih ingat dengan kesalahan Muhd. Taib yang membawa lari wang rakyat ke Australia, namun sampai dia jadi menteri dan hendak bertanding lagi sebagai Timbalan Presiden Umno dia tidak pernah disiasat oleh SPRM walaupun laporan mengenainya sudah berjela-jela.
Itulah Umno.

3 ulasan:
UMNO ni lebih besar dari kerajaan Malaysia.
sebab tu depa kebal.
tak bulih didakwa.
dakwa orang bulih la...
Undang-undang negara hanya untuk ahli bukan UMNO sahaja; pasal itu banyak orang suka masuk UMNO sebab bila dah kuasa akan kebal dari segi undang-undang.
Itu le hebatnya UMNO, kalu YB nak tau, apa UMNO buat semuanya BETUL BENAR BELAKE. Tetapi, cuba parti lain buat, macam kilat pehak yang berkuasa ambil tindakan.
Catat Ulasan