06 Mac 2009

Speaker adalah penjawat awam ?

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, hanya boleh diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri kerana beliau adalah seorang penjawat awam.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim, memutuskan demikian berhubung permohonan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas supaya mahkamah mengisytiharkan kerusi ketiga-tiga DUN itu tidak kosong kerana mereka masih Adun yang sah serta berhak menghadiri sebarang sidang dewan.

Kedudukan Speaker sebenarnya adalah bukannya seorang penjawat awam. Dalam satu sidang akhbar peguam yang mewakili Speaker di Ipoh malam tadi, mereka menjelaskan bahawa speaker adalah bukan penjawat awam.

Tindakan hakim yang memihak kepada Penasihat undang-undang sebagai peguam yang mewakili Speaker dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada keputusan penghakiman kerana Penasihat undang-undang itu juga yang sedang mempertahankan kerajaan haram di Perak.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmmmmmmm... entah lahhhhhh

Unknown berkata...

Aku lagi lah...makin kalut, makin serabut, lepas ni keluar pula cerita Musang Berjanggut.

Tanpa Nama berkata...

sejak bila pulak speaker dah jadi penjawat awam...

senang2 jer diaorg tukar cerita....

kalo orang tak blaja boleh la diaorg tipu...

Tanpa Nama berkata...

Salam~
Bila kita lihat senario sebegini sebiji macam kaedah Yahudi menguasai Amerika. Cuba kita lihat bagaimana media2 dikuasai Yahudi dan hal ini serupa dengan parti politik yang menguasai media.

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam.....

Aku tak terkejut pun dengan apa yang hakim tu putuskan.

Biasalah tu.....

Hakim yang macam nih adalah hakim yang duduk dalam neraka di tingkat paling bawah sekali kalau dia mampos tak sempat taubat.

Marilah sama sama kita mendoakan hakim binawe ni menjadi hilang akal pada setiap kali kita membaca perkataan "hakim".

Ya Allah, Engkau ambillah kembali nikmat akal yang Engkau kurniakan kepada hakim ini kerana beliau menggunakan akalnya untuk kezaliman. Ameen.

EQUILIBRIUM berkata...

nampaknya kenyataan sprm bahawa speaker adalah penjawat awam berdasarkan keputusan mahkamah ye.

kalau begitu adakah menteri juga penjawat awam? adakah menteri juga tertakluk kepada perintah am seperti penjawat awam biasa?

selama ini yg teman paham penjawat awam adalah mereka yg dilantik oleh spa atau spguru dan sp tentera.

nampaknya episod di perak jadi semakin lawak akibat agensi amno berkata sesedap lidah muahahahaha

Tanpa Nama berkata...

....Salam! YB and his Pengunjung setia, kalau speaker adalah penjawat awam, katakpuru dua ekor tu bukan penjawat awam ke? setakat yang saya tahu, penjawat awam yang dalam siasatan BPR (SPRM) ( malah kes rasuah pun sudah dibawa kemahkamah ) akan digantung tugas dan gaji pun dapat separuh je! ni kenapa sokongan mereka kpd BN pun masih dikira laku. Kalau untuk BN semua sah, untuk PR semua tak sah . Memang betul la, perjuangan ini memerlukan sabar yang tinggi. Doa kesejahteraan untuk YB dan semua pejuang kabenaran. Allahu Akbar!!!.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh Nye(BN)... orang bodoh nih kalau kite bertekak dengaan dia.. sampai kiamat pon dia xkan mengaku kalah... mcm mana nk kalahkan dia? mari kita gunakan kebodohan mereka.. kita cucuk semua tempat yg boleh biar mereka melatah.. akhirnya latahan mereka tu yg akan membinasakan mereka

Faqih's Politician berkata...

Salam semua.

Macam mana Hakim ni? Belajar tinggi2 tapi bodoh bila buat keputusan! Apa ni? Biar aku je jadi HAKIM!

Tanpa Nama berkata...

bagus cerita perak telah melahirkan minat kawan2 teman untuk mengetahui lebih pasal politik dan kasi potong anu BN dan UMNO

Tanpa Nama berkata...

bila aku tgk zahid hamidi dlm hujjah tv9.nampk btapa angkuh dan sombongnya pemimpin umno itu.menjadikn org semakin meluat dgan pemimpin umno.tggu la,zaman umno sudah berakhir.kita akn ajar dlm pru akn dtg

keristamingsari berkata...

Kebodohan UMNO dan media masa yang bersekongkol dengan mereka akan membuat rakyat meluat dan memandang hina...kerana mereka lupa rakyat amnya lebih bijak daripada mereka...rakyat kenal dan tahu apa yang mereka akan lakukan seterusnya.....Tunggulah balasan Allah dan PRU 13 nanti...

Tanpa Nama berkata...

Salam.. najib.. ko tgk la sendiri najib. rakyat semua semakin matang. kerana kerakusan ko sendiri rakyat mulai sedar. ko x malu ker najib, rakyat dah lebih pandai dari hakim? taraf hakim dah jatuh mcm nangka busuk. nak harapkan ko lagi la bengap gila.

untuk zahid hamidi.. ko berkokok la kuat2.. sementara Allah izinkan ko gunakan mulut,suara dan lidah yg dia pinjamkan tu. agama ko sepah2kan jer skrg ni ek.. cakap pun dgn rik dan takbur.

klaupun kat dunia korang lepas dari balasan, ko pun tau kan... ko tunggu la balasan kat sana nnt. wallahualam.

(harapan63)

Pak Lubis berkata...

Apa yang saya tau Penjawat Awam adalah mana mana pekerja yang bekerja di Perkhidmatan Awam dan Perkhidmatan Awam ditafsirkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara (132) ialah :

* Perkhidmatan Awam Persekutuan
* Perkhidmatan Badan Berkanun
* Angkatan Tentera Malaysia
* Polis Diraja Malaysia
* Perkhidmatan Pendidikan

Tak ada pula disebut Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Tak tau lah pulak jika ia telah ditukar tafsirannya