06 Mac 2009

ADUN hulur bantuan kepada 30 pelajar dan 2 Persatuan Cina

TITI SERONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dengan ditemani Isteri telah menyampaikan bantuan keperluan alatan sekolah kepada 30 orang pelajar miskin dan sumbangan kepada 2 persatuan Cina dalam DUN Titi Serong.


Drs. Khalil ditemani Isteri menyampaikan sumbangan keperluan sekolah.

Bantuan tersebut telah disampaikan pada 27 Februari yang lepas di Pusat Tarbiyah Titi Serong. Hadir sama ialah wakil dari Ahli Parlimen Parit Buntar,En. hairul Nizam Ishak.



Semasa menyampaikan ucapan aluan, Drs. Khalil menyatakan keyakinan untuk merampas kembali hak Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan yang sah di Negeri Perak setelah dirampas oleh BN.



Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana rampasan kuasa itu telah menyebabkan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak hampir lumpuh. Selain itu beliau mempersoalkan kenapakah kerajaan rampasan kuasa masih tidak meyatakan sikap kepada Bajet 2009 yang banyak mengandungi unsur kebajikan kepada rakyat, adakah akan diteruskan atau ditolak.

Drs. Khalil menyatakan pada tahun 2008 kita telah sampaikan dermaisiswa sebanyak RM 4 juta kepada 4000 orang pelajar yang masuk IPTA.Dan pada tahun ini kita peruntukkan RM 6 Juta untuk 6000 orang pelajar.

4 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

Alhamdulillah...

Unknown berkata...

TERUSKAN USAHA MURNI DIBERKATI ALLAH INI..

Tanpa Nama berkata...

YB,Entri menyebut "ditemani isteri".Dgn izin siarkan juga wajah serikandi.Diantara yg menjulang kejayaan lelaki (suami)turut di dokongi dan disokongi sang isteri. Dak gitu?
Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH MURAHKAN REZEKI HAMBUMU INI PANJANGKANLA USIANYA SEMOGA DAPAT MENERUSKAN AMAL INI SAMPAI KE AKHIR HAYAT KAMI MELIHAT DAN MEMANDANG MU SAUDARA ISLAMKU TAKBIR