15 April 2009

DS Nizar dicalonkan Naib Presiden Pas

Tahun ini adalah tahun pemilihan bagi PAS. Sekarang ini PAS Kawasan di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat.

Saya menjangkakan tahun ini akan ada pemimpin baru yang muncul untuk mendepani POLITIK BARU yang diasaskan oleh PAS. Antara nama-nama baru yang bakal diketengahkan ialah Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang begitu popular dan telah teruji kepimpinan dan ketahanannya.

Nizar berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai karisma, personaliti dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Beliau sudahpun memperolehi pencalonan sebagai Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.

Selain Nizar saya menjangkakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Hj Azizan Abdul Razak juga akan melakukan 'comeback' setelah tidak dipilih menjadi Naib Presiden pada pemilihan lalu.

Beliau juga membuktikan keupayaannya memimpin kerajaan Kedah sehingga kini.Ustaz Azizan sehingga kini telah mendapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden dari PAS kawasan Temerloh.

Dalam masa terdekat ini lebih banyak PAS Kawasan akan mengadakan Mesyuarat Agong. Saya menjangkakan lebih ramai pemimpin-pemimpin baru akan dicalonkan kerana PAS sememangnya tidak ketandusan pemimpin.Seperkara yang penting ialah demokrasi di dalam PAS tetap subur tidak sebagaimana Umno yang membunuh demokrasi.

Selain itu pencalonan dan pemilihan di dalam PAS dijalankan dalam suasana penuh beradab dan berhemah tidak seperti Umno yang dipenuhi oleh rasuah, fitnah dan sebagainya.

Syabas PAS, Allahu Akhbar.
-muslimeen united

16 ulasan:

zizi3131 berkata...

Alhamdullilah...PAS memang diasakan untuk melahirkan perjuang islam yang dapat diterima semua bangsa dan agama.Sebagaimana lahirnya pemimpin islam di zaman para sahabat.Ketokohan yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz patut dicontohi oleh pemimpin PAS yang lain kerana ketokohan dan kepimpinan Tok Guru boleh diterima oleh semua bangsa agama dan lapisan masyarakat.Akhir akhir ini makin ramai gologan artis yang ramai pengikut saperti Mawi, Siti dan Amy Searh menyatakan secara terbuka bahawa mereka menjadikan Tok Guru sebagai idola mereka.
Diharap dengan hadirnya Ir Nizar di arena politik ,beliau dapat juga menjadi ikon kepada seluruh rakyat Malaysia.

zizi3131 berkata...

Alhamdulilah..
Semoga Ir Nizar dapat mencontohi ketokohan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang dapat diterima oleh semua bangsa agama dan semua lapisan masyarakat termasuk artis artis popular saperti Mawi,Siti Dan Amy Search yang telah menyatakan secara terbuka bahawa Tok Guru adalah idola kepada.

dream team berkata...

umno dah habis R.A.H.M.A.N <-- Pm terakhir
Kerajaan PR akan dtg.....
A=Anwar
N=Nizar
W=Wan Aziza
A=Azmin Ali
R=Ronnie Liu
mantap...mantap... wakakaka

Tanpa Nama berkata...

Harap ir Nizar dapat mengambil iktibar daripada kisah sahabat Khalid Al Walid. Dia dilucutkan jawatan sbgai panglima perang islam oleh Amirul Mukminin disaat dia sedang mengetuai perperangan. Ternyata dia dapat patuh dan taat krana Allah. Jika ini berlaku kpada Nizar, harap ambil pngajran daripada kisah ini...

blues untuk rakyat berkata...

YB AKU NAK ORANG PAS PERAK calonkan NIZAR sebagai TIMB. PRESIDEN...

SUMBU berkata...

DS HJ NIZAR SEORANG YANG BERANI. LANGKAHNYA MAJU KE HADAPAN. PANTANG DICABAR. MENEGAKKAN KEBENARAN MENENTANG KEBATILAN. PAS PERLUKAN PEMIMPIN SEPERTI INI.... sEMOGA PAS TERUS BERJAYA MEMBAWA RAKYAT MEMAHAMI ISLAM. ISLAM UNTUK SEMUA.

Unknown berkata...

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Tanpa Nama berkata...

ini menunjukkan PAS tidak ketandusan pemimpin yg baru yg boleh diketengahkan dlm memacu keteguhan parti dan tertegaknya daulah Islam di Malaysia suatu hari nanti....semoga pewaris ulama' dlm PAS terus mara kehadapan dgn idea2 yg bernas dan menarik....TAKBIR sekali...PAS FOR ALL

Tanpa Nama berkata...

Ya la kita semua sekarang ini fokus kepada PERAK dan baru-baru ini Bukit Gantang misti lah nampak Ir Nizar. Satu malaya nampak kreabiliti Ir.maka macam macamlah telahan dibuat keatas Ir.kesian lah kepada pejuang-pejuang PAS yang dah lama saperti Mat Sabu.
depa pun nak juga diberi peluang.

HIDUP...HIDUP....,
HIDUP NIZAR.

ANAK PERAK.

Tanpa Nama berkata...

PAS perlu pertengahkan pemimpin yang berkaliber dan amanah supaya gagah dalam menghadapi PRU 13 yang akan datang. Kalau semua pemimpin PAS boleh mentadbir dangan adil seperti DS Nizar, Insya Allah, pengundi-pengundi bukan Melayu pun akan sokong sepenuhnya macam meraka sokong DS Nizar!

donplayplay

PutraMerang berkata...

PAS maju ke hadapan.

Tanpa Nama berkata...

syabas YB Nizar.....saya seru ahli pas sokong Nizar dan calonkan beliau menjadi TIMBALAN PRESIDEN PAS....Pas terus maju...TAKHBIR...!!!
dari penang mari....

Tanpa Nama berkata...

syabas YB Nizar...kami sokong Nizar di calonkan sebagai TIMBALAN PRESIDEN PAS...dan kpd ahli pas yg lain...sokong lah sama...agar Pas akan terus gagah hadapi pilihan raya ke-13 nanti..insyaAllah...TAKHBIR..!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau saya diberi peluang untuk mencalonkan pimpinan. Aku harap DS Nizar lebih fokus di Perak. Popularitinya setelah dilantik sebagai MB dan dirampas kuasa melalui pintu belakang. Tambah melonjak lagi apabila menang di Bukit Gantang.

Naib Presiden berikan kepada pemimpin sedia ada, atau yang telah terkedepan..

Aku punya Pilihan :

Presiden : Tuan Guru Hj. Hadi Awang
Tim. Presiden : Hj. Mohd Sabu
Naib-naib Presiden : Dato' Nik Mohd Amar
Dato' Seri Nizar
Solahuddin Ayub

Kau punya pilihan......kau punya fasal la.

Tanpa Nama berkata...

Pilihan saya ;-
Presiden: Haji Hadi Awang

T.Presiden : Haji Nik Aziz Nik Mat

Naib: Salahudin Ayub,
Mohd Nizar,

Mursyidul Am : Prof. Harun Din.
"HIDUP PAS !!"

Tanpa Nama berkata...

Nizar seharusnya dicalonkan menjadi Timbalan Presiden terlebih dahulu sebagai persiapan untk
ambil-alih kedudukan Presiden bila tiba masanya
kelak.Keadaan kesihatan Ustaz Hadi yang tidak menentu memerlukan penyokong PAS mencari pada ketika ni calon yang paling sesuai menggantikan
Ustaz Hadi sekiranya Dia tidak cukup sihat untk
jalankan tugasnya.Nizar adalah orang yang layak
gantikan Ustaz hadi berdasarkan aura yang Dia ada memang jarang dimiliki pemimpin PAS lain.
Calon-calon naib Presiden pilihan Saya ialah:
1.Ustaz Azizan
2.Husam Musa
3.Khalid Samad