08 April 2009

Nizar yakin menang.

Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selepas melalui tempoh kempen yang cukup mencabar dan padat, "yakin akan memperoleh kemenangan."

Walaupun tidak mengundi dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang, Menteri Besar Perak itu mula melawat pusat-pusat mengundi sejak 8 pagi tadi.

Beliau memulakan lawatan itu dengan mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Menengah Pengkalan Aur, Air Kuning bertolak dari Markas PAS bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat.

"Dia (isteri) berikan saya suntikan semangat dalaman dan luaran," kata beliau sambil menambah, isterinya mengikutinya berkempen sepanjang masa.

Nizar memperoleh cucu pertamanya tiga hari selepas hari penamaan calon.

Ketika ditanya cabaran kempen kali ini berbanding tahun 2008, Nizar memberitahu, suasana pilihan raya kecil ini lebih mencabar tetapi memperoleh sokongan daripada masyarakat segenap lapisan.

3 ulasan:

smy berkata...

pastikan peraih undi sampai jam 5 ptg ini.

pujaanseven berkata...

ku berdoa agar DS Nizar akan meneruskan kemenangan PR... teruskan berjuang walaupun sentiasa ditentang, rakyat Perak tetap bersama anda.

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan apa yang diyakini diatas akan direalisasikan dengan izin Allah s.w.t jua. Semangat dan kehendak dalam diri ini bersama-sama mereka yang sedang berjuang dan membantu calon-calon PR yang terlibat di tiga kawasan berkenaan. Mudaj-mudahan mereka juga selamat dan sejahtera balik ke kawasan masing-masing. Kepada semua pengundi, terima kasih kerana memilih PR dalam PRK kali ini. Harap kekal hingga PRU 13 nanti....