07 April 2009

Polis larang penyokong berarak selepas keputusan

Polis menasihatkan penyokong parti dan calon yang bertanding pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau supaya tidak membuat sebarang perarakan selepas keputusan pengundian diumumkan.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semua pihak diingatkan supaya menghormati keputusan pilihanraya kecil kerusi DUN tersebut dan tidak menimbulkan sebarang kekacauan.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan perarakan kemenangan calon mereka serta menimbulkan provokosi yang boleh mencetuskan pergaduhan," kata beliau kepada pemberita di Sungai Petani hari ini, lapor Bernama.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada orang yang tidak dikenali pada hari mengundi esok.

Katanya polis membuka tiga kertas siasatan berkaitan laporan yang dibuat sepanjang tempoh berkempen termasuk kes pergaduhan di Kampung Rusa petang semalam.

Syed Ismail melahirkan rasa kesal dengan tohmahan pihak tertentu yang mempertikaikan jumlah anggota polis yang banyak untuk mengawal keselamatan di kerusi DUN Bukit Selambau.

"Saya agak kecewa kerana kehadiran anggota polis untuk membantu tugas mengawal keamanan disalah tafsir dengan membuat pelbagai tuduhan dalam setiap ceramah seolah-olah polis menjadi gangguan kepada mereka", katanya.Malaysiakini

3 ulasan:

kataks berkata...

Biasa la tu kalau nak provoke serahkan pada pihak yang kat sebelah tu.

Tanpa Nama berkata...

Drs,Rakyat lebih kecewa dan hampa bila anggota keselamatan yg sepatut bertindak professional bersikap nuetral lebih memilih utk "bias and prejudice" Dak gitu? Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

u/p tanpa nama di atas..

not just "bias and prejudice", but
also "the ugly and the beast".

it's normal in our modern days, there's no more "king's slaves" .. but we still have lot's of "government servants".

regards.

ar-ramisi