24 Mei 2009

Cerita di Mahkamah Rayuan.

Saya sampai di Mahkamah Rayuan Putrajaya sekitar jam 2.30 petang. Suasana diluar Mahkamah Persekutuan "Istana kehakiman" kelihatan agak lengang dan tempat letak kereta masih banyak yang kosong.

Sesampainya dilobi mahkamah saya melihat sudah ramai yang berkerumun dan mereka kebanyakannya terhalang untuk masuk ke dalam bilik perbicaraan. Saya dimaklumkan tempat duduk terhad kepada 70 orang sahaja dan semuanya telah penuh di isi.


Berbekalkan beg yang ada di dalamnya komputer kesayangan saya sudah membuat keputusan berada diluar kamar untuk menunggu keputusan penghakiman yang penting itu. Sebelum jam 3.30 saya sempat ke cafe pada aras yang sama dan makan tengahari bersama pemandu yang tetap setia bersama saya kehulu-kehilir sejak sekian lama.

Siap mengalas perut dengan nasi dan segelas barli suam saya menerima talipon dari sdr. Alias mengatakan tempat DS. Nizar kosong dan disahkan dia tidak hadir jadi dia akan keluar menjemput saya bagi mengisi tempat duduk itu.

Alhamdulillah saya dapat masuk juga ke kamar bicara dengan ketentuan dari Allah jua. Keadaan tempat pemerhati tidak sebanyak mana. Mereka duduk dalam keadaan berhimpit-himpit. Kalau sebelum ini saya menggantikan DS. Nizar berceramah dan resmikan program, pagi kelmarin saya duduk ditempat duduknya menanti pengumuman hakim.

Setelah hakim mengumumkan Zambry sebagai pemenangnya, saya sempat update berita tersebut di blog cina islam mengguna handphone kesayangan. Mahkamah senyap semasa hamin membaca penghakimannya.

Tidak sampai 5 minit keputusan dibaca, boleh peraya atau tidak saya serahkan kepada anda menilainya? Yang penting saya anggap semua mempunyai sikap dan prinsip apa lagi pendapat mereka sendiri terhadap keputusan itu.

Setelah sidang ditamatkan saya terus berada dikamar itu sambil memikirkan posting seterusnya sehinggalah sayalah orang yang terakhir disapa oleh seorang petugas dengan sopan "encik maaf ya, saya nak kunci bilik ini" barulah saya keluar dari kamar itu. Masa sangat cepat berlalu rasanya.

Diluar kamar suasana hangat dan memecahkan kesunyaian, ucapan reformasi dan bubar DUN dilaungkan dan ada lagi beberapa laungan yang tidak mahu saya siarkan disini.

Keluarnya peguam-peguam DS. Nizar antaranya Hj. Sulaiman dan Hanifa Maidin serta 7 peguam yang lain disambut sebagai wira. Sebaliknya di kem Zambry mereka berlalu tanpa sambutan dan kerumunan dari wartawan, menang tapi nampak macam malu-malu, apakah sebabnya mungkin pembaca boleh mengangaknya, jawapan yang benarnya rakyat mungkin dapat menekanya?

Aneh tapi nyata, yang dikalahkan di mahkamah disambut sebagai wira, yang menang semacam tidak dipedulikan. Mungkinkah ini lah Kerjaan yang akan terus bertahan di Perak ?

Apapun saya masih bersama komputer riba menyiapkan beberapa tulisan baru sehingga saya tersentak dengan kehadiran krew TV Pas untuk mewawancara saya seperti yang disiarkan.
bersambung....

7 ulasan:

kangkalikong berkata...

sy sbg rakyat perak kecewa dengan keputusan yang takde hujah bernas dan bersandarkan fakta yang kukuh.hanya 5 minit akan membawa malapetaka di selruh malaysia.YDA ada kuasa pecat PM Najib kalo DSAI umum majoriti ahli dewan walo tade sidang dewan khas..Takpe...kputusan ini terlalu bahaya dan boleh mengubah sistem demokrasi berpelembagaan dan raja berpelembagaan...banyak implikasinya tercetus hasil krisis ini...fikir2kan lah..

saadlebaiseman berkata...

masa untuk UMNO BN dikuburkan kian hampir. Kita mesti terus berusaha dan memohon pertolongan daripada Allah swt. Keadilan pasti muncul ! Allahuakbar !!

Tanpa Nama berkata...

terimalah kekalahan tu

Tanpa Nama berkata...

Ada di kalangan peguam-peguam kecik Zambry membuat kenyataan yang tidak berisi langsung. Padahal, peguam besar macam Cecil Abrahim yang memberi hujah, bukan peguam-peguam kecik ini yang buat pandai-pandai aja. Agaknya peguam-peguam kecik ini kelulusan UiTM.

Lembu punya susu, sapi punya nama

ummu saifuddin berkata...

Mereka merancang Allah juga merancang. Sesungguhnya Sebaik-baik Perancang adalah Allah.

Unknown berkata...

Kubur dan ling lahat untuk Barisan Nasional sudah sedia disiapkan...

hanya tunggu masa untuk ditanam sahaja...

Allahuakhbar!!!

Tanpa Nama berkata...

begini sajalah..

DSN diminta tuanku sultan turun tanpa melalui undi tidak percaya di dewan. Kuasa speaker memecat DSZ boleh dicabar di mahkamah. Speaker perak diusung keluar polis tanpa melalui prosedur-usul diterima speaker, dibahas dan diundi.

Apa yg berlaku ada hikmahnya. Rakyat dapat melihat wajah sebenar UMNO yg mabuk kuasa. Namun, cadangan kepada PR, jika ada situasi sebegini yg boleh "dipulangkan" semula kepada BN sbg contoh, DSAI mendapat majoriti lompat dari MP BN, tak perlu buat usul tidak percaya. Terus jumpa agong suruh DAto Najib letak jwtn, panggil polis usung keluar Dato PAndikar AMin, gantung MP BN setahun tnpa elaun, dan sebagainya.

Mereka akan kata ini politik balas dendam. Namun, kadangkala penyamun perlu diajar apa rasa org yg mereka samun selama ini.