14 Mei 2009

Drs. Khalil : Krisis Perak selesai hanya dengan bubar DUN.

TITI SERONG, 13 Mei :- Krisis yang di hadapi di Negeri Perak tidak akan berakhir melainkan dengan diberikan madat kepada rakyat untuk memilih semula dalam satu pilihan raya bila DUN Perak dibubarkan. Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ucapan dalam Program Jelajah UPU berkaitan krisis di Perak di UPU Sungai Labu bawah di sini malam tadi.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru kepada semua jentera Parti disemua peringkat khususnya dalam DUN Titi Serong untuk bersiap sedia dari sekarang bagi menghadapi kemungkinan diadakan pilihanraya semula di Perak.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Titi Serong dengan kerjasama JKKK Tanah Baru itu menarik perhatian hampir 100 orang warga setempat. Hadir sama ialah Pengerusi JKKKnya, Hj. Osman dan Majlis dipengerusikan oleh Ketua Kampung Bagan Tiang, Hj. Bakhtiar Abdullah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Pada kesempatan itu Drs. Khalil telah menerangkan dengan panjang lebar persoalan yang berkisar dengan Sidang DUN pada 7 Mei dan Keputusan Mahkamah pada 11 Mei yang lepas.

"Saya tidak tahu apabila Dr. Zambry Abdul Kadir sangat kemaruk untuk masuk pejabat Menteri Besar sedangkan dia bukan Menteri Besar yang sah " Tanya Drs. Khalil.

Disamping itu beliau juga menyatakan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak sedang berada dalam keadaan tidak stabil bila Menteri Besar yang tidak sah berada di Pejabat kerana tidak ada perkeara penting boleh dilakukan melainkan mesyuarat dan merasmikan program sahaja.

Selain itu katanya Proses Sidang pada 7 Mei menyaksikan kuasa polis digunakan untuk menjayakan hasrat jahat BN untuk merampas kerusi Speaker. " Sehingga ada gambar dan saksi yang melihat polis yang masuk ke Dewan membawa senjata api" dedah Drs. Khalil dalam ceramah itu.

Sebahagian dari muslimin dan muslimat yang hadir.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sultan Perak:
Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun.
Patik mohon mencadangkan apalah kiranya Tuanku 'say something regarding what is happening in your state. At least to show that you(Tuanku)are AVAILABLE...
Menjungjung Kasih Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

rakyat sudah tahu akan kebejatan UMNO/BN.. mrk bukan nak perjuang hak rakyat tp krn harta mrk..

Tanpa Nama berkata...

untuk menyelesaikan krisis politik diperak... bubarkan 4 adun..1 lompat , masuk blk, 3 keluar, ni dpt menjimatkan msa dan duit rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Drs,Semanis salam khamis YB.Disokong rakyat diberi mandat.(Dgn izin bukan madat ya!) Dah sampai masa nya taklimat terus tembus ke akarumbi dan dilipatgandakan.Hatta sepuluh orang yg dtg,teruskan YB.Satu undi bernilai amat disaat segenting ini. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa bukan mudah utk Sultan bubarkan DUN. Jika kes dibawa ke Mahkamah Pesekutuan dan ditakdirkan Nizar menangpun belum tentu Sultan akan bubarkan DUN. Sultan sbg Raja Berperlembagaan juga terikat dengan kehendak undang-undang. Pendapat Sultan berkenaan dgn kedudukan Nizar mungkin betul dan selari dgn kehendak undang-undang iaitu apabila Nizar telah hilang kepercayaan dlm DUN, Nizar perlu letak jawatan. Ini adalah keputusan mengikut perkiraan paling asas yang dibuat oleh Sultan. Mungkin kesilapan Sultan dlm hal ini ialah baginda tergesa-gesa menerima Zambry sebagai MB dan tidak terlebih dahulu menyerahkan pd DUN utk buat keputusan samada nak buat undi tak percaya atau tidak terhadap Nizar. Jadi saya rasa bila dicampur tolak darab bahagi susah jugak Nizar nak kekalkan jawatan MBnya..