14 Mei 2009

Mahasiswa Perak Gesa Rakyat di Utamakan

Mohd Hafez Sabri

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menggesa pihak-pihak berkaitan agar menyelesaikan segera krisis di Perak yang sudah menjangkau tiga bulan. Krisis ini perlu diselesaikan dengan segera demi kebaikan semua pihak terutamanya rakyat.
Menurut Timbalan Presiden 2 Petubuhan tersenut Saudara Wong Yim Chan,krisis yang berpanjangan telah meninggalkan kesan yang negatif kepada rakyat, negeri dan Malaysia.

“Krisis di Perak tidak hanya memberi kesan kepada parti-parti politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat. Pembangunan di Perak akan terencat kerana krisis yang berpanjangan ini. Bahkan ianya turut memberi kesan kepada ekonomi sekiranya pelabur sudah tidak berasa selamat dengan krisis yang berpanjangan,” ujar beliau.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Gerakan Mahasiswa yang paling berpengaruh di Perak tersebut juga menggesa krisis ini diselesaikan segera kerana melihat kesan-kesan negatif kepada beberapa aspek. antara aspek tersebut ialah demokrasi di malaysia sudah mula dipertikaikan, institusi Sultan turut menjadi mangsa, perpecahan masyarakat semakin parah terutamanya apabila isu perkauman dimainkan, sosiopolitik di perak semakin tidak stabil, ekonomi perak dan malaysia akan terkesan, pembangunan dan kemajuan perak akan terencat.

Di samping itu, beliau menyatakan juga bahawa krisis di Perak telah mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Peristiwa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei lalu sangat memalukan. Media seluruh dunia memaparkan sikap ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang seperti kebudak-budakan. Ianya seolah-olah sejarah yang tidak dapat dilupakan di Malaysia. Pemecatan dan perlantikan Speaker Dewan yang tidak mengikut prosedur sepatutnya, keselamatan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang terancam, dan kekecohan yang berpanjangan telah dipaparkan oleh media dalam dan luar negara,” tambah beliau.

Pengerusi Hal Ehwal Wanita (HELWA) BERSATU PERAK, saudari Khairul Izza bt Abdul Jalil turut melahirkan rasa dukacitanya terhadap apa yang berlaku di Perak.

“Rakyat tidak harus menjadi mangsa dalam krisis ini. Luahan mahasiswa bukanlah kerana emosi semata-mata, akan tetapi atas dasar simpati dan empati kepada rakyat dan negara,”ujar beliau.

Beliau juga berharap semua pihak menyedari hakikat ini dan menekankan bahawa krisis ini tidak harus dilihat memberikan kepada kesan parti-parti politik semata-mata, akan tetapi ianya perlu diselesaikan dengan segera demi keamanan dan kemakmuran yang diharapkan oleh semua pihak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hancurkanlah musuh² islam Ya Allah!!!