14 Mei 2009

Mahkamah umpama 'gelanggang sarkas', diperguna BN sesuka hati

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.

Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemngesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.

Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.

Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.

"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yangamat singkat ini mengejutkan,"katanya.

Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.

Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.

Walhal,Nizar sudahj tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.

Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah.

Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.

Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.

Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.

Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya.

Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.

Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN. Harakahdaily.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersabar lah, setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya sebagai orang perak amat terharu dengan apa yang pihak pakatan buat, semoga penduduk perak akan buka mata dan hati mengenai tingkah laku Zambry and the gang.Mungkin ini adalah tanda-tanda kejatuhan sebuah empayar, iaitu empayar BN.

fajridil adha berkata...

1Malaysia kerajaan Bee eNd mmg suka haru biru kan suasana kerana mereka gemar bersandiwara. pelakon tamil la katakan. [my blog]

zizi3131 berkata...

Kita merancang Allah Tentukan....
Rakyat Dah tahu Siapa MB Sah Siapa MB HARAM JADAH.....Main politik BN ini menyebabkan jangka hayat UMNO Dan BN makin hampir...
Insya Allah Kebenaran akhirnya terbukti juga....
ALLAHU AKHBAR

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, walau pun PR dapat balik kuasa selama 7 jam, tetapi rakyat nampak dengan sah bahawa PR bukan gila kuasa. PR memohon agar tuanku membubarkan DUN. Beranikah Zamberi berbuat demikian. Jika tidak, siapakah yang gila kuasa.
Mengenai SUK dan Penasehat undang undang negeri Perak. Rasanya term yang digunakan kurang jelas. Memamang betul MB Nizar tidak boleh melucutkan mereka dari jawatan, tetapi beliau berhak untuk tidak mahu berurusan dengan mereka. Telah terbukti bahawa mereka tidak menjalankan tugas sebagai seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya tidak memehak kepada mana mana parti politik. Saya harap KSU dapat memberi penjelasan tentang hal ini. Bukankah tindakan undang undang sepatut nya di kenakan keatas mereka ini agar jadi pengajaran kepada kakitangan bawahan. Saya juga ingin mendengar apa kata Persatuan PTD kerana ini merupakan persatuan ilit.

Tanpa Nama berkata...

sememangnya Pemimpin Umno mempermainkan raja. Sengaja memberikan nasihat salah kepada DYYM Tuanku Sultan...supaya rakyat mempertikai kedudukan DYMM. Pemimpin macam ini tak layak memimpin...tambah lagi jadi PM M'sia.kerana kebodohannya yang nyata...

Tanpa Nama berkata...

sudin ade cakap alif,min,nun,wau...alif tendang wau sarkas da..........ditujukan pada sekolah buta huruf,yg ni buta hati gamaknya..ikhlas dr difie_xp(zie)

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu orang kena hukum mati boleh tangguh la dulu hukum tu. noh?

Sabri Ibrahim berkata...

KALAU MEMBERI KOMEN BERDASARKAN REALITI RAKYAT MALAYSIA SEMASA MAKA DIDAPATI MAJORITI(RAMAI)LAGI RAKYAT MALYSIA YANG TIDAK MENYOKONG PERUNDANGAN ISLAM DIGUNAPAKAI DALAM NEGARA MALYSIA.

PADA ADATNYA, SEDIKIT PEROGOL, PERASUAH, PENYANYI, PENIPU DAN SEUMPAMA DENGANNYA YANG MENYOKONG PERUNDANGAN ISLAM DIGUNAPAKAI DI MALAYSIA.

SEDANGKAN MANUSIA JENIS INILAH YANG MAJORITI DI MALAYSIA.

MAKA PADA ADATNYA MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK SOKONG ISLAM.

TAPI PERJUANGAN WAJIB DITERUSKAN.

KEPADA MANUSIA YANG MENYOKONG PARTI YANG SALAH DENGAN KEHENDAK ALLAH AKAN MENDAPAT DOSA DAN DUDUK DALAM NERAKA.

KEPADA MANUSIA YANG MENYOKONG PARTI YANG BERJUANG KERANA AKAN DAPAT PAHALA WALAUPUN KALAH DALAM PILIHANRAYA.

alfarisi berkata...

jelas sekali tindakkan mahkamah tayuan ini menimbul berbagai persepsi negatif di kalangan rakyat terbanyak negara ini.apa kah lojik issu yang sebegini besar hanya dalam masa tak sampai
1jam ia nya telah di putus kan? sepantas kilat?
jika Kita perhati kan kes kes yang bertimbun memakan masa bertahun tahun yang berlapuk DI MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA. SEBAGAI CONTOH... kes memali memakan masa puluhan tahun hinga kini tiada penyelesaian.. dan banyak kes kes yANG LAIN. rakyat bolih menilai.. rakyat tidak sebodoh sebagai mana pimpinan umno bn.

Tanpa Nama berkata...

Orng UMNO (United Malaun National Organisation )biasa la tu

cuba dengar dialog ini

Ramli : Eh...Sudin ini bacanya apa macam?bacanya

Sudin : Alif Min Nun Wow (ejaan UMNO dalam jawi)
Alif tendang Wow
SARKAS da...:)
macam pernah dengar je dailog tu kan..
kat mana ya....
memang sejak zaman azali lagi da cam tu tidak tak kan Tan Sri P. Ramli boleh tulis cam tu.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Saya ingin menyedarkan rakyat malaysia khususnya kepada yang amat taksud menyokong UMNO/BN, semoga mereka tersedar dari lakonan sendiwara pemegang watak utama didalam cerekarama umno ini. Kita lihat apa yang mereka lakukan didalam secebis kesah tayangan perdana yang ditayangkan keseluruh dunia mendapat perhatian semua golongan pengkritik yang mencintai seni politik tanahair.

Skrip dan jalan ceritanya amat indah digarap, jalan ceritanya penuh adingan "action" sadis dan trajis,pencolekan, pencabulan undang undang dan pencabulan hak rakyat. Kesah bermula dari pencolekan tiga wakil yang telah dikenal pasti olih rakyat dapat memberi khidmat terbaik untuk mereka, tapi diatas ketamakan ketiga2 mereka, mereka telah menghianati rakyat yang memilih mereka, maka runtuhlah satu kerajaan yang telah ditubuhkan dan bermulalah episod yang lebih ganas lagi, saya rasa episod yang telah ditayangkan tidak payahlah saya ceritakan lagi kerana semua lapisan rakyat telah menontonya.

Dari rentetan episod lalu ternyata pelakon umno amat tamak mahukan kuasa sahingga mengunakan semua kekuatan jentera kerajaan untuk meraih kemenangan, mereka dengan mudah mengunakan anggota keselamatan untuk mengheret mereka2 yang menentang arah tuju mereka, mengunakan intitusi undang undang untuk merebut kuasa dengan mudah, rakyat tidak bolih bersuara dikekang ditangkap dan diheret kepenjara. Rakyat diugut jangan lakukan itu jangan lakukan ini kalau tidak mahu dipenjara. Rakyat hilang kuasa. Rakyat tertekan, didera mental mereka. sekarang bukan lagi rakyat menentukan kerajaan, tetapi kerajaan sedia ada yang mesti rakyat sokong walaupun dalam keadaan terpaksa, tiada lagi ketelusan, hilang kebebasan musnah demokrasi dibumi sendiri dengan dijajah olih bangsa sendiri.

Pengkritik utama kita yang di anggap "Otai" dalam mengkritik filem arahan umno ini telah tidak mengkritik lagi kerana beliau telah memohon kembali menyertai krew produksi filem tersebut, hanya ada seorang dua pengkritik yang masih aktif mengkritik seperti,nama pena ku li dan satu badan bebas(agaknya lah) SUHAKAM yang mahu filem ini diolah semoga rakyat diberi peranan utama untuk mengakhiri kesudahan filem ini.

saya menyeru kepada peminat peminat yang terlalu taksud menyokong produksi krew dan pelakon pelakon filem umno ini bertaubat dan baliklah kepangkal jalan, jangan lah bersekutu dengan mereka yang lebih mahukan duniawi, harta dan ketamakan kuasa. sertailah produksi yang bukan berunsurkan pembikin filem seperti PAS atau dalam Pakatan rakyat yang iklas dan bukan pelakon mahu membantu rakyat tetapi penuh usaha membela nasib rakyat untuk kesamarataan.

Disini juga saya mengucapkan terima kaseh kepada YB Drs khalil yang bersungguh2 menyalurkan maklumat terkini kepada pembaca pembaca blog, kalau diharapkan akhbar perdana peminat politik tanah air tidak akan dapat menerima berita yang terkini, telus dan gambaran yang jelas. syabas YB.

Tanpa Nama berkata...

sekadar catatan rakyat biasa,
Rakyat di seluruh Malaysia telah melihat perjalanan demokrasi di mana walaupun MB pakatan pembangkang, DS Nizar di umumkan sebagai Menteri Besar, saya perhatikan, MB Barisan DS Zamri dengan fikiran terbuka menerima keputusan mahkamah dan menyatakan mereka akan merayu. Saya nampak kematangan menerima keputusan mahkamah ada dan kelihatan.
Tetapi bila keputusan rayuan di umumkan, perlaksanaan perintah mahkamah tinggi di tangguh, bukan di batalkan, kenapa banyak pihak yang menyalahkan badan kehakiman sebagai tidak adil dan mahkamah sarkas.
Apa yang saya dan kawan-kawan sepejabat nampak, bila keputusan memihak kepada kepada Pakatan Pembangkang, Mahkamah bagus, mahkamah baik, tetapi bila keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka, mahkamah dan orang lain di salahkan. adakah mahkamah baik bila memihak kepada pihak mereka tapi tidak akan baik bila memihak kepada orang lain.
Semua orang kena muhasabah diri, kena terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka, insyaallah semua kan selesai dengan baik dan tenteram.
Sekian