20 Mei 2009

Fakta-fakta menelanjang katak Behrang

Oleh: Jantantuya

Kali ini biarlah teman menyentuh dahulu tentang Si Lompat Behrang. Dalam siri 1 pendedahannya di Agenda Daily, ada dua perkara yang disentuh iaitu tentang Camry dan Hak Milik Tanah Bukan Melayu.

Si Lompat dengan bangganya memberitahu bahawa dialah yang mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli 15 buah Camry. Beliau juga yang menentang pemberian hak milik tanah kepada bukan Melayu. Beliau mendakwa yang MB Nizar menurut segala perintah dan kehendak Ngeh dan Nga.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Sibuk betul Si Lompat dengan urusan tanah dan Camry. Tugasnya sebagai Exco Pertanian diabaikan. Setiap kali Mesyuarat Pertanian Negeri diadakan, Si Lompat hanya duduk di kerusi pengerusi tanpa mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Perak.

Si Lompat mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu. Bodoh benar rupanya MB Nizar mengagih-agihkan tanah Perak kepada rakyat.

Tetapi sedarkah Si Lompat berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun.

Tanah TOL yang diwarisi turun temurun begitu berat untuk diberi status hak milik oleh UMNO sebelum ini. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’.

Agaknya Si Lompat tidak pandai menggunakan kalkulator untuk menghitung dan membahagikan keluasan tanah per pemilik. Dia hanya mampu menggunakan sepuluh jari untuk mengira jumlah penerimanya sahaja. Bengap.

Si Lompat juga pandai menyindir dan memperli keputusan MB Nizar. Adakah Si Lompat sedar yang pengundi di DUN Behrang telah dan sedang menyumpah seranah celaka tujuh keturunan kepadanya?

Si Lompat peduli apa, janji kebodohannya untuk memajukan pertanian rakyat dapat ditutup rapat serapat-rapatnya. Kuat betul semangat patriotik Si Lompat kepada negara. Utamakan Perdana V6 daripada Camry. Jangan bazirkan duit rakyat demi Camry. Perdana V6 lebih murah berbanding Camry.

Kerajaan negeri boleh jimat lebih RM700k jikalau membeli Perdana V6. Pandai juga Si Lompat mengira. Tetapi kira tak habis. Kos penyelenggaraan Perdana V6 lebih mahal berbanding harganya.

Si Lompat buat-buat tidak mengetahui tentang rekod-rekod dan kos penyelenggaraan V6 exco terdahulu. Camry ada tiga tahun gerenti berbanding setahun untuk Perdana V6. Memang Camry mahal, tetapi untuk jangka masa panjang Camry menjimatkan duit rakyat. Tengin.

Teman tidak begitu yakin Si Lompat bijak menyusun kata-kata untuk membuat kenyataan akhbar. Penulis kenyataannya ialah Hanapiah Man. Memang mereka berdua mempunyai hubungan awal semasa menggerakkan PKR di Perak.

Hanapiah Man berkebolehan dalam mengolah dan memutar belit kenyataan yang tidak betul menjadi kelihatan betul. Jikalau Si Lompat seorang yang bijaksana menyusun kata-kata indah, sudah tentu ia mampu mempengerusikan mesyuarat. Sudah tentu Si Lompat mampu menjana idea untuk memajukan ekonomi pertanian orang-orang Melayu.

Alangkah bagusnya jikalau Si Lompat mendesak MB Nizar memperuntukkan harga sebuah Camry untuk setiap daerah bagi memulakan CERIA. Tetapi Si Lompat tetap tongong dan terus tongong.

Soalan untuk Si Lompat, kenapa Jelapangpun lompat sedangkan MB Nizar dikatakan sentiasa mengutamakan orang Cina? Takkanlah Jelapang lebih sayangkan Melayu daripada duit. Tetapi Behrang dan Changkat Jering adalah manusia yang beriman. Rakyat didahulukan. Duit tak mainler …

dari blog
bypass308.blogspot.com

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

....posmen pencen , sekolah darjah tiga, nak bergaul, bersaing dengan peguam2,Ir. Nak kerja dengan pelaksana dasar yang sekolah tinggi2 belaka,bukan mudah wei! Masuk politik pun bukan ada matlamat perjuangan yang jelas dan murni, sekadar nak dapat tender tender cuci parit,cuci bangunan, cuci jamban je!

SALAM PERJUANGAN berkata...

kesian, kesian dia kene kutuk, kaw-kaw lagi

Tanpa Nama berkata...

Posmen pencen, drpd dlm pos asyik berpolitik kejenye tikam belakang org lain. inilah kualiti pekerja yang dilahirkan oleh pos malaysia or jabatan pos sbelum ni keje deme ni asyik berpolitik dlm pejabat, sebab tu kalo kita pegi pejabat pos rasa macam pegi pejabat kebajikan minta sedekah.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PKR TAK ADA CALUN, SELAIN DARI POSMEN ADA LAGI YG BANGANG BANGANG JA, LEPAS TU SEKAT KAMI YG ADA DEGRE DAN PENGALAMAN KERJA DGN GOMEN DAN SWASTA SAMPAIPENCEN ,TAPI DEPA BOIKOT TAUUUU. DI P BUNTAR SAYA P JUMPA ADUN PKR, DIA LAK YG KATA MAI KAT PKR NAK PANGKAT JA KA NAK KERJA? HE HE , ADA KELAS ke GITU!

madkrie berkata...

Asal usul pun keturunan UMNO sudah tentulah pandai menipu.RTM,TV3 dan media kerajaan semuanya guru2 bertauliah bawah UMNO untuk mengajar ilmu penipu....
Cthnya ilmu terbaru yang diajar.
Adanya rasuah dalam PAS pada muktamar kali ini...
Baguslah.....ilmu fitnah dan menipu.

Kekacang berkata...

Lebih baik Sejarah melupakan si Katak ini, dari diingati sehingga anak cucu pun dikatakkan.

Tanpa Nama berkata...

wahai si katak, kalau dia baca ler...duduk di bawah tempurung sifat mu, lompat di jalanraya perangai mu, mati katak le jawapnya nasib mu. sapa suruh masuk parti bn.(buat najis)...dan lain2 lagi

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya DRS sendiri yang patut memberi penjelasan. Bukannya dengan ambil dari blog orang tertentu yang mungkin tidak tahu hal sebenar. Kenapa saya kata demikian, sebab DRS adalah salah seorang adun PR. Sepatutnya orang dalam lebih mengetahui dari orang luar

Pesanan berkata...

Terima kasihlah ADUN Behrang kerana membuka mata saya.

Melihat kepada perkiraan ADUN Behrang sendiri, nampaknya ramai betul orang Cina Perak yang kena tindas oleh BN sejak berapa lama dulu. Kalau tak, masakan ada begitu ramai Cina yang masih tiada hak milik tanah semasa PR menjadi kerajaan. Tanah tu pula sekangkang kera yang mereka diami sekian lama. Kalau kerajaan BN tak menindas Cina di Perak dalam tempoh 50 tahun mereka memerintah, dari mana DS Nizar nak korek Cina yang masih tiada hak milik pada tapak tanah rumah mereka sendiri?

Tanpa Nama berkata...

Penulis blog ini hanya mempunyai kepentingan politik saje. Islam kena jual.
16 Sept bukan ke katak juga. Adakah kena ada PHD baru boleh memimpin sedangkan itu cuma sijil atau kelayakan akademik. Apakah itu saja syarat nak jadi pemimpin. BUkankan nabi muhammad SAW tidak tahu membaca.. kenapa kita memandang hina apabila pemimpin kita seorang posmen.
Lagi satu aku bukan orang umno..tapi makin benci tengok perangai pemimpin PAS.

Tanpa Nama berkata...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bukanlah seseorang yang gilakan kuasa hanya untuk mendapatkan kuasa.

"Saya tak gilakan kuasa hanya kerana hendak dapatkan kuasa tetapi saya perlukan kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kejayaan pembangunan negara.

"Tapi ada orang yang tak sabar-sabar nak power (berkuasa)," katanya pada Majlis Keraian dan Jasamu Dikenang di Kementerian Kewangan di Putrajaya, Rabu.

"Kuasa hanyalah cara untuk mencapai sesuatu dan sesuatu itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara," katanya yang jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang tertentu.

Bernama melaporkan Najib berkata bagi mencapai kedudukannya sekarang beliau tidak menaiki bas ekspres tetapi bas biasa iaitu perjalanan selama 33 tahun dalam karier politiknya.

Najib berkata pengalaman itu menjadikannya bukan sahaja bersedia tetapi insaf dan tawaduk dengan tanggungjawab besar yang digalas.

Unknown berkata...

Itu lah silompat katak belajar ilmu kira-kira dalam bahasa inggeris. nak kira pun dah tak ingat.. kok keh..

Tanpa Nama berkata...

salam, saya mmg x setuju lompat2 ni,tak bermoral tapi saya lg meluat dgn Yb2 yg sanggup kena beli ni,biasa kalu beli2 ni binatang jer,manusia mana leh beli....so ikut qardawi, bijaksana ialah memilih yang buruk dari yang lebih buruk...jgn la pilih prgai natang ni.
to ano 9.10, sian betul kt hang..statemen lawak gaban hg bole prcaya bulat2,hg caya noo dia kata insaf,tawaduk,ikhlas wakakaka.leleh airmato den dongarnya....ikhlas dan tawaduk sungguh dgan al...tuya.matlamat bule halal cara ka..ni doktrin yahudi, siaaaaan kat bangsa aku melayu ni...awat bodo piang sangat

Tanpa Nama berkata...

salam,zaman nabi 1400 tahun x leh baca biasa la,bukan kata 1400..500 tahun dulu mana ada sekolah..kalau ada pun alif mim nun wau....sarkas...kahkahkah,lawak gak p romlee ni,tapi akal nabi jauh advance.
buat Behrang tu..hayatilah dialog kasim selamat"Mengapakah Allah menjadikan kau manusia,bukankah lebih baik kau dijadikan binatang"....ala kasim...aku memang dah jadi natang dah kasim...ong..ong..ong gedek gedek.