20 Mei 2009

Chua Soi Lek dikambing hitamkan.

Semalam pengerusi BN telah mengumumkan Datuk Seri Chua Soi Lek dilantik sebagai ketua penyelaras BN dalam menakluk kembali negeri2 yang dikuasai oleh PAKATAN RAKYAT. Siapakah dia Chua Soi Lek? Sebelum pilihanraya ke 12 tahun lepas negara telah dikejutkan oleh kes video yang membabitkan beliau.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3




Memang gempar dan dia mengaku. Teringat saya kata-kata beliau bahawa dia bukannya ulamak yang bersih dalam kehidupan ini. Selepas itu beliau telah meletakkan semua jawatannya didalam parti dan kabinet.

Sewaktu pilihanraya yang lepas anaknya pula yang telah menggantikan tempat beliau. Pemilihan MCA yang lepas nama beliau kembali ke arena politik apabila menjadi pembantu kepada Presiden MCA dengan jawatan Timbalan. Kebiasaannya di dalam BN, nama-nama yang menang di dalam pemilihan parti akan memegang jawatan-jawatan di dalam kabinet tetapi perkara ini tidak terjadi pada Chua Soi Lek dan juga Khairi.

Chua hanya dilantik ketua penyelaras BN dalam menakluk kembali negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Di sini ingin saya tanya kepada BN, sudah habiskah BN pemimpin-pemimpin yang bersih yang dapat menjadi wadah baru kepada Malaysia untuk menerima mereka?

1 Malaysia tahu siapa Chua Soi Lek! Sudah tiadakah mereka yang boleh mempengaruhi rakyat melalui kepimpinan melalui tauladan di dalam BN? Percayalah Chua Soi Lek, saya rasa anda akan DIKAMBINGHITAMKAN!

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

La!bukan si chua kedil ni shj di kambing hitam je!
menteri dlm jabatan PM tu, si Khor suku parti gerakan tu juga....
MCA & Gerakan juga PPP semua kambing hitam Umnoo...

Tanpa Nama berkata...

bila dah hitam dia jadi kelabu, bila dah kelabu dia jadi buntu...

Tanpa Nama berkata...

hitam-hitam si buah manggis, ada sorangtu hitam tapi nanti dia menangis...

Tanpa Nama berkata...

apa2pun politik si org pekantu kdgkala bijak tapi kdgkala jadi porak. kenapela dia tak pi ziarah iranke,monggoliake,uske,britainke,peranciske? 1 malaysia dan 1 dunia taulah...

Unknown berkata...

Nafsu serakah kambing hitam...